Monday, 7 January 2013

My friend is fall - in - L.O.V.E~ ❤


Camne nak start berceloteh ye..? Welcome to the blog. Assalamualaikum  ●▽●

Sebelum Hari New Year lagi, my friends is Fall-In-Love with someone. ( My friend yg jatuh cinta, bukan aq ye~ ) . Mula-mula kitorang borak-borak sambil lunch. Ala, borak cam biasa, girly stuff. Bergossip (itu harusla) , dengar cerita- cerita lawak. Then ada satu part tu, kawan aq, A, dia kemudian senyap dan tetiba bernada serius. Lebih kurang cam orang nak start confess sal hal-hal politik la gitu. Haha Sebenarnya dia bukan nak confess hal politik pom, tapi.....

A : “ Elly, aq dah kapel ngan someone”

Aq : (buat muka terkejut!!!) seyes..? (wat muka bengong lak)

A : Haha betulla. Huhu (tersipu malu... lah konon!)

Aq : haha okeh. Tahniah. Tapi ngan sapa..?

A : kawan AIH (bukan nama sebenar) .

Aq : oh.. I*** tu ker..?

A : tak. Orang laen. Kawan AIH yang lain.

Aq : huh...? (bingul bingul~ )


Seriously memang aq x paham. Aq tau la ada kawan AIH yang bercontact ngan A, then aq memang tau yang diorang ni selaaaaaaaalu je ber’sms’. Tapi last-last, kapel ngan.....kawan AIH sorang lagi..? Tang bila-mana  dia jatuh dalam hidup A. Lansunggg aq tak tau. Bercerita ttg konflik terus memang la nak suh orang berpusing-pusing otak kan pikir camna permulaan jalan cerita.. Alahai~ tak pe, meh aq cerita lagi detail. Bagi korang paham jalan cerita yang sebonarnya...


*iklan*

SCENE 1.

A ada add si I*** (bukan nama sebenar), kawan kepada AIH (bukan nama sebenar juga). Then, tetiba esok paginya dalam kelas, si AIH bertanya ade ke A add si I***. Then A bercerita la nape dye add si I***. ( Tapi ngan aq, A cakap dye add sebab saja je. Disebalik perkataan ‘saja’ je tu, tatau la ade mksud tersembunyi-nya udang ke apa kan. Hihi ) ada la dalam selang berapa hari, si A ni tegur I*** dalam chat FB. Diorg pom maen chat-chat.

*iklan*



SCENE 2.

Tengah duk chat-chat, haa.. Tetiba je diorg dah bermesej. Sms. Ada la bila-masa A bagi nomnor kat I*** and vice versa gitu an. Itu cerita antara diorang b’dua. Mesejjj je. Okeh. Scene ni memang tak menarik!

*iklan*



SCENE 3.

Geng-geng AIH datang ke universiti. Ade la salah sorang member AIH kapel gak ngan classmate lain. Itu lain cerita. Aq tak bape nak-rapat ngan ‘classmate lain ‘ tu.Lain darjat la katakan. ( err.=,=)  then, alang-alang member tu nak jumpee marka dye, si I*** dgn 2 org lagi fellow datang la sekali. AIH pom call A suh jumpe I***. Atceli, si I*** yg nak sangat jumpe A. Haha . Bila dah berjumpa, diorang berborak – borak la. AIH perkenalkan la jgk member fellow tu, Ucop santorian ngan Akil tolof *sila baca nama akil ni seperti sebutan ‘A Kill To Love’, drama korea. Haha* .( Okeh, seriously ni bukan nama sebenar).

Aq : A, ko seyes ke ngan si I*** tu.?

A : Tak de la. Kitorang kawan je. Saja, nak cari kenalan baru kan.

Aq : iyer ke..? mula- mula ber ‘chatting’, pastu ber ‘sms’. The ber ‘jumpa’. Takkan la kawan jep.

A : haha. Ko kena paham. Nak berkawan mesti la kena jumpa. Dah pulak AIH yang suh. Bayangkan   la, takkan dia datang jauh-jauh, kita tak nak jumpa dye..? kang dye kata aq sombong la apa la. Tak nak la orang cop kita camtu.

*uuihh..panjang betul ayat pelindung diri dia*

Aq :  haha. Rilek ah. Aq tanya je pom. Dah tu ko ngan AIH selalu je cakap sal I*** ngan ko.

A : haha. Kalu boley kan Elly, aq tanak berkapel ngan sapa-sapa sepanjang aq tengah study ni. Sapa-sapa je la, aq tanak kapel. Dah serik la. Tak sanggup aq menjadi orang bertepuk sebelah tangan. Tak nak dah pisang berbuah dua kali.

*pergh..expert gila dye dlm bab berchenta. Orang cantik la katakan~ lain la aq ...puihh! :’) *


Dah. Tahun lepas setakat tu jep aq tau jalan cerita. Tahun lepas before cuti semester. Dan hari-hari cuti adalah hari bersenyap kami satu kelas, sebab masing-masing tak bercontact each others. Haha Nampak benor cam kera sumbang weh. Kikiki


Alih-alih bukak new semester ni, “ Elly, aq dah kapel ngan someone”. Sapa..? kawan AIHhhhhh jugak.

 Naaaa... nampak permainan JIWA dye kat situ. Konon tanak kapel. Haktuihh.. kan dah berkapel. Cakap sememangnya tak serupa bikin gila. (maaf, ter’emosi’ lak. Hehe) Tak de la. Ni , gossip baruuuu kot. Hangat. Panas. Tapi sayang , “Elly, ko jangan bagitau sapa-sapa tau. Hanya ko ngan AIH je yang tau sal ni. Please ehh..~”. oh. Okeh. Dye dah suh jgn bagitau sapa-sapa. Biarpom tak de perkataan ‘promise’ dalam setiap ayat dye, tapi tak mengapa! Aq paham ayat begitu. ‘Life  personally and privately’. Jgn risau. Mulut aq sememangnya private & confidental. Tapi tangan ni tak sama ngan mulut ha.. asyikkk menulisss je nip. Haha maaf ye A. Tangan ni menggatal sangat nak bercerita sal ko. Haha.


 Ni..ni.. apa cerita ngan pakwe baru A ni..? sapa la dye kan..?? Kenapa aq boleh tatau pulak si A ni ade berkawan ngan kawan AIH selain I*** tuh..? kemudian aq memberanikan diri tanya sapa nama ‘The Boys’ tu.    Well ....

AKIL”. 


then..

arghh...


Omagad omagad omagad. Si fellow yg ikut datang universiti ni ker, AKIL TOLOF tu..? pergh.. dalam senyap-senyap contact ngan orang baru. Ehmmm... kalau orang dah lawa, memang ramai ber-kawan-nya. Lajuuuu je masuk line. Haha. Tapi tang bila diorg ber-contact ni..? musykil....




SCENE 4.

Lepas geng AIH blah dari universiti. Si Akil tolof lak add A dlm FB. Dari situ la si Akil mintak nombor fon A. Then, yeah..cerita diorg nak lebih-kurang-sama- atau- memang-sama- terus ngan kisah A ngan I*** tu.

*iklan*

SCENE 5.

Nak dipendekkan cerita, A ngan Akil berkapel.

*frust tak ngan ending scene 5 tu..? kekekekekeke*


( Aq ni nak jugak bercerita panjang. Tapi tak pandai lak nak susun ayat. Sebab time A b’cerita kat aq, berterabur habis plot. Sekejap cerita yang tu, sekejap cerita yang begini. Okeh. Aq cuba bercerita . i’ll try J)

Akil ni dari family yang kira –sederhana- la. Tak miskin sangat, tak kaya sangat. Si Akil tak sambung study tau. Dye study diploma kejap, then, dia quit, then mula bekerja ngan result SPM tu.


Akil ni pernah ade awek duluuuu. *muka bersungguh-sungguh bagitau * Disebabkan Akil ni dah bekerja after SPM (2011) , so dye kira dah ade duit poket sendiri la. Sayangggg gegiler dye kat awek dye ni. Apa je yang awek dye nak, Blackberry, duit, Handbag, semua Akil ni mampu nak bagi. Yang paling mahal benda Akil bagi kat awek dye, keta Swift. *Perghh...* even anak-beranak awek dye ni ade la pinjam duit ngan Akil ni. Bukan pinjam seratus dua, tapi seribu dua ( atau lebih, Allahualam) tau diorg pinjam. Bukannya pinjam sekali dua, tapi banyak kali la. Tapi, diorg tak pernah bayar balik duit yang diorang ‘pinjam’ (konon) kat Akil. Dia pulak jenis tak kisah, coz dye memang nak jadikan awek dia ni ‘ suri hidup dan ibu kepada anak-anak dia’ kan. Time nak dekat-dekat nak bertunang, awek dye mintak putus. Katanya, dye dah jumpe cinta baru. Apalagi, frust la Akil. Bayangkan la, nk dekat nak tunang, boleh pulak pompuan ni mintak putus. Yang paling tak tahan, bukan nak bayar balik sumbangan yang dah Akil bagi kat se-family pompuan tu. Yang paling paling paling paling aq rase tak leh blah giler, time Akil mintak balik kereta tu, dia dapat tau pompuan tu dah jual keta tu dan beli keta lain ngan pakwe baru dye. Ciss... talam dua muka gile pompuan tu. Tapi dalam frust-frust Akil, dye redha. Dye berserah pada takdir. Sejak tu, dye bermuram durja. *ayat klasik* Tak senyum. Kalau senyum, tawar.Kalau ketawa, hambar.  Dan masa dye dipenuhi dengan kerja kerja kerja kerja. Sampai makan pom tak teratur. Kalau sapa-sapa yang  tak tegur sal makan dengan dye, memang dye takkan makan. Asyik duk buat je kerja tu. AIH la yang selalu kena call dye, tanya sal makan minum ni. Sedih pulak dengar cerita Akil tgh frust ni.

air mata.. air mata..

Dan semua tu mula berubah sejak kedatangan Akil ke universiti. Sejak pertama kali dye pandang A, mata dia asyik menoleh ke arah muka A. Memandang dari jauh. Tanpa A sedari pom. Sebab time tu A asyik duk bercakap ngan A***. Selepas Akil dapat nombor fon A, senyuman, nada ketawa, semua berubah. Senyuman lebih manis, ketawa pon tidak dalam kepura-puraan. Sepanjang Akil dapat msej dri A, sepanjang tu la dye senyum. Even time AIH and the geng lepak kat mana-mana, yang lain macam pelik ngan perubahan Akil yang lebih banyak senyum. Tak seperti hari yang dulu-dulu. Dapat sms je senyum. dapat sms je senyum. *pergh..ni mmg dah angau giler*


 ***Akil nie..kira cam lebih bertanggungjawab la dalam menyara kehidupan dye sefamily. Ya lah, dengan keadaan si ayah yang tak sihat, ibu dye buat kerja sambilan buat kuih. Si kakak still study, si adik yang nak SPM. Semua itu perlukan duit. Alhamdulillah, Akil tu, kira cam ‘anak kesayangan’ bos la kat tempat kerja dye. Dalam masa lebih kurang 2-3 bulan die bekerja kat Telekom, dye dah naikkan pangkat jadi ‘Project Manager’. Fuuuhh.. dasyat tak dasyat dye bekerja. Itu time dye frust ngan x-makwe dye la. Maybe sebab tu kot, Akil kira mampu la nak bagi  kesenangan kat family dye. Duit dalam poket pom berkepok-kepok kot. Berisi. haha***


Duit mania tu, hanya aq je lihat dari luaran. Tamak la katakan. Haha. *tapi aq tak penah kikis duit orang wokeh* si A ni maybe pilih Akil jadi kapel coz, dye gentleman..? kuat bekerja and..bertanggungjawab..? In shaa Allah, rasanya A pilih Akil sebab tu, bukan pasal ‘duit mania’ tu. Hihi A pom kira anak orang berserdehana la gak. Tak teringin la nak duit banyak-banyak. Kakak-kakak abang-abang A tu dah kira keje sodap-sodap. Duit pom come easy je kat dye J


My thought ; besttttt nyerrr si A dapat lelaki yg cinta kat dye. Wokey, aq bukan la typical-romantik-girl yg suke tulis cakap baca ayat-ayat jiwang dan cintan *bukan megi cintan ye* cintun ni. Even orang tu kata “dye sayang aku” pom dah rasa cam..err.. geli geleman. That’s why aq tak suke bace novel kisah-kisah romatika keluaran Prima or whate-so-ever publisher. Especially keluaran Alaf 21. Ayat cinta bangku kot dye guna. Memang terlebih jiwang. Tak masuk dengan jiwa raga aq. And that’s why also, aq layan cerita-cerita novel HLOVATE. Perghh..minat giler hasil karangan dye. Superb beb. Er..apsal tetiba masuk topik penulis novel nih..? =,=FINE! Back to the reality.aahhh~... Aq seronoookk je bila aq dapat tau kalau...KALAU.. ade boys tu, yang dari jauuhhhh usha aq. Then mula propose aq. Keke

 *wokey, seriously ko jiwang. Tak yah la nak nafikan bagai*. Si A ni pom, patut rasa bersyukur and untung tau ade lelaki nk pndang dye. Tak la macam aq.. (sedih..sedih.. :’( ) aq ni bukan hotsetuff..hotSENTAP ade la. Haha asyik nak sentapp aje. Haha haila...kawan sendiri dah jumpe jodoh. Aq camne..? takpe, ‘la tahzan’. Eh, eh. Aq tak sedih la. Aq juz t’tnya-tanya..sape la jodoh aq ye..?? wonder..wonder...~~~ kekeke last but not least wishes, “Congrates, my friend is fall-in-love. *smileee* ”


Dan baruuuu je tdi, si pakwe datang pick up si makwe, pergi dating somewhere. Haaa... dont wori, tak kena tangkap basah nye, sebab there’s another 3 men follow with them. Haha no privacy, but that’s better, bagi yang belum ade hubungan yang halal disisi Allah. Well done, well said. J

Bagi member-member yang tengah angau berchenta, baru dapat pakwe/makwe, baru dapat surat cinta, jangan terlalu melonjak-lonjak kegembiraan. Hati kena kuat. Iman kena jaga. Akhlak kena jaga. Pergaulan kena bataskan.  Perucapan kena berpada-pada,jangan terlalu ‘berahi’ di telinga pendengar. Bisikan syaitanirrojim tuh. Jangan ucapkan kata sayang kepada kekasih di dunia, tapi ucapkan la kata sayang itu kepada Allah, agar Dia dpt sampaikan bisikan cinta itu kepada yang empunya, dengan cara yang lebih afdal dan suci. Ameen.

Engat la kata-kata dalam pic ni. sweet ~ muaaxxx..

 Ni betol-betol kata nasihat dari aq, ikhlas dari hati ni. Tolong la cari cinta yang sejati, berlandaskan syariah islam, dan suci di sisi Allah. Bagi yang dah lama berkapel, cepat-cepat la kawen (agar dapat mengurangkan fitnah duniawi) dan moga dipanjangkan jodoh. Ameen..ameen..ameen.. moga berkekalan. J

Tapi ini lagiiiii la double triple manis muahh muahh muahh >.<



(✿◠‿◠) Annyiong~


No comments:

Post a Comment