Dah lama aku tak bercerita kat sini kan. Kali ni meh
aku berceloteh bebanyak. Sebab bagi aku kisah ni ‘lucu’. Baruuuu je terjadi
tadi. Alang-alang perasaan tu tgh bergembira tak kusut dengan masalah lain,
baik aku mulakan sekarang.
Kisah dia begini. Aku kan terbangun kol 4 pagi. So
bangun solat-solat sunat semua, then aku nk tido balik. Cerita dia aku terlepas
solat Subuh. Lalu aku bangun mandi semua then qada’ la solat terbabas aku tadi
tu. Aku ni style, klu solat Subuh aku tak bangun, aku jadi marah kat diri
sendiri tau. Sebab tak terjaga waktu Subuh tu. Nak marah kat orang lain pom ada
gak, sbb orang tu tak kejutkan aku pom untuk solat Subuh. Kan dah ada yang
mengatakan;
“ Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk
mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak
bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik
yang berjaya solat Subuh.” (Raidah, 9 nov 2011)
Bukan nak kata apa kan, aku ni lepas baca ayat tu waktu
dolu-dolu aku terus kejutkan kawan sebilik aku untuk solat Subuh sesudah aku
solat. Tapi skrg ni, bila aku tido tak sedar apa, budak sebilik aku ni tak
pernah nak kejutkan aku bangun untuk solat Subuh. Itu yang aku hangin tu. Nak –nak
aku terbangun dengan sendiri nya pukul 8.30pagi-9.30 pagi, berdesup dalam pale
aku ‘eh, aku tak solat Subuh tadi’
then aku pandang budak sebilik aku ‘eh,
dah bukak mata siap pandang computer layan lagu kuat-kuat’ pulak tu. Maybe
sbb lagu tu kot yg menyedarkan aku drpd alam mimpi aku tu. Berderau darah aku
time tu.
Nak marah punye pasal kat budak sebilik aku ni sebab ;
1. tak kejutkan aku solat Subuh
2. Boleh pulak layan lagu kuat-kuat pepagi hari ni. Pakai
earphone tak boleh ke? Telinga tu dah naik bisul eh??!!
Apa yang aku buat semua tak kena. Even aku tgh qada’ solat
Subuh aku time tu pom, boleh pulak lahaiiii nonton cerita The Return of Superman
dengan volume 60% (rasenya) tapi still telinga aku boleh menangkap butir bicara
nya. Panas je hati mase tgh solat tu. Dalam pada mulut bertutur ayat suci
Al-Quran, dalam hati mula berbisik ‘ tak boleh ke ko hormat cikit orang yang
tgh solat ni? Ade pernah aku buat bising keluar-keluar suara tgk cerita volume
kuat-kuat mase kau solat? Tak kannnnnn~~~~~???!!!!’ dalam pada tu aku tahu aku tak khusyuk dalam
solat tapi nk wat cemana. Hanya Allah je tau keadaan aku time tu.
Then, lepas aku solat
semua, baru dia nk rendahkan volume sampai aku tak dengar bunyi-bunyi suara dlm
cerita tu, atau memang dye tutup terus cerita tu, aku tak tahu la. Lagi
menyirap darah aku ni. Time aku solat tak reti-reti nk hormat aku pasang suara
kuat-kuat. Ni bila aku dah sudah solat baru nk slowkan volume. Eh nak je tanya ‘Tok
Guru mana ajar ko hormat orang macamtu???’ Islam diketepikan duniawi
diutamakan. Nak kata bangang tak bangan
lahaiii *tetiba bila kenang balik rasa
nk marah huhhhhhhhh*
Ok stop la cerita aku marah kat budak sebilik aku tuh. Ko pom
nampak kan tajuk entry aku ni apa; JUNIOR.
Memang la solat subuh tu bukan topic utama kat sini, tapi nak cerita nya
disebabkan kejadian solat Subuh tu la aku nk jadi marah. Bila marah, aku keluar
drpd bilik. Bila keluar drpd bilik, aku kekonon nak jejalan kat tingkat 1 blok
aku ni. Nak akhir sem baru nk jelajah blok kolej. Sempoi.
Aku nk jejalan tingkat 1 ni sebab aku tahu kat aras ni ade
bilik bacaan, gym, bilik mesyuarat la apa la cuma aku tak pernah tengok je lagi
cemana rupanya. Alang-alang nk sejukkan hati aku yg panas ni, aku try take a
look kolej ni. Tingkat 1 ni yg aku tahu memang aras bilik senior-senior. Sekali
tu bila aku jalan-jalan tak tentu hala, tetiba sampai satu selekoh, aku dengar
ade org tarik luggage. Aku tak pikir mane. Biase la time study week orang nk
balik kampong. Then bila menjengahnya orang yg tarik luggage tu, aku tak
pandang mane wajah orang tu tapi biase la dengan kekuasaan Allah, tgk sipi-sipi
drpd hujung mata pom dah boleh tahu rupa org tu cemana kan. Dan aku tersedar yg
orang yg lalu sebelah aku tgh tarik luggage tu macam junior sekolah menengah aku. Duduk dorm sebelah dorm aku pulak tu.
Then aku terus toleh ke belakang dan yang mengejutkan, dia pom toleh kebelakang
jugak.
Lahai, tak sampai 3 saat aku pandang depan balik. Engat lagi
rupanya budak tu kat aku. Iye ke engat? Entah-entah sekadar ‘eh, macam kenal je rupa minah ni’
ala-ala cam tu la. Aku toleh 3 saat tu then blah jalan kehadapan tak pandang
belakang dah. Jalan memang laju punye, macam walkathon dah. Takut-takut junior tu seru nama aku ker, memangla
aku tak kuasa nk beramah mesra time aku baru naik angin dengan budak sebilik
aku tu. Lepas jumpa junior tu, aku
langsung kehabisan mood nak berjalan-jalan amik angin lagi, dikhuatiri muncul
pulak geng-geng junior aku yang lain. Lalu aku decide tekan butang
lift naik atas.
Paham tak situasi yg aku alami sekarang ni? Aku baru masuk UiTM ni lepasan Diploma,
terus masuk penerapan sem 3, dan aku
stay di tingkat 8 di kolej ni. Aku
turun ke tingkat 1 yang mana aku tahu aras tu aras senior UiTM ni, dan tup-tup aku terserempak dengan JUNIOR sekolah menengah aku! JUNIOR
di sekolah menengah menjadi SENIOR UiTM aku. Paham tak paham
tak..????? Perghhhh….tak leh terima hakikat mehhhhh! Dah tu pulak terserempak
dengan aku wat –wat muka ‘eh, dye senior sekolah aku kehh’. Apa kau engat klu terserempak camtu aku nak
tegur dye? Sorry, aku senior okeh. Suppose junior yg kena engat kat senior then
tegur senior. Kalau senior pergi tegur junior nampak nau FAMOUS AMOS sgt junior tuh. Aku bukan style camtu. Klu aku kenal kau
as JUNIOR,
sampai kemati otak aku pikir kau tu JUNIOR! Campak la kita berdua di Universiti mana pom, klu aku dah
kenal kau macamtu, memang tak kan berubah perspeksi aku terhadap kau.
Sekarang aku phobia nak turun aras senior-senior ni. Takut
hierarki yg aku pegang selama ni tergugat. Please la no more JUNIOR be my SENIOR UiTM. Kalau junior
tetap junior tak pe :’)