Showing posts with label myday. Show all posts
Showing posts with label myday. Show all posts

Saturday, 20 December 2014

- JUNIOR -

Bila si Senior berserempak dengan si Junior. Welcome to the blog. Assalamualaikum 


Dah lama aku tak bercerita kat sini kan. Kali ni meh aku berceloteh bebanyak. Sebab bagi aku kisah ni ‘lucu’. Baruuuu je terjadi tadi. Alang-alang perasaan tu tgh bergembira tak kusut dengan masalah lain, baik aku mulakan sekarang.

Kisah dia begini. Aku kan terbangun kol 4 pagi. So bangun solat-solat sunat semua, then aku nk tido balik. Cerita dia aku terlepas solat Subuh. Lalu aku bangun mandi semua then qada’ la solat terbabas aku tadi tu. Aku ni style, klu solat Subuh aku tak bangun, aku jadi marah kat diri sendiri tau. Sebab tak terjaga waktu Subuh tu. Nak marah kat orang lain pom ada gak, sbb orang tu tak kejutkan aku pom untuk solat Subuh. Kan dah ada yang mengatakan;

“ Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.(Raidah, 9 nov 2011)

Bukan nak kata apa kan, aku ni lepas baca ayat tu waktu dolu-dolu aku terus kejutkan kawan sebilik aku untuk solat Subuh sesudah aku solat. Tapi skrg ni, bila aku tido tak sedar apa, budak sebilik aku ni tak pernah nak kejutkan aku bangun untuk solat Subuh. Itu yang aku hangin tu. Nak –nak aku terbangun dengan sendiri nya pukul 8.30pagi-9.30 pagi, berdesup dalam pale aku ‘eh, aku tak solat Subuh tadi’ then aku pandang budak sebilik aku ‘eh, dah bukak mata siap pandang computer layan lagu kuat-kuat’ pulak tu. Maybe sbb lagu tu kot yg menyedarkan aku drpd alam mimpi aku tu. Berderau darah aku time tu.

Nak marah punye pasal kat budak sebilik aku ni sebab ;

1. tak kejutkan aku solat Subuh
2. Boleh pulak layan lagu kuat-kuat pepagi hari ni. Pakai earphone tak boleh ke? Telinga tu dah naik bisul eh??!!

Apa yang aku buat semua tak kena. Even aku tgh qada’ solat Subuh aku time tu pom, boleh pulak lahaiiii nonton cerita The Return of Superman dengan volume 60% (rasenya) tapi still telinga aku boleh menangkap butir bicara nya. Panas je hati mase tgh solat tu. Dalam pada mulut bertutur ayat suci Al-Quran, dalam hati mula berbisik ‘ tak boleh ke ko hormat cikit orang yang tgh solat ni? Ade pernah aku buat bising keluar-keluar suara tgk cerita volume kuat-kuat mase kau solat? Tak kannnnnn~~~~~???!!!!’  dalam pada tu aku tahu aku tak khusyuk dalam solat tapi nk wat cemana. Hanya Allah je tau keadaan aku time tu.

 Then, lepas aku solat semua, baru dia nk rendahkan volume sampai aku tak dengar bunyi-bunyi suara dlm cerita tu, atau memang dye tutup terus cerita tu, aku tak tahu la. Lagi menyirap darah aku ni. Time aku solat tak reti-reti nk hormat aku pasang suara kuat-kuat. Ni bila aku dah sudah solat baru nk slowkan volume. Eh nak je tanya ‘Tok Guru mana ajar ko hormat orang macamtu???’ Islam diketepikan duniawi diutamakan. Nak kata  bangang tak bangan lahaiii *tetiba bila kenang balik rasa nk marah huhhhhhhhh*

Ok stop la cerita aku marah kat budak sebilik aku tuh. Ko pom nampak kan tajuk entry aku ni apa; JUNIOR. Memang la solat subuh tu bukan topic utama kat sini, tapi nak cerita nya disebabkan kejadian solat Subuh tu la aku nk jadi marah. Bila marah, aku keluar drpd bilik. Bila keluar drpd bilik, aku kekonon nak jejalan kat tingkat 1 blok aku ni. Nak akhir sem baru nk jelajah blok kolej. Sempoi.

Aku nk jejalan tingkat 1 ni sebab aku tahu kat aras ni ade bilik bacaan, gym, bilik mesyuarat la apa la cuma aku tak pernah tengok je lagi cemana rupanya. Alang-alang nk sejukkan hati aku yg panas ni, aku try take a look kolej ni. Tingkat 1 ni yg aku tahu memang aras bilik senior-senior. Sekali tu bila aku jalan-jalan tak tentu hala, tetiba sampai satu selekoh, aku dengar ade org tarik luggage. Aku tak pikir mane. Biase la time study week orang nk balik kampong. Then bila menjengahnya orang yg tarik luggage tu, aku tak pandang mane wajah orang tu tapi biase la dengan kekuasaan Allah, tgk sipi-sipi drpd hujung mata pom dah boleh tahu rupa org tu cemana kan. Dan aku tersedar yg orang yg lalu sebelah aku tgh tarik luggage tu macam junior sekolah menengah aku. Duduk dorm sebelah dorm aku pulak tu. Then aku terus toleh ke belakang dan yang mengejutkan, dia pom toleh kebelakang jugak.

Lahai, tak sampai 3 saat aku pandang depan balik. Engat lagi rupanya budak tu kat aku. Iye ke engat? Entah-entah sekadar ‘eh, macam kenal je rupa minah ni’ ala-ala cam tu la. Aku toleh 3 saat tu then blah jalan kehadapan tak pandang belakang dah. Jalan memang laju punye, macam walkathon dah. Takut-takut junior tu seru nama aku ker, memangla aku tak kuasa nk beramah mesra time aku baru naik angin dengan budak sebilik aku tu. Lepas jumpa junior tu, aku langsung kehabisan mood nak berjalan-jalan amik angin lagi, dikhuatiri muncul pulak geng-geng junior aku yang lain. Lalu aku decide tekan butang lift naik atas.

Paham tak situasi yg aku alami sekarang ni? Aku baru masuk UiTM ni lepasan Diploma, terus masuk penerapan sem 3, dan aku stay di tingkat 8 di kolej ni. Aku turun ke tingkat 1 yang mana aku tahu aras tu aras senior UiTM ni, dan tup-tup aku terserempak dengan JUNIOR sekolah menengah aku! JUNIOR di sekolah menengah menjadi SENIOR UiTM aku. Paham tak paham tak..????? Perghhhh….tak leh terima hakikat mehhhhh! Dah tu pulak terserempak dengan aku wat –wat muka ‘eh, dye senior sekolah aku kehh’.  Apa kau engat klu terserempak camtu aku nak tegur dye? Sorry, aku senior okeh. Suppose junior yg kena engat kat senior then tegur senior. Kalau senior pergi tegur junior nampak nau FAMOUS AMOS sgt junior tuh. Aku bukan style camtu. Klu aku kenal kau as JUNIOR, sampai kemati otak aku pikir kau tu JUNIOR! Campak la kita  berdua di Universiti mana pom, klu aku dah kenal kau macamtu, memang tak kan berubah perspeksi aku terhadap kau.


Sekarang aku phobia nak turun aras senior-senior ni. Takut hierarki yg aku pegang selama ni tergugat. Please la no more JUNIOR be my SENIOR UiTM. Kalau junior tetap junior tak pe  :’)

Sunday, 14 September 2014

When.You.In.Trouble......

Siapa sahaja yang berada di sisi kamu ketika kamu dalam kesusahan? Welcome to the blog. Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Aku berjaya melanjutkan pelajaran degree di Uitm Shah Alam. Banyak benda yg nak disettlekan. Even sekarang pom aku masih ada banyak benda nak di settle kan. Apa yg nak aku kisahkan disini ialah, bagaimana aku didalam kesusahan dan yang mana aku sendirian tak berteman, sewaktu kesusahan tersebut.

Rasa nya semua pernah mengalami keadaan macam “ time bersenang lenang kawan bersama, time bersusah payah kawan ditinggalkan” ; dan yang sama maksud dengan nya. YA! Aku mengalami masalah tersebut.  Aku tak tahu salah siapa. Aku tak tahu mana silapnya. Alih- alih, bila aku dalam kesusahan, aku tak tahu nak meminta bantuan drpd siapa. Dengan org yg aku kenal – tapi rapat, atau org yg aku kenal – tapi tak rapat mana.

Aku kalau boleh, bila dalam kesusahan, org lain akan memikirkan apa yg sedang aku alami. Misalnya, mereka dah tahu aku ada masalah tersebut, tapi mereka seakan – akan pikir “ masalah aku dah selesai. Kalau masalah ko tak settle lagi, settle la sengsorang. Aku malas nk pikir” dan ketika itulah aku akan rasa down, dan berkecil hati.

Aku tak mintak banyak pom dalam hal persahabatan ni. Tapi kalau boleh, bila aku pernah tolong diorang waktu diorang dlm kesusahan, pernah pikir dan ingatkan masalah diorang, bersama –sama teman diorang selesaikan masalah tersebut, tak boleh ke diorang buat perkara yang sama macam apa yg aku lakukan? Ini tidak. Asyik pikirkan “Hal aku kena settle dulu bagi selesai. Hal dia biar dia je la buat sendiri”. SELFISH tau tak.

Aku pom jenis yang macam – segan nak minta bantuan orang. Sebab aku segan. Aku takut. Bila aku tarik someone untuk sama-sama teman aku settle down the problem, nanti diorang letih sebab aku, diorang buang masa sebab aku, diorang rasa moody sebab aku. Aku tak nak macam tu. Aku nak kalau boleh, nak tolong aku biar iklas. Biar ada rasa dlm hati tu “ aku sendiri yang willingness  nak tolong dia.”

Tapi baru – baru ni, aku dlm kesusahan. Mereka tahu aku ada masalah tersebut tetapi mereka tak cuba nak bantu aku pom. Sebab nya “ masalah aku dah selesai. Kalau masalah ko tak settle lagi, settle la sengsorang.” Ibaratnya. Lalu terkapai – kapai la aku keseorangan. Salah aku ke, sebab tak bagitahu diorang apa masalah aku? Salah aku ke, bila aku ada masalah tapi tak ajak mereka tanggung bersama masalah aku?

Masalah bila diajak ibarat membelanja-kawan-tengok-wayang, rasanya semua orang ada kawan setia bersama macam tu. Engat definisi MASALAH itu adalah keseronokan? Tidak. MASALAH itu adalah kesusahan. Siapa yang nak kan kesusahan tersebut sedangkan selama ini kita cuma inginkan keseronokan?

Mungkin ada salah nya di pihak aku. Tak cuba membuka pekung di dada, share the probs with friend. Tapi yang salahnya di sisi kawan, cuba la fahami apa yang kawan sebelah alami. Ingat balik apa kebaikan yg mereka lakukan dan cuba lakukan hal yang sama. Jangan pula bila berseronok bersama, bila susah tinggalkan. Tak semua manusia bertalam dua muka meminta bantuan dan menyusahkan orang lain. Bagaimana dengan mereka yang ada rasa malu dan segan untuk menyusahkan org lain tetapi pada waktu yg sama ingin terasa ada insan di sebelah untuk menangung beban yg di alami?

KAWAN. Banyak ragam nya.

Kawan yang bersama ketika bergembira sahaja. Aku benci kawan yang macam tu. Bukan benci. Tapi lebih kepada “ Kenapa tak nak bantu aku ketika aku dalam kesusahan?”


Korang tahu kan apa perasaan yang ingin aku sampaikan? Macam tu la apa aku rasa sekarang ini. Dan malam nya aku menangis.





Saturday, 19 July 2014

Say Hi! from Me to You *LOVE*

It’s been a while, huh? Welcome to the blog. Assalamualaikum

*Maaf. Gamba ini terlalu comel sangat. Mohon Kak Tita bagi kebenaran*

Saja je datang nak menjenguk blog aku ni. Sejujurnya, aku tak tahu nak paparkan kisah apa yg seterusnya. Since kehidupan yang aku lalui tidak serancak mana. Pergolakkan yang berlaku pun tiada penghujung nya, lebih-lebih lagi masalah keluarga. Ingin dikongsikan cerita sebagai paparan untuk menjadi tauladan dan pengajaran kepada kita semua, tapi sehingga kini aku masih menyusun tutur kata dan menyusun plot –plot agar tiada kekeliruan semasa membaca kisah yang bakal aku paparkan.

Aduh, bunyi dah macam nk keluarkan novel pom ade. Cewahh. X de la. Aku tak de la imaginasi yg tinggi untuk menghasilkan cerita yg vogue gitu. BTW, bila aq tatap balik blog aku ni, mostly ramai yg suke review pasal K-colly. Kenapa huh?


Nak tahu apa yang menghairankan aku pasal K-Colly tu, nantikan yg seterusnya daripada aku. Chow. Selamat Berbuka Puasa Semua J

Tuesday, 14 January 2014

K.I.S.A.H. J.A.N.U.A.R.I.

Welcome to the blog. Assalamualaikum

Alahai sian betol aq tengok blog ni. Dah lama aq lupakan diari aq ni.
Sempena tahun 2014 ni, aq bukanlah berhasrat nak list down wishlist aq ker, azam tahun baru ke apa, tapi aq hanya ingin menjengah kembali blog ni untuk diaktifkan, seperti dahulu kala.

Terlalu banyak perit yg harus aq lalui tahun lepas,
Dan tahun ini sejarah mungkin berulang,
Atau mungkin Allah ingin berikan aq sinar pelangi.
Tetapi mungkinkah?
Hati memberontak tapi tak terluah,
Hati ini ingin menjaga perasaan orang disekeliling,
Kerana aq tahu,
Sekali aq menyakiti hati seseorang,
Tak mungkin aq kembali ke syurga, kan?
Ajal maut ditangan Allah.
Sebelum itu, semoga aq menjadi insan yang lebih baik.
Sekurang-kurangnya aq masih ingat, jadikan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai idola,
Mencontohi Baginda s.a.w., mengamalkan sunnahnya, dan praktikkan.


Ayuh berselawat. Salam Maulidur Rasul. :)

Wednesday, 4 December 2013

GEWAMMM.(>___<) Hal WhatsApp boleh jadi gaduh!

Ade je mende yg sakitkan hati aq. Welcome to the blog. Assalamualaikum ● 


Aq nk bercerita. Kisahnye bermula dengan whatsapp. Me has a friend, A. Always wassap nak bercerita nak share masalah pape ke. But then yesterday. The way dia reply wasep aq mcam tak kena tau. Pelik je daripada cara ayat mahupun ejaan dia. Bila aq tanye sape yg reply tu, mengelat. Aq pom sama, mengelat jgak. The end, aq call A. Tanya dye pegang hp dye x time tu. Katanya “ Tak. Hp tgh charge”. So, who’s the heck yg reply wasep tu???

A bagitau aq, hp dye ade dgn kwan. So, aq bagitau la yg KAWAN dye tu reply wassap aq. Si A pom boleh lagi gi tanya aq ape yg dye reply pe yg dye tulis. Hey, hp ko kan.. pandai2 la ko bace sndiri bila dapat. Ngek.

Malam tu plak, aq x puas atie kan. Aq tanya balik, sape yg reply wassap tu? Dye cakap, sbenarnya dye yg taip. Saje nk usik aq. Pastu gelak-gelak. Engat ni sarkas ke? aq tak bodoh tau. Aq tanya balik, soalan yg sama. Kali ni baru aq hidu kejujuran dye. Memang tdi orang lain yg reply wasep aq. Member dye, B. Cerita dye, hp tertinggal dlm keta B. Alang- alang wat balik umah B tolg charge-kan hp tu.

Okeh skrg aq nak tanya, ade tak si A suh si B tolg reply wassap aq. Ada tak? Ada tak? Tak kan... A suh B tolg charge kan hp je kan..? kan..? dah tangan gegatal nk reply wassap aq tu dah nape...????!!!

Aq tanye la A, bukan ke dye ade wat lock pattern ke. how B know pattern lock tu kan. Korg tau pe yg A kate? ‘ pattern lock kitorg sama’. Lebih kureng la ayat camtu. Bagi korg paham kan. THE HECK! Aq sndiri pom tatau lock dye, tetiba si B tau kan. Macam menyirappppp je hati aq ni. 

Aq x kesah si B yg aq x knal tu nk maen bls wassap ke pemenda, tapi masalah nye,wassap tu dah  aq anggap as the world between aq dan A. Tanak sesapa join wassap tu. Semua hal peribadi, private things kitorang cakapkan.  Alih – alih, ade orang k-3 baca. Tak seronok la kan. Semua mende2 maruah, yg mengaib-kan or tidak kitorg bicara kan dalam tu. Dah la aq x kenal mana sapekah B ni.

Yg aq heran, rilek lak si A ni. Tau la BFF dgn B ni, tapi tayah la nk BFF sgt hal aq dgn dye. Engat dgn semua orang la aq boleh masuk kamceng sekepala sekaki sebadan sebulu huh? Kalau camtu dengan Perdana Menteri pom dah lama aq kamceng haaa cam ceginiiii (Y)

google punye sumber

Macam sial pom ade gak tau x bila aq naik angin ni. Dengan twitter2 kena tempias aq. Tak boleh doo kalau mende ni terjadi. Aq paling tak suke orang pecah privacy hidup aq. Aq ni dah la jenis ego tinggi, maruah pom harus la terjaga. Ni orang dah tau aib pe semua, mau tak melenting! Engat aq ni budak tadika 5 tahun yg tak tahu apa-apa mende ke..???

Marah aq, memang petala tahap kelapan per sepuluh dah ni. Kalau masuk tahap ke-sembilan mau mencarut-carut gak dlm blog ni. Tapi no worries, i’m still being a human. Tak terdetik nk jadi Hulk Hogan lagi. Tau x hulk hogan tu pemende? Jgn kata tak, kang aq baling lappy ni bebetol kat muke ko kang. hahaha

Mmm....Sakit atie jugak la bila pikirkan hal ni. Menyirap darah aq tau tak. nak marah sangat. Silap-silap hari bulan mau naik tangan ni kat muka orang tu. Tapi aq cakap je lelebih ni. Buat nye memang tak. *gelak tutup mulut*

I just wanna say, lepas apa yang korang buat kat aq cegini, my trusted towards you.....A......!! dah menurun tau tak. Aq dah hilang 20% kepercayaan aq kat ko. Aq tau ko still lagi rase lega kan, ala rilek la, baru 20% kot. Haaa...kot la...kot. Lepas ni mesti ko lagi terkejut dengan ayat aq ha.... à Bagi aq, 20% itu dah ibarat 80% .  Dah x leh bagi diskaun dah kat ‘ibarat’ tu. Still nk kire-kire lagi?!!

Lepas ni, sesapa wat aq jadi naik darah lagi, aq nak mengaum je. AUUUUUUUMMMMMMM!!! 

Sunday, 17 November 2013

Who I am

I’m telling you I am not Superwoman. Welcome to the blog. Assalamualaikum


M.A.R.A.H.
I’m a bad temper girl. Easily mad at people. But until now, I’m tried to manage my temper so it will not blow it out to people around me. Whenever I’m angry with anything, I’m bearing it on my mind “please don’t acting like a stupid clown. Act like a professional”. With the anger inside of me, I choose to keep silent. NO mood in talk, NO mood in texting, NO mood to laugh, NO mood in movies. Just don’t mind me. Let the fire turn off by the times. I admit I’m easily got angry with little things such as waiting for a-late-person (even it is just 5 minutes late), or someone just format my pendrive without me knowing it, but I’ve tried to not make it a bigger issue.  Sabar itu separuh daripada iman, right?? That quotes I was thinking when I’m in temper. Don’t worry; I’m not a harmful people.

Warning; when I’m in silent mood, please don’t disturb me with anything that annoying me much. The fire might be bigger than the earlier. What is the annoying thing? The words that can make me pissed off. If it was a joke, make sure the joke is making a sense and not a sarcasm-to-be.

J.E.A.L.O.U.S.
I’m bad at this thing. And I totally hate this feeling. Wishing for “won’t be silly jelly” but the more I denied it, the more it shows.  I’m totally got easily jealousy when I’m got nothing when they have it. The more suck is, if I realised that when I’m nothing to them, their faces show “huh, look at yourself, LOSER!” . Ok. It makes me more to cursing. That I’m looking ‘loser’ to you, huh???!!!   Sometimes I cried louder if there’s something that I cannot hold with but the others can.  Sometimes I get angry if there’s something that I want but the others got it. Sometimes I get piss off if there’s something that I’m failed but the others success. All that things happened because of jealous. It’s totally broken my heart.

E.G.O.
Everyone have their own ego.  The difference is just, how their managed to handle the ego with the situation, the times, the people, the emotion. Me, have a high ego (I know because this is me). Sincerely, I’m admitting that I’m an egoist person. Just a bad or good, I’m not realized it at all. Depend on how you judge me and my egoist. I’m not easily giving people a chance to look down at me. But somehow depend on the situation. If there people that close to me or barely have I known (relative, classmate, or others--call-as-mate), I’m will forgive them on face to face. But still hold the grudge inside of me. I’m never forgive them. Beside of forgiveness, the way I’m act whenever they hurt my ego which is, I’m never talk to them, never looking their face, and never smile to them. My heart was hurt enough to do the happiest thing to them. It is still called as ego or pendendam..???

---- I will not showing the good of me because all of you might saying that I’m “RIAK”.--------

Nobody is perfect. Even the superman/woman. What they do is helping others but for themselves?? hopeless. Nobody there for them. Yet, I'm not a Superwoman, that stronger outside but feeling hopeless inside.Let me show you how the dark side of me. So that I can see how you all, the people can accept me the way I am. If you accept me the way I am, I will do the same things to you. If you cannot accept me, just leave. But never regret it. All above might change your first impression to me as a bad girl.  I'm a person who got the feel of anger, jealous and ego; same as you are. And me, still trying to be the best of friends ever. 


Who knows, all above I've just saying but not mean it. Me is who am I, and You have to accept it!


Wednesday, 6 November 2013

K.A.W.A.N

Hello hello. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Nak dijadikan cerita, baru semalam aku bukak facebook aq tu. Erm..since when eh aku dah x bukak FB tu? Agak lama jugak la. Cume semalam was the shock news aq baru dapat. Which is….

MY EX-SCHOOLMATE DAH ADA ANAK!!!

Nikah nye bila aq pom tatau weh. Usha-usha album photo dye pom, tak nampak pulak satu gambar nikah dye pom. Alih-alih post kat FB and say  ‘My *****’ (***** is her son’s name).  tgok dari komen-komen dye pom dah agak pasti she’s become a mother already. Dulu aq nmpak jugak dye post gambar pegang baby. But time tu engt tu anak sedara dye ker. Sebab dye ade abang-abang atas dye.

Tanye kawan aq yg lain, dah tau ke yg SHE dah ade anak. Memasing jawab “YA!” Time tu aq wat muka. Pe nih….semua orang dah tahu tapi aq sorang tak tahu ni pemende ni pemende niiii… *ayat tak puas atie*

Maybe she wasn’t remembered me at all. Ye la, almost 5 years tak contact tak menyapa, the end of SPM baru nk add FB dye.  Mahu nye dye tak engt kat aq. Tapi aq engat je kat dia :’(

She’s my friend since darjah 5. Funny girl, baik atie, chubby chubby pipi dye gitu, and the most manjeww girl i knew. Tu masa jamang skola rendah  punye crite la. Haha Di kala aq tengah sesedih, dia lah yg menceriakan hari aq. Dengan lawak bodoh nye, ayat sempoi dye, how adorable *bagi aq la*. Sayang dye sangat-sangat.


Paling terharu sekali, bila aq gaduh dengan geng ni and dah tak kawan dah, tapi senyap-senyap dye datang dekat aq and say

 Walau apa pom diorang kata macam-macam kat kau, tapi aq still nak kawan dengan kau. Aq tau, kau bukan lah macam yang diorang cakapkan”  erm....memang terharu :’)

Even kitorang kawan senyap-senyap dibelakang GENG tu, i’m appreciate much much the friendship tu. Aq tak kesah pom tak de kawan. Prinsip aq satu je
AKU AKAN KAWAN DENGAN SIAPA NAK KAWAN DENGAN AKU JER.

Bila jamuan librarian (aq & dia librarian dulu oke) , konon pergi asing-asing. Dah masuk library tu, kemain nk duduk sebelah aq. Haha Dalam banyak-banyak hari aq menjalani rutin kehidupan aq selepas dah tak kawan dengan GENG tu, time party librarian  was a big smile ever I’ve made. Sumpah tak tipu. Now i can see which can called a real friend than the fake one. Lepas party tu, all the glow surrounding me become gloomy as i take my step out of the library. Then the fake cool me begin.

Haila kawan. Banyak kerenah. The person yang jadi BATU API antara aq dengan GENG tu pom dah mengaku bersalah, and apologise to me. Bagus la. Aq pom dah maafkan dye. AND the weird things is, antara aq dengan BATU API tu, still contact each other, seeing each other, dah macam bestfriend dah. Haha pelik tak? Rasa marah tu ade, tapi tu la. Tak terluah. haha Tak pe tak pe. Aq kan kawan dengan sape nk kawan dengan aq jer. Every person that make friend with me officially declare as my BESTFRIEND! Kalau diorang-diorang ni tak reti nk menghargai aq then stab back me, itu hak diorang. Sakit tu sakit, tapi biar la Allah tolong revenge bagi aq. J


Keep smile. Everythings happends must be a reason. Therefore, should learn from the mistakes to being a better person.

Sorry eh awok. curi-curi gambar anak awok. Mohon jgn putuskan tangan saye :') 
btw Dhani ni comel. bambamhehehe May Allah bless you and yours happy family.