Saturday, 20 December 2014

- JUNIOR -

Bila si Senior berserempak dengan si Junior. Welcome to the blog. Assalamualaikum 


Dah lama aku tak bercerita kat sini kan. Kali ni meh aku berceloteh bebanyak. Sebab bagi aku kisah ni ‘lucu’. Baruuuu je terjadi tadi. Alang-alang perasaan tu tgh bergembira tak kusut dengan masalah lain, baik aku mulakan sekarang.

Kisah dia begini. Aku kan terbangun kol 4 pagi. So bangun solat-solat sunat semua, then aku nk tido balik. Cerita dia aku terlepas solat Subuh. Lalu aku bangun mandi semua then qada’ la solat terbabas aku tadi tu. Aku ni style, klu solat Subuh aku tak bangun, aku jadi marah kat diri sendiri tau. Sebab tak terjaga waktu Subuh tu. Nak marah kat orang lain pom ada gak, sbb orang tu tak kejutkan aku pom untuk solat Subuh. Kan dah ada yang mengatakan;

“ Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.(Raidah, 9 nov 2011)

Bukan nak kata apa kan, aku ni lepas baca ayat tu waktu dolu-dolu aku terus kejutkan kawan sebilik aku untuk solat Subuh sesudah aku solat. Tapi skrg ni, bila aku tido tak sedar apa, budak sebilik aku ni tak pernah nak kejutkan aku bangun untuk solat Subuh. Itu yang aku hangin tu. Nak –nak aku terbangun dengan sendiri nya pukul 8.30pagi-9.30 pagi, berdesup dalam pale aku ‘eh, aku tak solat Subuh tadi’ then aku pandang budak sebilik aku ‘eh, dah bukak mata siap pandang computer layan lagu kuat-kuat’ pulak tu. Maybe sbb lagu tu kot yg menyedarkan aku drpd alam mimpi aku tu. Berderau darah aku time tu.

Nak marah punye pasal kat budak sebilik aku ni sebab ;

1. tak kejutkan aku solat Subuh
2. Boleh pulak layan lagu kuat-kuat pepagi hari ni. Pakai earphone tak boleh ke? Telinga tu dah naik bisul eh??!!

Apa yang aku buat semua tak kena. Even aku tgh qada’ solat Subuh aku time tu pom, boleh pulak lahaiiii nonton cerita The Return of Superman dengan volume 60% (rasenya) tapi still telinga aku boleh menangkap butir bicara nya. Panas je hati mase tgh solat tu. Dalam pada mulut bertutur ayat suci Al-Quran, dalam hati mula berbisik ‘ tak boleh ke ko hormat cikit orang yang tgh solat ni? Ade pernah aku buat bising keluar-keluar suara tgk cerita volume kuat-kuat mase kau solat? Tak kannnnnn~~~~~???!!!!’  dalam pada tu aku tahu aku tak khusyuk dalam solat tapi nk wat cemana. Hanya Allah je tau keadaan aku time tu.

 Then, lepas aku solat semua, baru dia nk rendahkan volume sampai aku tak dengar bunyi-bunyi suara dlm cerita tu, atau memang dye tutup terus cerita tu, aku tak tahu la. Lagi menyirap darah aku ni. Time aku solat tak reti-reti nk hormat aku pasang suara kuat-kuat. Ni bila aku dah sudah solat baru nk slowkan volume. Eh nak je tanya ‘Tok Guru mana ajar ko hormat orang macamtu???’ Islam diketepikan duniawi diutamakan. Nak kata  bangang tak bangan lahaiii *tetiba bila kenang balik rasa nk marah huhhhhhhhh*

Ok stop la cerita aku marah kat budak sebilik aku tuh. Ko pom nampak kan tajuk entry aku ni apa; JUNIOR. Memang la solat subuh tu bukan topic utama kat sini, tapi nak cerita nya disebabkan kejadian solat Subuh tu la aku nk jadi marah. Bila marah, aku keluar drpd bilik. Bila keluar drpd bilik, aku kekonon nak jejalan kat tingkat 1 blok aku ni. Nak akhir sem baru nk jelajah blok kolej. Sempoi.

Aku nk jejalan tingkat 1 ni sebab aku tahu kat aras ni ade bilik bacaan, gym, bilik mesyuarat la apa la cuma aku tak pernah tengok je lagi cemana rupanya. Alang-alang nk sejukkan hati aku yg panas ni, aku try take a look kolej ni. Tingkat 1 ni yg aku tahu memang aras bilik senior-senior. Sekali tu bila aku jalan-jalan tak tentu hala, tetiba sampai satu selekoh, aku dengar ade org tarik luggage. Aku tak pikir mane. Biase la time study week orang nk balik kampong. Then bila menjengahnya orang yg tarik luggage tu, aku tak pandang mane wajah orang tu tapi biase la dengan kekuasaan Allah, tgk sipi-sipi drpd hujung mata pom dah boleh tahu rupa org tu cemana kan. Dan aku tersedar yg orang yg lalu sebelah aku tgh tarik luggage tu macam junior sekolah menengah aku. Duduk dorm sebelah dorm aku pulak tu. Then aku terus toleh ke belakang dan yang mengejutkan, dia pom toleh kebelakang jugak.

Lahai, tak sampai 3 saat aku pandang depan balik. Engat lagi rupanya budak tu kat aku. Iye ke engat? Entah-entah sekadar ‘eh, macam kenal je rupa minah ni’ ala-ala cam tu la. Aku toleh 3 saat tu then blah jalan kehadapan tak pandang belakang dah. Jalan memang laju punye, macam walkathon dah. Takut-takut junior tu seru nama aku ker, memangla aku tak kuasa nk beramah mesra time aku baru naik angin dengan budak sebilik aku tu. Lepas jumpa junior tu, aku langsung kehabisan mood nak berjalan-jalan amik angin lagi, dikhuatiri muncul pulak geng-geng junior aku yang lain. Lalu aku decide tekan butang lift naik atas.

Paham tak situasi yg aku alami sekarang ni? Aku baru masuk UiTM ni lepasan Diploma, terus masuk penerapan sem 3, dan aku stay di tingkat 8 di kolej ni. Aku turun ke tingkat 1 yang mana aku tahu aras tu aras senior UiTM ni, dan tup-tup aku terserempak dengan JUNIOR sekolah menengah aku! JUNIOR di sekolah menengah menjadi SENIOR UiTM aku. Paham tak paham tak..????? Perghhhh….tak leh terima hakikat mehhhhh! Dah tu pulak terserempak dengan aku wat –wat muka ‘eh, dye senior sekolah aku kehh’.  Apa kau engat klu terserempak camtu aku nak tegur dye? Sorry, aku senior okeh. Suppose junior yg kena engat kat senior then tegur senior. Kalau senior pergi tegur junior nampak nau FAMOUS AMOS sgt junior tuh. Aku bukan style camtu. Klu aku kenal kau as JUNIOR, sampai kemati otak aku pikir kau tu JUNIOR! Campak la kita  berdua di Universiti mana pom, klu aku dah kenal kau macamtu, memang tak kan berubah perspeksi aku terhadap kau.


Sekarang aku phobia nak turun aras senior-senior ni. Takut hierarki yg aku pegang selama ni tergugat. Please la no more JUNIOR be my SENIOR UiTM. Kalau junior tetap junior tak pe  :’)

Sunday, 14 September 2014

When.You.In.Trouble......

Siapa sahaja yang berada di sisi kamu ketika kamu dalam kesusahan? Welcome to the blog. Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Aku berjaya melanjutkan pelajaran degree di Uitm Shah Alam. Banyak benda yg nak disettlekan. Even sekarang pom aku masih ada banyak benda nak di settle kan. Apa yg nak aku kisahkan disini ialah, bagaimana aku didalam kesusahan dan yang mana aku sendirian tak berteman, sewaktu kesusahan tersebut.

Rasa nya semua pernah mengalami keadaan macam “ time bersenang lenang kawan bersama, time bersusah payah kawan ditinggalkan” ; dan yang sama maksud dengan nya. YA! Aku mengalami masalah tersebut.  Aku tak tahu salah siapa. Aku tak tahu mana silapnya. Alih- alih, bila aku dalam kesusahan, aku tak tahu nak meminta bantuan drpd siapa. Dengan org yg aku kenal – tapi rapat, atau org yg aku kenal – tapi tak rapat mana.

Aku kalau boleh, bila dalam kesusahan, org lain akan memikirkan apa yg sedang aku alami. Misalnya, mereka dah tahu aku ada masalah tersebut, tapi mereka seakan – akan pikir “ masalah aku dah selesai. Kalau masalah ko tak settle lagi, settle la sengsorang. Aku malas nk pikir” dan ketika itulah aku akan rasa down, dan berkecil hati.

Aku tak mintak banyak pom dalam hal persahabatan ni. Tapi kalau boleh, bila aku pernah tolong diorang waktu diorang dlm kesusahan, pernah pikir dan ingatkan masalah diorang, bersama –sama teman diorang selesaikan masalah tersebut, tak boleh ke diorang buat perkara yang sama macam apa yg aku lakukan? Ini tidak. Asyik pikirkan “Hal aku kena settle dulu bagi selesai. Hal dia biar dia je la buat sendiri”. SELFISH tau tak.

Aku pom jenis yang macam – segan nak minta bantuan orang. Sebab aku segan. Aku takut. Bila aku tarik someone untuk sama-sama teman aku settle down the problem, nanti diorang letih sebab aku, diorang buang masa sebab aku, diorang rasa moody sebab aku. Aku tak nak macam tu. Aku nak kalau boleh, nak tolong aku biar iklas. Biar ada rasa dlm hati tu “ aku sendiri yang willingness  nak tolong dia.”

Tapi baru – baru ni, aku dlm kesusahan. Mereka tahu aku ada masalah tersebut tetapi mereka tak cuba nak bantu aku pom. Sebab nya “ masalah aku dah selesai. Kalau masalah ko tak settle lagi, settle la sengsorang.” Ibaratnya. Lalu terkapai – kapai la aku keseorangan. Salah aku ke, sebab tak bagitahu diorang apa masalah aku? Salah aku ke, bila aku ada masalah tapi tak ajak mereka tanggung bersama masalah aku?

Masalah bila diajak ibarat membelanja-kawan-tengok-wayang, rasanya semua orang ada kawan setia bersama macam tu. Engat definisi MASALAH itu adalah keseronokan? Tidak. MASALAH itu adalah kesusahan. Siapa yang nak kan kesusahan tersebut sedangkan selama ini kita cuma inginkan keseronokan?

Mungkin ada salah nya di pihak aku. Tak cuba membuka pekung di dada, share the probs with friend. Tapi yang salahnya di sisi kawan, cuba la fahami apa yang kawan sebelah alami. Ingat balik apa kebaikan yg mereka lakukan dan cuba lakukan hal yang sama. Jangan pula bila berseronok bersama, bila susah tinggalkan. Tak semua manusia bertalam dua muka meminta bantuan dan menyusahkan orang lain. Bagaimana dengan mereka yang ada rasa malu dan segan untuk menyusahkan org lain tetapi pada waktu yg sama ingin terasa ada insan di sebelah untuk menangung beban yg di alami?

KAWAN. Banyak ragam nya.

Kawan yang bersama ketika bergembira sahaja. Aku benci kawan yang macam tu. Bukan benci. Tapi lebih kepada “ Kenapa tak nak bantu aku ketika aku dalam kesusahan?”


Korang tahu kan apa perasaan yang ingin aku sampaikan? Macam tu la apa aku rasa sekarang ini. Dan malam nya aku menangis.





Saturday, 30 August 2014

COLLY SWEET 17 #REALTestimoni

Hi Hi Hi. Welcome to the blog. Assalamualaikum 

Ni adalah post ke-dua aku bercerita pasal K-Colly *highlight cikit* . The 1st review pasal K-Colly dlm blog aku ni korang boleh pergi ke sini ( Tekan ini). Actually the 1st post aku bercerita pasal K-Colly bukan la pasal testimoni ke apa, tapi lebih bercerita psal harga runtuh drpd EM165 tapi sbb promosi kan time tu dapat RM130, pasal betol ke makan K-Colly boleh putih mcm org korea semua tu then aku decide nak try then aku beli. Tak de la testimoni pom tapi ramai yg review blog aku psal mende ni. Korang nak tahu sgt ke apa yg berkesannya K-Colly pada aku?

Okay, disini aku nak pesan awal –awal yang ‘ Metabolism pada setiap individu adalah berbeza’. Hanya ayat tu je yang aku nak tekankan. Sebab nya, dalam apa yang korang baca ni, tak semestinya mungkin berlaku pada diri korang. Kalau sesapa yang mengalami sama dengan apa yang aku rasa then Alhamdulillah. Kalau tak betul, jangan la pulak nak marah-marah kata PENIPU la, pastu merungut barang tak elok la, and what so ever. Behave okay. Chill J & Get ready!!!

Kalau korang dah review last post aku bercerita psl K-Colly, aku start consume kolagen ni tahun lepas sampai sekarang. Almost been 1 year 2 months. YEAY!!!!. Macam anniversary lak. Hahahaha Sebelum apa apa, aku nak bagitau yang selama setahun aku amalkan kolagen ni, aku tak de lah seputih si Fathia latiff, segebu si Nora Danish, NO NO NO! I’m just a little girl yg punyai warna kulit muka kuning langsat ajer. Tapi daripada  apa yang aku nampak kebaikannya K-Colly ni adalah

1) Membuatkan aku kerap minum air masak
2) Kulit aku dah kurang berminyak cikit. Cikit. Hehehe
3) Jerawat dah jarang naik ke muka. Pernah jugak naik jerawat tapi JARANG. Ok? Haha
4) Rasa badan bertenaga. Tak mudah lenguh-lenguh badan sakit sendi urat semua. Sihat je.
5) Bibir makin pinkish. In some situasion macam.. ‘baru lps bngun tido’? Camtu la. J
6) Kulit badan nampak putih. Badan je la. Bukan muka. Hahahaha

***************************

Itu yg good things yg aku dapat la. Tentang apa yg aku tak puas hati dengan K-Colly ni ialah

1) Korang jadi cepat haus. Rase nak minum air je setiap minit. Tak tipu okay.

2) Botol K-Colly ni besar. Susah nak bawak gi travel ke memana. Kalau nk bawak pom make sure letak dlm botol kecik or plastik or what-so-ever yang korang rase perlu buat. Yeayhh.

3) Korang akan rasa malas nak makan K-Colly ni on time. Mesti penah miss nyer nak makan K-Colly ni. Hahaha

Aku admit yg selama aku consume K-Colly ni pernah la skip tak makan dalam sebulan sekali. So disebabkan bukan-selalu-makan itu yg mcam terasa K-Colly ni tak de la hebat sgt, just biasa-biasa je. Tapi aku amalkan jugak makan benda ni sebab dia bagi aku kolagen untuk aku terus awet muda. Hahaha SEE. Intention aku nk makan K-Colly bukan lah semata-mata nak jadi putih pom. Bila jerawat dah jarang naik kat muka, minyak dah kurang di muka, kira okay la kan..??! Nak cantik biar lah berpada, jangan tamak haloba. Hohoho

Kat sini jugak aku nak tekan kan, K-Colly ni memang sesuai sangat nak makan time bulan puasa. Sebab apa? Sebab biase nya mase puasa kan kita rase mcm lemah-lemah je tak bermaya la kan? Kalau korang makan K-Colly ni, korang akan rase bertenaga! *Itu yg aku rasa sebenarnya, bukan korang. Hahaha* Aku rase bertenaga la makan K-Colly ni waktu berpuasa. Aku pom tak tahu nape. Kalau korang nak tahu apa yang aku rase, korang boleh try makan sendiri. hahaha Biasanya aku makan selepas berbuka dan sebelum masuk tidor. Aku sarankan JANGAN makan K-Colly waktu sahur! Sebab apa? Sebab nanti bila matahari dah tegak meninggi, korang akan rasa diri korang macam kat tengah padang pasir sambil seru ‘Air~~~ Air~~~~’. Please, JANGAN okay. Macam yg aku tulis kat atas, consume K-colly ni memang cepat kasi korang rasa haus nye. So be careful. *wink wink*

Kalau dulu cara aku makan K-Colly ni kemam 2 spoon. Sebab mase tu spoon dye kasi kecik jer. Sekarang ni packaging dah lain molecule kolagen dye pom dah bertambah ditambah tambah dengan sudu dah makin besauuuu..... ikut kan ajer arahan kat botol K-Colly tu which is – Take half scoop of K-Colly – cara sama jer. *kemam* dengan kemam lagi cepat meresap dlm tubuh badan berbanding campur dengan air. Sebab serbuk dye dah betol-betul pekat dan kalau ditambah air, mungkin kepekatan tu hilang cikit. 

Rasenya best. Anggur-anggur, besberries, blueberries. Macam chewing gum perisa anggur pom ade rase nya. Hikhik tapi apa yang aku rase tu zaman dulu la. Sekarang ni rase ade cikit pahit. Maybe sebab molecule kolagen tu dah bertambah? Tapi pada sesiapa yang baru nk try tu tak rase pahit la kot. Nanti korang dah terbiase dgn rasa tu. Aku ni bermula dengan rase sweet-sweet K-colly dan sekarang ada rase pahit cikit, tu yg lain bebenor. But no worries, K-Colly tu still sedap *THUMBS UP*

Bagi sesiapa yang tak yakin nk contact dengan sapa seller K-COLLY ni, aku boleh rekomenkan. Dengan dye la aq selalu membeli K-COLLY. The services is best to me so far. Lembut je layanan dye. Nak discount, BEREHH. Haha selain K-COLLY, akak ni ade jual macam-macam product lagi. D’Herbs, ibu putih, Perla Coffee, semua ada!   Cuma selama ni aku deal dengan dye barang K-Colly je ajer. Hikhikhik

Onlineshop: Farah .
Whatsapp number : +6017-9219280


Good luck uolls. Semoga kecantikkan wajah selaras dengan kecantikkan peribadi dan akhlak. Adiosssssaaaaa~ *lambai tangan byebye*

Saturday, 19 July 2014

Say Hi! from Me to You *LOVE*

It’s been a while, huh? Welcome to the blog. Assalamualaikum

*Maaf. Gamba ini terlalu comel sangat. Mohon Kak Tita bagi kebenaran*

Saja je datang nak menjenguk blog aku ni. Sejujurnya, aku tak tahu nak paparkan kisah apa yg seterusnya. Since kehidupan yang aku lalui tidak serancak mana. Pergolakkan yang berlaku pun tiada penghujung nya, lebih-lebih lagi masalah keluarga. Ingin dikongsikan cerita sebagai paparan untuk menjadi tauladan dan pengajaran kepada kita semua, tapi sehingga kini aku masih menyusun tutur kata dan menyusun plot –plot agar tiada kekeliruan semasa membaca kisah yang bakal aku paparkan.

Aduh, bunyi dah macam nk keluarkan novel pom ade. Cewahh. X de la. Aku tak de la imaginasi yg tinggi untuk menghasilkan cerita yg vogue gitu. BTW, bila aq tatap balik blog aku ni, mostly ramai yg suke review pasal K-colly. Kenapa huh?


Nak tahu apa yang menghairankan aku pasal K-Colly tu, nantikan yg seterusnya daripada aku. Chow. Selamat Berbuka Puasa Semua J

Thursday, 24 April 2014

I wanna be a CAPABLE MAN!!

Holiday semester. Welcome to the blog. Assalamualaikum ● 

Now, it’s my holiday. Masa kehidupan tgh sibok buat esaimen, final project, banyak perkara yg bermain dlm fikiran aq. Nak buat benda tu, nk buat benda ni. Everythings plan well. Tapi bila dah tiba masa cuti, everything’s ruined!! I want the plan going smooth well. But the started looks ruined the mood. Now I’m hated holiday!

Kenapa tiba saat aq inginkan sesuatu, benda tu tak tergapai dek tanganku…??? AND that’s make me USELESS.

Pernah tak rase useless….??? Aq tahu, dalam masa kehidupan aq ni, yg masih mempunyai family yg cukup lengkap, kehidupan yg cukup lengkap, kesenangan yg cukup lengkap, aq banyak bergantung hidup pada perkara-perkara tersebut. Bila mana ingin berdaftar ke sekolah, ayah/mak akan lakukan semuanya, bayar yuran semuanya. Kita goyang kaki, alih-alih cuma kena pergi sekolah je pastu belajar. Bila rase nk goreng fries ke ayam goreng ke, masuk minyak dalam fries machine pastu masuk fries ke apa yg kite nk goreng then tekan button on and putar berapa minit kita nk goreng. Bila  kita rase  panas, cari remote aircond pastu tekan on then we get cool after that. Macamana kalau kita dah x de ayah/mak, sapa nak handle urusan pendaftaran sekolah kita? Macamana dgn kesusahan org yg masak ayam ke kentang ke ikan ke secara manual; guna kuali masuk minyak panaskan dan bila masuk je bahan basah tadi terus kena percikan minyak ke tgn dan muka? Macamana kalau rumah yg didiami cuma berdindingkan kayu yg reput dan zin atap yg berlubang; terpaksa menahan  panas teriknya haba ketika siang hari?

Itu kehidupan. How’s about ourselves? Adakah yg tinggi orangnya sahaja yg mampu menjadi model catwalk? Adakah yg cantik paras rupanya shj yg mampu menjadi cover girl/boy di majalah-majalah terkemuka? Adakah yg anak sulung shja diberi tanggungjwb sepenuhnya untuk mnjaga adik-adiknya? Adakah yg kaya shja dapat membeli perkara dengan duit? Bgaimana dengan mereka yg kecik molek, yg bukan hodoh tapi tak begitu cantik, anak kedua ketiga keempat dan seterusnya dan mereka yg miskin? Adakah golongan ni tak mampu untuk berdiri sama level dengan mereka yg mempunyai kebolehan?

Every people have a goal. A GOAL TO REACH IT! aq pom sama. Aq nak jugak hidup macam orang lain. Mampu untuk berdikari. Mampu untuk mengapai semua yg mereka  inginkan. Tapi adakah disebabkan aq kecik orang nya bermakna aq tak boleh hidup seperti yg aq inginkan? Atau adakah disebabkan aq anak yg bongsu dalam family membuatkan mereka tidak yakin dengan apa yang boleh aq capai?

I want a true life. Aq dah katakan, aq tak mahu bergantung hidup lagi pada sesiapa. It’s make me useless! But somehow to start the independence, it’s pointless as there’s no guiding me through it! LOOKS! Nak berdikari pom aq kena ade tunjuk ajar. Sapa yg manjakan aq sebelum- sebelum ni? Argghhhhhh!

Bila aq kata aq nak belajar keta dan amik lesen keta, hanya aq je yg semangat but everyone looks “ oh kesiannya tak pandai belajar keta lagi” dan pandang arah lain. Bila aq nak amik lesen motor then people say “ tak payah la nak belajar motor, belajar keta je” sedangkan kat umah ade keta sebijik tapi ade dua motor but still tak hantar aq untuk pergi belajar keta. Bila aq suruh hantar aq pergi sana sini mulut kata “ YA” tapi buat muka sememeh. Bila aq kata nak pergi amik lesen semua-semua, berpikir sejenak pastu mendiam. Bila aq kata aq nak pergi daftar sendiri lesen pastu katanya “ nanti tak jumpa tempat tu mana” bla bla bla. Bila aq buat decision sendiri pastu mula la kata “ nape tak bincang dulu” and bla bla bla.

Nampak ayat aq konon semangat nak berdikari tapi sebenarnya aq sendiri takut nak berdikari then salahkan pihak lain and the point makes me USELESS! ( kepada yg bace don’t try this on you) Dalam otak aq dah berkata “ IF you want to make that happened, then DO IT!” Yeah… easier said than done. Aq sendiri pom tak semangat nak buat apa yg aq inginkan, since there’s no supporter and more to negative words said to me. I’m DOWN, and I’m over it.

STOP being useless. Because I wanna be a CAPABLE MAN.  But where’s the starter? 

Tuesday, 14 January 2014

K.I.S.A.H. J.A.N.U.A.R.I.

Welcome to the blog. Assalamualaikum

Alahai sian betol aq tengok blog ni. Dah lama aq lupakan diari aq ni.
Sempena tahun 2014 ni, aq bukanlah berhasrat nak list down wishlist aq ker, azam tahun baru ke apa, tapi aq hanya ingin menjengah kembali blog ni untuk diaktifkan, seperti dahulu kala.

Terlalu banyak perit yg harus aq lalui tahun lepas,
Dan tahun ini sejarah mungkin berulang,
Atau mungkin Allah ingin berikan aq sinar pelangi.
Tetapi mungkinkah?
Hati memberontak tapi tak terluah,
Hati ini ingin menjaga perasaan orang disekeliling,
Kerana aq tahu,
Sekali aq menyakiti hati seseorang,
Tak mungkin aq kembali ke syurga, kan?
Ajal maut ditangan Allah.
Sebelum itu, semoga aq menjadi insan yang lebih baik.
Sekurang-kurangnya aq masih ingat, jadikan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai idola,
Mencontohi Baginda s.a.w., mengamalkan sunnahnya, dan praktikkan.


Ayuh berselawat. Salam Maulidur Rasul. :)

Wednesday, 4 December 2013

GEWAMMM.(>___<) Hal WhatsApp boleh jadi gaduh!

Ade je mende yg sakitkan hati aq. Welcome to the blog. Assalamualaikum ● 


Aq nk bercerita. Kisahnye bermula dengan whatsapp. Me has a friend, A. Always wassap nak bercerita nak share masalah pape ke. But then yesterday. The way dia reply wasep aq mcam tak kena tau. Pelik je daripada cara ayat mahupun ejaan dia. Bila aq tanye sape yg reply tu, mengelat. Aq pom sama, mengelat jgak. The end, aq call A. Tanya dye pegang hp dye x time tu. Katanya “ Tak. Hp tgh charge”. So, who’s the heck yg reply wasep tu???

A bagitau aq, hp dye ade dgn kwan. So, aq bagitau la yg KAWAN dye tu reply wassap aq. Si A pom boleh lagi gi tanya aq ape yg dye reply pe yg dye tulis. Hey, hp ko kan.. pandai2 la ko bace sndiri bila dapat. Ngek.

Malam tu plak, aq x puas atie kan. Aq tanya balik, sape yg reply wassap tu? Dye cakap, sbenarnya dye yg taip. Saje nk usik aq. Pastu gelak-gelak. Engat ni sarkas ke? aq tak bodoh tau. Aq tanya balik, soalan yg sama. Kali ni baru aq hidu kejujuran dye. Memang tdi orang lain yg reply wasep aq. Member dye, B. Cerita dye, hp tertinggal dlm keta B. Alang- alang wat balik umah B tolg charge-kan hp tu.

Okeh skrg aq nak tanya, ade tak si A suh si B tolg reply wassap aq. Ada tak? Ada tak? Tak kan... A suh B tolg charge kan hp je kan..? kan..? dah tangan gegatal nk reply wassap aq tu dah nape...????!!!

Aq tanye la A, bukan ke dye ade wat lock pattern ke. how B know pattern lock tu kan. Korg tau pe yg A kate? ‘ pattern lock kitorg sama’. Lebih kureng la ayat camtu. Bagi korg paham kan. THE HECK! Aq sndiri pom tatau lock dye, tetiba si B tau kan. Macam menyirappppp je hati aq ni. 

Aq x kesah si B yg aq x knal tu nk maen bls wassap ke pemenda, tapi masalah nye,wassap tu dah  aq anggap as the world between aq dan A. Tanak sesapa join wassap tu. Semua hal peribadi, private things kitorang cakapkan.  Alih – alih, ade orang k-3 baca. Tak seronok la kan. Semua mende2 maruah, yg mengaib-kan or tidak kitorg bicara kan dalam tu. Dah la aq x kenal mana sapekah B ni.

Yg aq heran, rilek lak si A ni. Tau la BFF dgn B ni, tapi tayah la nk BFF sgt hal aq dgn dye. Engat dgn semua orang la aq boleh masuk kamceng sekepala sekaki sebadan sebulu huh? Kalau camtu dengan Perdana Menteri pom dah lama aq kamceng haaa cam ceginiiii (Y)

google punye sumber

Macam sial pom ade gak tau x bila aq naik angin ni. Dengan twitter2 kena tempias aq. Tak boleh doo kalau mende ni terjadi. Aq paling tak suke orang pecah privacy hidup aq. Aq ni dah la jenis ego tinggi, maruah pom harus la terjaga. Ni orang dah tau aib pe semua, mau tak melenting! Engat aq ni budak tadika 5 tahun yg tak tahu apa-apa mende ke..???

Marah aq, memang petala tahap kelapan per sepuluh dah ni. Kalau masuk tahap ke-sembilan mau mencarut-carut gak dlm blog ni. Tapi no worries, i’m still being a human. Tak terdetik nk jadi Hulk Hogan lagi. Tau x hulk hogan tu pemende? Jgn kata tak, kang aq baling lappy ni bebetol kat muke ko kang. hahaha

Mmm....Sakit atie jugak la bila pikirkan hal ni. Menyirap darah aq tau tak. nak marah sangat. Silap-silap hari bulan mau naik tangan ni kat muka orang tu. Tapi aq cakap je lelebih ni. Buat nye memang tak. *gelak tutup mulut*

I just wanna say, lepas apa yang korang buat kat aq cegini, my trusted towards you.....A......!! dah menurun tau tak. Aq dah hilang 20% kepercayaan aq kat ko. Aq tau ko still lagi rase lega kan, ala rilek la, baru 20% kot. Haaa...kot la...kot. Lepas ni mesti ko lagi terkejut dengan ayat aq ha.... à Bagi aq, 20% itu dah ibarat 80% .  Dah x leh bagi diskaun dah kat ‘ibarat’ tu. Still nk kire-kire lagi?!!

Lepas ni, sesapa wat aq jadi naik darah lagi, aq nak mengaum je. AUUUUUUUMMMMMMM!!!