25 Januari 2013
Semalam dah tido lewat malam sangat. Pergi makan kat
uptown la katakan. Dalam pukul 3 pagi gak mata aq baru dapat lelap. Dah
esokkannya, bangun solat subuh, then sambung tido balik. Aduh, mahal la rezeki
aq pagi ni. Tapi dah layan ngantuk sangat, apa benda keje pom tak jadi.
Sudahnya, tido sampai tak ingat dunia la gamak nya. Haha ( tapi tak ada la
sampai lupa dunia. (-_-) ) Tepat jam pukul 12, kitorg yg duk serumah ni semua
dah bersiap – siap nak kuar gi jengjalan. Cuma yg masalahnya tgh tunggu ‘Tuan
Besar’ a.k.a BF member aq ni pick up kitorg kat rumah ni. Tunggu punye tunggu,
adalah sampai citer Fear Factor kat tv pom dah habis siarannya, baru la Tuan
Besar tu sampai. YES! Penantian berakhir!
Apa lagi, berlari kuar kitorg siap berebut nak masuk dalam keta dye. *
ok, hiperbola excited nye *
Dalam perjalanan tu, sempat lagi aq take a nap. Itu yang
tak ley blah. Ngantuk semalam tak habis lagi rupanya. Dua org member kiri kanan
aq dah melilau mata tengok skyscraper kat area Kuala Lumpur tu. Aq yg duk
tengah – tengah nak tengok pe benda...? Drama romantika kat depan mata aq ni
la. Pegang tangan la, si Adam toleh ke kiri, si Hawa toleh ke kanan, then main
jeling- jeling la. Arrghh.... Astarafirullah.... =,=’
Then dalam masa
mata aq t’tutup, aq rasa sekejap je masa berlalu. Bukak je mata, eh, dah sampai
kat Sunway Pyramid dah. Hoho turun je dari keta, BF member aq ni pom blah. Kena
berkejar nak solat Jumaat. Bagusla tu kan, lebih baik berkejar daripada tinggal
solat Jumaat tu terus kan. Disebabkan kitorg kena tggu 2 lagi member yang akan
join untuk enjoy nanti, kitorang lepak la kat foodcourt Aeon dalam Sunway tu.
Sambil – sambil lepak, beli la makanan lunch terus. Kebuluq kot. Bangun pagi
terus mandi then bersiap-siap nak kuar. Then duk je dalam keta dengan seribu
bahasa selama dekat sejam. Uhh..memang berbunyi je perut ni keje. Bila dah
masuk kat foodcourt, pergh.. pelbagai bau menusuk dalam hidung nih. Nak makan
apa, nak makan apa niiii...??? Itu je yang bermain kat pikiran aq time jejak
kaki dalam food court tu. Then.. click ! ...aaaaha’..! Sotong ! Arghh.. aq
teringin nak makan sotong sesangat sangat sangat. So, aq decide nk beli lunch
yang ade sotong. Mula –mula mata aq tengok menu ‘Nasi Lemak + sotong’ tau. Tapi
bila aq toleh- toleh dalam kedai tu, macam tak de sotong je. Then aq pergi kat
sebelah dye, kedai masakan kantonis gitu. ADE SOTONG! Nasi sambal sotong! Pe
lagi, terus aq gi order. Harganya just RM 6.50 aje. Tunggu la dalam 5 minit,
nampak chef duk kung-kang-kung-kang berperang dengan kuali, then, siap la nasi
sambal sotong aq ni. Tadaaa~~
Sedap tak..? sedap tak..? hohoho punye la melimpah ruah
kuah sotong ni. Yummy~
Bila dah member – member aq ade makanan depan mata diorg,
sorg bace doa, yang lain tadah tangan. Ameen jer...terus sorang-sorang capai
sudu garpu pastu dah masuk dalam dunia sendiri berchenta ngan lunch food tu.
Hoho time nie 2 org member yg kitorg tunggu tu dah sampai la. Kitorg pom makan
beramai- ramai. Meriah betol. Aq tak nak decribe lebih-lebih nasi sambal sotong
ni, sebab aq yang tengah menaip ni jadi terliur + air liur meleleh + telan
banyak- banyak air liur + perut berbunyi = lapar. Huiih... tulis mende ni pom
dah mengidam bagai nak rak sotong nih. * hoo...janganla terpengaruh dengan
bisikan syaitan yg direjam ni * sekarang dah malam. Taknak la makan memalam ni.
Bila time malam- malam makan makanan berat, gamaknye penimbang berat pom boleh
meletop! Tak tahan dengan berat badan aq yang naik mendadak. Hoho *aq tengah
jaga body sekarang :p* nak tau camne
rasanye nasi sambal sotong ni, rajin- rajin la bawak keta ke bawak bus ke lori
ke or bawak diri tu sendiri je ker ke Sunway Pyramid. Then turun escalator ke
LG2, then cari foodcourt Aeon. Mata tu klu boley toleh terus kat kedai
Masakan Kantonis, then order la Nasi
sambal sotong ni. Hoho senang je kan...?? kekeke
Lepas makan, lepak- lepak, pergi la solat. Aish.. takkan
seronok sangat dapat makan terus lupe solat? Jangan la jadi camtu tau. Engat –
engat la sikit solat itu adalah tiang agama. Lepas solat, kitorg pom bincang-
bincang, nak buat apa la dalam Sunway kan. Lastly, kitorg decide nak
main....... ICE SKATING .....! yeah~1st time aq nak main mende alah ni tau.
Tapi before that, kitorg pergi main lobby Sunway. Kat situ ade la macam
exhibition kapal. Apa function dye pom aq taktau lak pulak kan. Yg
penting, kitorg had fun.
Treasure hunt...lah sangat. hihi
Magic sand in the bottle. pheww pheww
nie captain yg akan drive kapal ni sampai sesat kat tengah- tengah laut.
Anda berani? Sila la naik. Hagaga
Jalan punya la jalan around Sunway ni, tengok jam dah
pukul 4 ! Omagad ! Pukul 4 dah. Cepat nye masa berlalu. ICE SKATING! Kitorg pom apa lagi, tak sampai lagi tempat
skating, kitorang dah pom berlari sambil berskating kat tengah – tengah Sunway
tu * ok. Tolong jangan percaya * Hari ni hari jumaat. So tempat skating ni x de
la yang ramai sangat masuk. Eii..EXCITED nyerr~~~ >_< *macam jakun kan..?
maaf la, saje je ni nak ter-overreact macam tak penah pergi ice skating * The picture below will speaks louder than words. :)
Pandangan atas tempat ice skating. tapi spoil gambar sebab ade mamat kat situ. :(
my glove. Dramatic blue~
Whooaaa~ my feet skating on ice. *bling bling*
The members are resting. Letih nyo...~
Mula –mula masa masuk kat ice ni, errhhh.. nak jatuh!
Egtkan main kat ice ni macam main roller blade tau. Rupanya beza ye main
skating atas ais dengan main roller blade atas jalan tar. Sekali.. urghhh.. kalau dah hilang imbangan,
rase nak jatuh, memang macam hampir nak hilang 10 tahun hidup tau! Bukan macam,
tapi MEMANG hilang 10 tahun hidup tu! Dah la lantai ice ni basah. Eieuww,
taknak la basahkan baju.
As a beginner nak main skating ni kan, haruslah aq
main kat tepi- tepi penghadang tu je. Nak main tengah- tengah, memang tempah
maut la berdiri kaku je kat tengah- tengah tu. Even duk hampir dengan board
penghadang pom rase cam dah aci nak kena cedera ngan player- player yang dah
professional kat tengah- tengah ice tuh. Member aq sowang ni lagi best. Sedang
dye terkial- kial nak jalan atas ice, tetiba datang mamat ni kat sebelah dye
tanya ‘ You okay tak ni?’ Member ‘Ah? Okay jer.’ Mamat tu ‘Kasut tu ketat tak
pakai?’ Member ‘Ketat la. Kot.’ Mamat tu pom angkat seluar member biar nmpak
tali kasut tu. Then ‘You ikat tali kasut tak ketat. Jom keluar. Saya tolong
betulkan’. Then kitorang yang ade kat sekitar- sekitar dye tengok je mamat tu
pimpin tangan dye ke arah pintu kuar. Menganga mulut sampai jatuh rahang kitorg semua tau. Then mamat tu dengan gentleman nye tolong
betulkan ikatan kasut member, then bual- bual bagai. Hati memang tersentap
jeles nih!
Tapi, aq tak berapa nak heran sangat dengan mamat tu. Bukan nak kata
muka tak hemsem. Mamat tu muka memang la klu kira dalam kategori ‘ not bad’ la. Tapi entahlah.
Bagi aq mende yang paling interesting di mata aq adalah ice kat bawah kaki aq
ni. Macamana nak handle body balance ni. So aq tak amik kesah dengan cerita-cereka-drama yang member aq tu wat dengan mamat tu. Aq terus je berjalan dengan
tangan berpaut kat board penghadang kemas- kemas, ketat- ketat. Tak berani nak
lepas pom wei. Bila nak jatuh je asyik menjerit. Nak jatuh je menjerit . Itu aq
la tu. hehehe Sikit – sikit nak menjerit. Suara menjerit dah la tak sodap didengar.
Boleh sakit telinga orang adalah. Tapi time tu aq memang tak pikir banyak sal
perasaan orang lain. Yang penting, aq menjerit sebab nak jatuh @ lantai licin
sangat so tak berani nak gerak.
Banyak dugaan weh sepanjang aq nak ber’skating’
la konon menuju ke jalan keluar. Habis je ½ round daripada tempat ice tu, terus
aq angkat kaki aq keluar dari tempat musibah tu. Jalan la terkedek- kedek
menuju ke tempat duduk. Sakit kaki weh. Then sedang aq duk relaks- relaks sambil
tengok kaki player yg memang dah pro gegiler main tu dengan dalam fikiran
bermain dengan soklan ‘ camne dye boley skating dengan smooth gitu huh..?’ ,
tetiba mata aq terancap pada member aq yang penah mamat tolong betulkan tali
kasut dye. Weh. Setahu aq member aq tu pom 1st gak main ice skating. Kira sama
level la ngan aq kan; budak beginner. Tapi cara member aq tu main skating, kira
macam.. dah improve la ckit. Gaya ala-ala orang dah berpractise main mende ni
dah 3-4 kali. Langsung dye tak pegang board penghadang just like what i did.
Time tu aq rase. ‘Omagad, how she’s do that fastly?’
Sedang aq tengah
berperang dengan soklan tu, tetiba member aq sorg lagi datang. Kira nak take a
rest cam aq la gak an. Then aq tnye dye ‘ weh, apsal shiera boley pandai main
skating ni plak?’ Member ‘ Dah ade international player ajar dye main’ Oh..
interna.... what..? Sejak bile member aq sorang ni ade kawan yg pro-gilew main
skating ni. Dengan wat muka cuak dan muka sedang confuse + inginkan kepastian,
member aq sebelah ni bercerita la kat aq, mamat yang tolong member aq ikat tali
kasut tu atceli budak international player. Wakil Malaysia pertandingan apa entah.
Lepas dye ikat tali kasut member aq tu, alang- alang tu ajar la member aq camne
nak balance body main skating ni. Aq yang dengar ni macam... 'eii...bertuahnye
shiera!!! Ade jugak mamat nak tolong dye ajar main mende alah-yang-memang-
payah-giler- bagi- aq.’ Tapi sekali lagi aq tak heran, bila member aq yang
bercerita di sebelah menyambung ceritanya ‘Mamat tu muda 3 tahun dari kite
la’. Oh.. oryte. Budak muda rupanya. hoho HOWEVER! Aq tetap jeles ngan shiera.
Dye dah pandai main skating ni. Bukan dye je aq jeles, dengan bebudak yang laju
giler je skating kat ice ni lagi la bertriple triple jeles ngan diorg.
Eii..jeles nye tengok diorang – diorang yang dah pro giler skating ni. Jeles
jeles jeles. *nampak tak perulangan ayat akibat rasa ‘JELES’ di situ
* Ni yang kena practise main skating hari – hari ni. Tapi kat Perak ade ker ice
skating ni..? hahaha Memang tak de la kan. Only available at Sunway Pyramid in
Malaysia boleh. Takkan aq asyik nak turun KL semata- mata nak gi Sunway Pyramid
main mende alah ni aje. Memang TAK la kan. Tak pe, tak mati pom kalu tak pro
main ice skating nih. Umphh... >.< * padahal dalam hati memberontak nak
pro macam player –player international skating ni. Muahahhaha * aq pom kejap
main, kejap rehat, main balik, then rehat, pastu..dah! terus tangan ni kuarkan
tepon then amik gambar. Hahaha
Rupa budak dah main ice skating.(Bukan rupa sebenar) hehe
Bagi sesiapa yang memang berminat nak main ice skating, sila lah datang ke Pyramid Ice, Sunway Pyramid. Bayaran..? Tak tau ke? Cian nye.. Ce google. hoho Dah..dah. Tak payah nak susah- susah bukak tab baru semata-mata nak tau bayaran nya. Tengok bawah. Aq dah sediakan la.
Done :)
Almost pukul 7 petang jugak la,kitorg pom kuar dari tmpat
ber-ice tu. Nak teman member kitorg solat asar pulak. Kitorang yang bermusafir tak pe la
dah solat jamak time zohor tadi. Kekeke
Sedang tggu member ni abih solat, aq ngan sorang member
ni pergi la kedai Popular, searas dengan musalla la. Aq pom pergi la usha- usha
novel BM, novel BI, kamus korea la bagai, mane tau kot- kot nanti dapat baucer
buku RM250 tu, boley borong buku-buku yang bak survey ni sekarang. Hahahaha
lepas habis je sesi usha –mengusha, aq nak cari buku komik. Tapi x de la plak.
Hancusss hati ku. Pastu aq ternampak bahagian CD. Pe lagi, ljuuu je aq jalan ke
arah sana. Then, kaki aq terhenti di satu rak kat bahagian CD ni. Rak ‘Korea /
Japan song’. Apa lagi, terus mata aq bulat bersinar-sinar, dengan spek-spek ni
bersinar terang benderang tang tang tengok CD/DVD korea ni. Punye la pilih
pilih pilih, lastly aq beli jugak DVD ni.
Tadaaa..~ konsert ni aq belum tengok lagi. Sebab tu la aq beli.. yeeaahaa~!! ^o^
Hepi sangat la katakan dapat beli DVD konsert ni, apalagi, lepas sampai je rumah, cepat –cepat salin baju tido cuci muka selesaikan solat,
terus ngadap tv tengok konsert ni. Hahahahahhaa bahagia..bahagia.... ^_^
Dah. Takat ni je kot adventure weekend aq. Adventure
ke..? -_-‘
Oh ya. Selamat menyambut hari Maulidur Rasul dan untuk hari ini, 27 Jan 2013, selamat menyambut hari Thaipusam kepada mereka yg menyambutnya. huhu
p/s : Countdown for Chinese New Year. Bukan nak meraya bersama, tapi countdown nak balik kg. wee~
No comments:
Post a Comment