Aduh..pagi ni bangun memang la...MALAS sangat-sangat-sangat nak angkut
sabun Shokubutsu Refreshing Blossom pencuci muka Ivy berus gigi Colgate bagai
then grab towel nak gi mandi. Semalam dah la tido almost pukul 2 pagi. Tengok
–tengok pagi ni dah kena bangun awal pagi sebab ; LDK (Latihan Dalam Kumpulan).
LDK ni hanya didapati di UiTM sahaja. Every sem kena masuk aktiviti menda alah
ni. =,=’ macam siot.
Naseb baik LDK untuk sem ni, aq kenal la gak member-member yang boley
segroup ngan aq hari ni which is, @amir, @hazran, @aina, @jue, ngan @ain. Sumer
bebudak ni satu course ngan aq, even lain-lain kelas, except for @ain. Dye
course geomatik! Better la sem ni daripada sem-sem lepas.
SEM 1
Aq still egt lagi, which time ni semua budak still freshie lagi dalam
melangkah masuk ke alam dunia ‘universiti’. Same goes to me laa~. Aq ni punye la
masuk dalam kelas, tempat yg akan kitorg ber-LDK nanti. Aq tegur orang tu,
tegur orang ni, alih-alih aq punye survey; tak ade pom satu course ngan aq.
Semua bebudak pompuan course building, OM, dll. Kalau ade yg se-course pun,
budak laki. Ishh, takkan aq nak pergi talking-talking ngan budak laki. Memang
tak-kan la kannn.. So, aq flow with the time ngan b’kenalan ngan budak yg
berlainan course. Agak merumitkan la komunikasi tu bila orang tu jumpa orang
yang sama course, then diorg asyik bincangkan pasal course diorang aje, and
kita yg bukan budak se-course ngan diorg, duk termanggu dengar pe yg diorg
cakap. Ibarat orang Melayu pergi berbual ngan org India. Memang tarak paham maaa..!
Aq ni at least nak jugak bercakap-cakap
kan. Nak tak nak, aq mencelah je la kat mana yg patut. Then bila Faci datang, kitorg senyap and mulakan aktiviti yg memang dah ditetapkan. ' Taa’ruf ',
then orang tu kena egt nama yg lain, basic la tu.Faci time ni lecturer
Architect. Erm.. tyme ni kira ‘okay’ la, seems dapat b’kenalan ngan budak lain.
SEM 2
LDK untuk sem ni, aq dapat member classmate segroup ngan aq. @nasri dan
@firdaus. Budak secourse aq yg lain pom ade jgak. Tapi tu la, x knal, sbb
lain-lain kelas. LDK sem ni, MASYA-ALLAH~ punye la boring tahap gaban. Dah la
bebudak segroup ngan aq ni pasifffff semacam, sampaikan nak bertegur sapa pom
just senyummm je. Bagi mereka yg dapat kawan tu, TAHNIAH la kann. TAPI bagi aq,
huh, tak dapat kawan langsung! Tak tau la memang silap aq ker, terlebih sombong
ATAU kalau aq yg sombong, bebudak ni yang lagi berdouble terlebih sombong. Aq
tau aq ni bukan peramah. But then if someone tegur aq dulu, for sure mulut aq
dengan murah hatinya nak bercakap. Ini tak. Nobody wanna talk to me. Sedey an.
So sepanjang LDK ni berlangsung, aq rase cam ‘urghh..cepat la masa berlalu.
What the heck aq join mende ni kalu aq cam active tak active je kalau nak wat
mende’. Ye la, dah la tak kenal orang sebelah menyebelah, tak bercakap langsung,
camne tu nak ade ‘cooperation’. Nak-nak si Faci aq tuh, kalau boley sepanjang
LDK ni, pot-pet-pot-pet mulut dye. Bagi ceramah tu, bagi ceramah ni. Ceramah
agama, politik, sosial sumer ade. Dye bukan ustaz tau (sebab dah berceramah
bagai) tapi lecturer Architect. ARCHI lagi!!!! Menyampah giler. All the time
given juz dye je yg bercakap. Nak bagi kitorg bercakap, just 30% je la peluang
tu. And one more thing ‘bout this Faci, dye berat sebelah! BUKTI nya, bila dye dapat tau yg ade la
member group aq ni, ayah dye pom archi jugak, fly to UK utk sambung PhD. Then
ayah member ni adalah kenalan jauh-jauh-jauh si Faci ni. Apalagi, berjejak
kasih la antara diorg bercakap tang tu tang ni. Kitorg yg lain, muka
masing-masing dah gaya jerk dah. Apa –apa mende nak wat, mesti budak ni yg
diutamakan. Argghhh... dah la x dapat kawan. Faci pulak wat perangai cegitu.
SEM 3.
Untuk LDK sem ni pom, just like last sem. NOBODY wanna talk to me. Just ade
la a person tell me her name ‘Shafiqah’. Well, muka dye quite ‘familiar’, tapi
tu la, siapakah dye..? haha lantak la. Aq tak mahu berfikir panjang sal tu.
Then tengah syok-syok dapat berbual ngan si shafiqah ni, then si Faci ni la
pulak, pisahkan kitorg dengan split-kan a few groups with 7-8 members. So, si
dia tercampak ke group hujung, and group aq ke hujung. Masing-masing duk hujung!
Bagus la =,= then masuk group yg baru. Ok fine. Nak cakap apa. Siapakah dia.
Course apa. Semua mende jadi clueless tau. Nak wat kerja pom jadi ‘errr, awak,
saya, *senyum*, *malu-malu*’ gitu. Naseb
baik dalam sub-group aq ni ade la budak sama course ngan aq, budak klas C; @Amalin. Tapi tu la. Nak siapkan tugas yg diberi; kena buat proposal nak wat
aktiviti dalam Kampus , punye pasal, aq ngan @Amalin tu tak dapat ahh nak
borak-borak panjang. Kalau berborak kosong time kena wat propose tu, memang
pandangan member lain macam sial la kan. So, better keep focus on the things to
do. Kesudahannye, sampai akhir slot kitorg tak bercakap mende-mende kosong. Aq
pom sekarang dah lupa nama diorang-diorang ni.
Tapi lucky that guy, ade gak amik gambar time kitorg tgh syok-syok buat
kerja tu. At least, he can keep the memory back while looking at the picture.
Aq? Tang mana nak egt memory nye, kalau dah muka bebudak ni dah kabur-kabur,
samar-samar je dalam otak aq ni. Oh ya, Faci aq sem ni lecturer account. Dah
berbini and anak lelaki sorang. *perlu ke mention ade bini anak tu? Tak perlu
pom. Tapi sesaja nak menambah bilangan
perkataan :p *
SEM 4.
Okay, for this LDK, kitorg maen kat padang je. No more talking-talking nor
activities in the class. Kali ni bermain di bawah terik cahaya matahri pulak.
Kali ni, as i already mention before, aq dah kenal la beberapa org yg aq kenal
dalam group LDK ni. Aq hepi sangat dapat segroup ngan org yg aq kenal. Si @aina
and @jue tu tak ade la nak rapat sangat. Si @amir and @hazran, diorg lelaki.
Mana mungkin aq nak bercakap ngan diorg. Si @ain ni la, peneman aq dari mula
hingga ke akhir permainan. Dengan dye aq bercakap, dengan dye aq bertukar
pendapat, dengan dye aq bergelak ketawa. Oouuhh... untung hidup dapat bercakap
dalam masa aktiviti-aktiviti yg memboringkan dlm LDK ni. Ce bayangkan, aq
sengsorang dlm group ni, tak kenal orang nye, then dok monyok je sengsorang.
Aishh.. haru biru hidup aq weh. Nak bercakap ngan org yg tak kenal, kang ade
pulak yg pikir ‘eh minah ni pekehal? Tetiba cakap ngan aq..’ kan dah dapat
tangkapan pelik orang kat diri sendiri. Malu wehh.... so, sepanjang LDK ni, aktiviti apa je yg
kitorg buat?
1. Taa’ruf
Wey, sumpah aq kata aktiviti taa'ruf tak macam taa’ruf weh. Mana taknya,
kitorg dah sampai kat padang kol 8.30 pagi, then duk b’diri dalam segroup tanpa
wat apa-apa, ibarat menunggu hujan cokelat yang memang selamanya tak kan turun.
Aq ngan @ain pom apa lagi, sepanjang menunggu Faci kitorg datang, usha dulu bebudak
sekeliling. Hehehe sempat agi tuh. Nak dekat kol 9.20 pagi, baru nmpak kelibat
Faci ni ha. Pastu, boleh pulak dye bagitau ‘ okay, sesi pertama kita adalah
taa’ruf. Memandangkan sesi ini sebenarnya start pukul 9.00pagi lagi, then sesi
seterusnya pukul 9.30 pagi, so awak semua ade masa lebih kurang 5 minit nak
bagitau nama, course ngan kolej mana’. Weh, taa’ruf pekebenda 5 minit? Dah la
duk dalam halaqah (bulatan), kena
bagitau nama, course ngan kolej. Then,
tang kolej tu,wat pe nak kena bagitau? Bukan mende penting pom. Disebabkan dye
faci kitorg, ikut je la cakap dye. Tuan Besar la katakan. Biar la orangnya
kecik-kecik kurus-kurus pom. 5 minit ni nak taa’ruf, masing-masing bagitau nama
macam nak tak nak bagitau, ngan suara halus bersuara di tengah-tengah padang yg
luas, memang lawa sangat la pendengaran aq nak dengar nama diorg kan. Dah tu
time aq nk introduce diri aq, boley pulak dye bagitau “sila cepat sikit eh,”
ciiitttt! Nampak sangat aq ni lembap time nak bagitau nama aq. Then lepas sorg,
sorg bagitau nama (tapi aq x dgr nama diorg), si faci tu pulak bagitau nama
dye. Faci ni nama nye Rozer (memula kitorg dengar macam ROGER tau! Hehe sorry)
.lecterur course mana aq tatau.tak egt maa..
2. Cipta nama group, logo & moto
Time ni, @amir dah terpilih jadi ketua group. Bincang punye bincang, so
kitorg decide letakkan nama group ‘
Ateam-10’ . Dah gaya cam nama group bola lak. Then buat la logo together.
Lebih kureng camtu la kitorg mereka cipta. Atceli kitorg wat lagi better.
Tapi memandangkan aq tak terigt nak amik gambar kan, so, buat balik la logo ni
menggunakan ‘paint.application’. Nama
group; Ateam. Knape ade nom 10? Sebab kitorg punyer check point A10. J Moto kitorg : Together we unite. Gambar atas tu, logo kitorg la tu. Simple
ann...? dah nak wat camne, masing-masing otak poyo je dipagi hari. Semua malas
nak perah otak mende-mende yg EXTRAVAGANZA. Yg wat logo tu budak AD tu. Dye yg
amik course AD pom buat design simple cegitu, kalu bagi kat budak
course-yg-bukan-berseni? Haa..pepandai la pikir sendiri came gaya nye logo tuh.
3. Trademark
Bab ni aq paling tak suka. Kena cipta trademark. Ada yg kena “HU-HA”, ade
yg nyanyi, ade yg “fighting fighting”. Time ni semua kena perah otak nak wat
trademark camne. Last-last, si @aina bagi cadangan, kitorg budak pompuan kena
nyanyi ‘ Jeng~ jeng~jeng jeng jeng jeng jeng ‘ (tak tau camne
nak explain nada dye, tapi yg penting bernada la). Then budak laki kena
say “HU-HA!!!”. Egtkan hu-ha tu boley la bunyi cam ‘semangat’ cikit, cam
warrior gitu. Alih-alih, budak pompuan : jeng~ jeng~ jeng jeng jeng jeng jeng~ budak laki :
hu~haaa~ (nada lembik) eeiiiuuuwww. Aq yg dengar pom cam ‘Dah. Dah. Takyah wat
la. Malu kok orang jaa.. *wat muka* ’. Then last-last, kompromi punye komprommi, trademark kitorg “ A
teammm~.....HU-HAAA” camtu je. Simple.
Relaks. Short sentence. Tak perlu nak nyanyi bagai la. Lalala~
4. 1Malaysia.
Ni pekehal lak 1Malaysia ni. Game apakah? Mula-mula tatau jugak an.
Last-last si ROGER ni explain yg kitorg masing-masing kena pegang kertas putih.
Then kedua belah tangan kena la pegang kertas orang sebelah, macam nampak ade
rantaian dalam bulatan tu.
Then, kitorg di-provide-kan satu gelung besar, gelung ala-ala budak
gimnastik selalu main masuk badan dalam gelung tu then campak ke atas pastu
badan rolling-rolling kejap then dapat grab gelung tu bila gelung jatuh. So,
dengan gelung tu, kitorg kena masuk kan badan dalam gelung tu, dengan tangan
still lagi pegang kertas tu. Sambil masukkan diri dalam gelung tu, kita kena
sebut nama suku kaum yg terdapat di Malaysia. Kalau pegangan kita kat kertas tu
terputus,haaaa.... tak kena denda pom. Haha tapi yg pasti games rule dye, kalau
boleh jgn lepaskan kertas kat tgn tu. Motif game ni adalah, gelung tu mewakili
cabran hidup. Kertas yg kita pegang tu mewakili perpaduan @ Kerjasama @
bantu-membantu. So that, bila gelung(cabaran) lalu, dan disebutkan pula nama
kaum, kertas (perpaduan) kena la teguh, erat. Kalau kertas (perpaduan) itu
terputus, maka berpecah belah la kaum yg disebut kan tadi. Okay. Seyes tak
paham. Haha . Cegini, dalam Malaysia ni banyak kaum. Kaum melayu, Cina, India,
Iban and bla bla bla. Bila ade cabaran yg melanda (which is boleh memecahkan
perpaduan kaum, kita as rakyat Malaysia harusla bekerjasama dan bersatu padu
agar perpaduan dapat dieratkan dan perhubungan sesama kita lebih erat meskipun
bebilang bangsa dan kaum. Bayangkan kalau kita hidup di Malaysia ngan sorg
jeling situ, yang sorg jeling sini, mana nak aman negara. Betol tak...?
5. Pacakkan bendera Malaysia.
Game ni, wow aq kata. Kita naikkan bendera malaysia menggunakan pipe
polythene. So, tali yg panjang-panjang kena la ikat kat pipe tu. Then
masing-masing kena controll and balance kan pipe tu biar berdiri tegak jep.
Tiang pipe group mana yg paling tinggi dan bertahan lgi lama, group tu la yg
menang. Acece, memang TAK la. Game ni maen sesaja boleh..? mana la ade hadiah
hamper bagai. Tapi tu la, bak kata Faci ROGER aq cakap, moral of the game is,
camne pentingnya kita kena bekerjasama dalam membangunkan negara (bendera tu
mewakili negara la). Tak silap aq, tiang bndera kitorg ni setinggi memasang 6
batang paip berukuran 2 meter setiap satu, tali berbelit-belit kesana sini, dan
dapat bertahan dalam masa lebih kurang 10 minit camtu je la. Then, K.O. haha
*maaf la, tak terambik gambar lak*
6. Teka Siapa.
Game ni, game puzzle. Kitorg diberi 40 keping A4 yg berprinted. Warna hitam
putih. So kitorg kena susun kertas a4 sebanyak 40 keping tu untuk menghasilkan
wajah siapakah di puzzle itu. Cantum punye cantum punye camtum, rupanya gambar
potret TUN ABD RAHMAN. Dalam masa 10 minit je siapkan puzzle nih. Kejap je.
Dalam banyak-banyak game, aq suke game ni J
Then, the end! Haha itu aje game dye. Main start kol 9.30 pagi until 12.00
pm. Panas terik tak usah nak pertikaikan la. Even budak lelaki pom pakai
payung, inikan pulak pompuan. Tapi aq tak de la sampai nak bawak payung gi
padang. Terpaksa la tadahkan tangan menutup sinaran cahaya matahari ni daripada kena directly proportional kat
muka. keHitaman la tangan aq. Muahahahha . so, lepas semua game dah redah, kitorg
diberi kupon RM2. Then, blah. Haha
So, kiranya LDK sem ni memang best. Tapi tak la berapa nak best sangat kan.
At least, aq ade kawan nak berborak-borak time LDK. Itu aje. Sem depan tak join LDK dah, sebab
kena praktikal. Jadinya, aq kena la amik LDK sebanyak 2 KALI tyme part 6 nanti.
Aiihh....~ *sigh*
No comments:
Post a Comment