Tuesday, 5 February 2013

INSAN BERNAMA KEKASIH ღ

Insan bernama kekasih~ Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Entah kenapa tetiba aq nak wat entry sal ‘cintan-cintun’ ni la. Nak kata jiwa sedang berbunga, tak gak. Nak kata jiwa sedang layan blues, tak gak. Camne nak berbunga, camne nak layan blues, kalau dalam hati tak de sape yg bertakhta. Acececece ayat! Kemain. Puih. Puih.

Aq petang tadi, study Eco. Nak test la katakan malam ni. Duk struggle gegiler ni bace - hafal isi dalam buku tu. Dah tu pulak, hujan tetiba turun mencurah-curah ke tanah SI ni. Aisehmen…. Ni yg wat jiwa loklak nak tido ni. Membuai sungguh bayu angin yg sejuk tu. Oohhhhhh…duk layan angin sejuk je, tetiba aq pasan, yg dunia aq tetiba gelap. Then *PAP* buku eco jatuh. Aduuhh…tido tersenguk - senguk la pulak… wat malu je rumate yg duk dpan aq ni. Aq pom apa lagi, control, control. Wat - wat duk kerut muka ngapal mende-mende nak masuk test ni.

So, disebabkan aq tanak lagi tersenguk-senguk time bace & ngapal Eco ni, so aq decide la nak dengar lagu je. Mula-mula layan lagu “ SHINee – Love Pain” then lagu “ BEAST – Thank you”. Then tetiba lagu korea ni macam… tak kena ngan jiwa aq skrg. Then merenung la aq ke luar tingkap, sambil nk merasa kesyahduan angin yg meniup ke muka *padahal memang nak rase angin pom. Dalam bilik panas kottt* . Dalam aq tenggelam dalam kesejukan hujan, tetiba aq teringat yg orang-orang sekeliling kata, kalau time hujan-hujan cegini la Allah nak dgr semua du’a – du’a kita, ann..? so, aq off lagu korea jap, and my heart voice softly, pray to Him.

*DONE* Back to the reality! Aq pom egt nak sambung balik tumpuan aq nak study for test mlm ni. ON la balik lagu korea yg berhenti tdi. Tak lama kemuadian, aq rase cam, ‘tak syok pulak dgr lagu korea ni’. Lagi- lagi lepas ber- du’a tadi kan. So, aq change playlist, dengar lagu nasyid. Lepas “ NIRWANA – Aku tanpa cintamu” berlagu di telinga, baru la rase tenang kata hati *sape kate minat-minat Kpop pom aq tak reti layan lagu nasyid?* haaa..baru kena ngan gaya. Hujan rahmat, lepas berdu’a, kena la dgr lagu-lagu yg sejuk telinga m’dengarnya. Lepas lahu Maher Zain lepas, lgu Raihan dah lepas, tetiba lagu ni berkumandang ;

“ Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman”

Ahh.. lagu ni... #layannn

“Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan
Insan bernama kekasih”


Oryte. Ini lagu from the boy to the girl.


“ Keayuan yang tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa”

Part ni....

“Kusampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa”

Sweet...

“ PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredhaan
Nur kasih yang kudamba
Kekal hingga ke syurga”


Yup... time ni tetiba aq teringat kat someone~...


“Hanya satu yang kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipelihara tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia”


I’ve been thinking...

“ Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran”


And I wish he listen to this song too. As the time I do.


“ Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepada – Nya”


Ya Allah...

“Kusampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa”


Wii he be my wonderwall?

“ Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih”

In Shaa Allah  J

As the time past, aq tak pasti dye still egt kat aq ke tak.  Dye suke kat aq lagi ke tak? (oh key. soklan ni memang poyo giler) Dah lama tak contact ngan dye. Ade add kat Fb pom, tapi tak penah lak nak bertegur sapa. Malu la. Haha. Kalau dulu-dulu, kemain dye kim salam kat aq. Berbunga kejap. Kejap je la. Sebab sekarang dah tak de kim salam kim salam ni.  I wonder, sekarang dye dah jumpe jodoh dye ke.? Dah ade gadis di hati dye ke?  #begitu #banyak #persoalan. Ummph…. >.<

Kalau dye dah jumpe gadis pilihan, dari jauuuuh ni aq doakan kebahagiaan dye. Takpe, Allah boleh kirimkan du’a aq utk dye. Andai kata dye blom ade gadis dihati dye, urm… “ I will ”. Will pebenda? Hehe “ willing to be his soul ” la…  #oit, dari mana ko blaja ayat-ayat jejiwang nieyh…???!!!

Serius, aq nak ade jodoh ngan dye. Dye tak de la ensem sgt. *pandangan mata dari tgok gambar FB dye* ( haaa!!kantoi tgok gambar anak teruna org! Dalam FB pulak tuh! ) Minta maaf la kepada sesiapa yg jeles sgt tahu aq skodeng gmbar dye. Hehe x sengaja bohhh~  *ok back to the topics* aq tak tau camne rupe dye skrg. Dye tembam-tembam ker..? tinggi dye takat mane ngan aq..? dye suke keluar lepak  malam-malam ker? Serius tak tau. Aq terima je dye seadanya, jika dye jadi jodoh aq. Tak kira dye tak ensem ke, jatuh papa kedana ke (nauzubillah, mintak jauh ye), apa apa je la. Asal dye jadi jodoh aq, aq terima dye dari kepala sampai ke hujung kaki dari dalaman hingga ke luaran, aq terima semua. Itu janji aq kepada Allah. Namun yg demikian *ayat bangku nyer* , kalaula..KALAU la, jodoh aq bukan ngan dye…….MESTI MALU GILER! Ye la, terhegeh-hegeh nak kat anak teruna org, diri sendiri tak sedor camne. Haha. Masak pom 20% jer skill, nak ngemas umah pom mcam tak kemas rumah, bangun awal pagi-pagi tgahhari baru nk mandi. Aiishhh… before nak jatuh cinta ngan orang, tolong la perbaiki diri tu biar jadi ‘ lebih solehah’ cikit! Eh tak, SOLEHAH BANYAK!! *motivation*

Dalam aq berkata-kata la ni kan, aq tetiba terasa yg dye pom dgr lagu ni masa aq tgh dgr lagu ni. Ala, macam dalam drama – drama (melayu). Orang sana dgr lagu ini, orang sini pom dgr lagu yg sama, on the same time. Gitu la. Ohholooo… sweet ! Tapi tu perasaan aq je la, tgah berbunga kan tetiba teringat kat dye. Dan dalam aq duk berkata-kata lagi, akhirnya aq sedar, ‘ bila ko nak habis ngapal eco ni?’ hailaa…tengok jam sudah pukul 6.35 ptg maaa, solat asar pom belum lagi. Chapter 10 eco yg nak masuk test mlm ni blom cover bace lagi. Alololo =,=’ sengal.

Aq solat asar, aq gi mandi, makan and yup! Test!

*sedang ber-TEST dalam kelas*

     ●    ●    ●    ●

*the end of TEST*

Argghhh…apa ke-bengong tak bace chapter 10 tadi! Habis aq jawab merapu tapu ayat tunggang terbalik ikut logic jah!’

Haaa…penangan dgr lagu cinta bila time tgah study dan malam nye ade test hooo…

 Moral of the entry;

  1. Bila hujan, cepat-cepat la berdo’a. Mustajab tau doa di hari hujan. Tak jamin termakbul ke tidak du’a itu, tapi terjamin Allah itu Maha Mendengar. *smile*
  2. Bila rindukan seseorang, berdoa kepada Allah. Biar Dia yg mengkhabarkan ‘rindu’ itu pada mereka. Lagi afdal.
  3. JANGAN DENGAR LAGU CINTAN-CINTUN TIME TENGAH STUDY. Melalaikan. Like what I’ve did. =,=’
  4. JANGAN STUDY LAST-LAST MINUTE. Malam ni nak test baru nak study petang tu. Like what I’ve did.


Sekarang menyesal tak sudah. Entah berahape entah markah carry mark aq nanti. Kalau dah test jawab cegitu rupa. Aahhh..MOLLA~~ redha je la. Lets we strive for the exam lak. 

Bye carry mark Eco. Bye dunia blog. Bye dye *my EX-classmate*

PERINGATAN: Jangan dengar lagu cinta-nasyid- time study week. Nanti ADDICTED lebih-lebih. huhahuhahuhahuha

No comments:

Post a Comment