Wan ni NENEK tau! Jangan salah sangka. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●
Well, hari ni, aq datang balik ke KL ni sebabnya, untuk ambil MUET bagi sesi reading, writing ngan listening. SO, kembali la aq menjejakkan kaki ke rumah Mas sweet rumah nim. Nak dipendekkan criter, malam ni, Mas dah pergi rumah jiran dia A.K.A. rumah sedara dye, sebab tuan rumah dye A.K.A. sedara dye meninggal. Kiranya Mas pergi tahlil la kat rumah sebelah ni. Bila dye pergi, opcoz la aq kena pergi jugakkan. Takkan aq tak pergi. Tapi... bila dipikir - pikirkan, kalau aq pergi ke majlis tahlil tu, sure aq terpinggir. Ye la, lepas baca surah Yaasin, mesti la ade makan-makan (mengikut pengalaman aq pergi majlis tahlil la), then busy- busy nak mengangkut makanan ke ruang orang-orang yang hadir ke majlis tu berkumpul. Sure busy la. Just imagine it.. kalau aq join Mas kat majlis tu, for sure laaaa aq mesti tercenggang tatau nak tolong wat pe. Nak tolong tgok? NO HAL! aq memang expert wat mende tu pom. haha Tapi, kita sebagai tetamu ni, nak nak hadir kat majlis yang bukan ade pertalian darah pom ngan kita, haruslah tunjuk adab yang baik, kan...?
So, conclusion untuk masalah nak pergi ke tak ikut Mas ke majlis tahlil tu, adalah ---------------> TIDAK PERGI KE MAJLIS TAHLIL ITU. Hal ni kerana (ceh, baku giler ayat) kalau aq join the club, mesti akan rasa 'AWKWARD' giler giler giler! Mesti punya la. Mana tak nye, mesti la Mas akan bercakap- cakap ngan sedara mara dye tu, bergelak berguling berkongsi cerita ngan sedara mara dye. Aq? takkan nak main jampuk gossip - gossip diorg. Eh, hello! Aq bukan budak jenis yang busy body okey. Disebabkan keputusan inilah, maka aq ditinggalkan oleh Mas di rumahnya, sambil bertanggungjawab menemani Wan (nenek Mas) disepanjang ketiadaan diorg.
Wan. Wan. Wan.
Nenek Mas.
arghhhh!!!!!!
(kenapa aq rasa tension sangat?)
SEBAB ; aq tak terbiasa ngan orang tua nim. Aq ni bukan la budak peramah mana pom. Nak tegur makcik 30-an pom, kekok kekok, ni kan pula nenek tua. Aih... kemaen berdebar nya aq. Then, lepas Mas pergi, Wan ketuk la pintu bilik, ajak aq makan. Aq dengan tersimpul malu sogan menyogan ni, pakai sweater ngan tudung, pergi dapur. Naseb baik time tu abang ngan adik lelaki Mas pom pergi ke majlis tu. But as a safety, pakai je la tudung tu. Mana tau kot- kot ade bukan muhrim terjah masuk rumah, tak ke naya free free bagi orang tengok rambut kita. Masa makan nasi tu. YA ALLAH. kekok. sangat. (Kan aq dah kata kan.) *er... bila tu? * Apa - apa je la. Yang penting, time makan tu, terasa cam "eh, betul ke aq makan ngan nenek, semeja, bersebelahan ni?" Rasa cam tak caya pom ada! Ye la, mana pernah aq makan semeja, siap sebelah menyebelah lagi, dengan seorang nenek. Aq time tu, tengok nasi, gaul - gaul nasi, pokk suap nasi dalam mulut. Biarlah nasi berlaukkan Gulai sayur ubi je, aq sanggup tatap nasi tu. Siap bunyi yummy yummy lagi. haha Seyes sedap gulai tu. Nak nak gulai tu sangat pedas. Sangat. Sapa yang masak? Wan la. Boleh pulak dye makan nasi berlaukkan masakan pedas - pedas . Maybe sebab Wan orang Nogori (Negeri Sembilan).
Lepas pada aq dah habis nasi kat pinggan, baru la aq berani nak tanya dye,
" Wan suka ke makan pedas - pedas ? " (biarla aq dah tau jawapan nya dari Mas petang tadi)
Wan tu angguk- angguk. Then dye ada cakap something, maybe related ngan masakan pedas-pedas ni, tapi aq tak la berapa nak paham kan. Loghat Nogori. Apo kono dye cakap pom tok paham eh. Konon nak tunjuk aq paham pe yang Wan cakap, aq angguk - angguk jugak la cam Wan angguk - angguk tadi. Lepas tu, aq bertanya lagi,
" Wan, yang Mastura pergi majlis tahlil tu, siapa yang meninggal? "
Wan tu pom reply " Oh, tu bini pakcik Wan haa yang meninggal " (Oh.. tadi kemaen Mas bagitau aq sedara jauh -jauh dye meninggal)
Pastu, the rest of talking - talking tadi jadi history la. Banyak sangat aq menanya kat Wan tadi *konon nak tunjuk diri ni peramah la sangat kan* . Borak punya borak, aq hantar Wan kat ruang tamu je. Biar dye layan diri tengok TV. Time sampai kat ruang tamu tu, aq ade tanya Wan,
" Wan, Wan nak buat apa lepas ni? Nak tengok TV ker? "
" Iyo la, nak tengok tibi la. Takkan nak terus tido kot lepas habis makan. heh heh heh" Wan gelak lak.
Ha. Ha. Ha. Lawak sangat la Wan ni. Pandai lak kenakan aq. Aq pom sengih cam tak nak sengih tapi still bagi sengihan-yang-tersipu-malu-la-konon, kat Wan. Pastu, disebabkan aq tak berapa nak selesa sangat berdekatan dengan Wan ni, aq bagi la excuse kata nak masuk bilik dulu sebab ada kerja nak wat. Yang buat aq terkejutnya, boleh lak Wan tanya,
"Kerja apa nak buat ?"
ahh, sudah. Atceli aq memang dah tak de kerja pom. Nak masuk bilik sebab nak larikan diri daripada Wan je. Aq pom kalut - kalut jawab " ade tulis- tulis nak hantar kat pensyarah ni" . Kang aq sebut perkataan 'assignment', 'lecterur' kang tak paham lak. then dye tanya lagi,
"kamu dah wat kerja, si Mastura tu tak buat lagi?"
Aq pom jawab la,
"Mastura tu memang suka buat kerja lambat - lambat cikit. hehehe "
Wan angguk- angguk. Pastu Wan tanya la pulak kat aq sal tiket bus balik ke Perak. Aq dengan penuh ramah nya bagi jawapan yang tepat dan padat serta mutakhir kat Wan. Lepas tu, Wan cakap,
" Tadi kau kata ade kerja kan. Pergi la buat kerja kamu" ,
Fuhh.. terasa lega giler dengar ayat pelepasan dari mulut Wan. Oh, Wan, thank you very much i lub you mek mah!!! Aq pom dengan riang,
" ah, iyolah. Orang nak masuk bilik dulu ye Wan nak buat kerja. Terima kasih la Wan makan tadi "
Masuk bilik, tutup pintu, terus aq nulis- nulis entry ni. Bukan nye nulis - nulis nak hantar kat pensyarah. kekeke Bila time paragraph 2 entry ni, aq dah dengar bunyi orang bagi salam tau. Aq engat Mas dah balik. Sekali yang bukak pintu ---->>> MAK MAS! (JENG JENG JENG!!!). Terkezut aq tau. Then dye tanya,
" Mas pergi majlis tahlil tu ke?"
" Ha'ah."
" Dah kamu ni nape tak pergi ikut sekali ?" (time ni, Ayah tiri Mas jenguk aq dalam bilik)
"Hehehe. Ingat nak pergi sekali tapi bila pikir balik, rasa kekok lak kalau duk sana. (sambil sengih comel comel giler) "
" erm..iyolah "
Fuhh... naseb baik la time aq tengah wat entry ni, aq tak bukak lagi tudung aq huh! Kalu tak, memang free free la ayah tiri Mas tengok rambut aq beralun di bawah air-cond ni ha. hoho ayat berbunga nyew~!!A few minutes later, baru la Mas yang betul- betul balik. Kemaen dye bawak balik ayam goreng, sotong goreng kunyit kat aq. Padahal aq dah makan Nasi berlaukkan Gulai sayur ubi dah tadi. Tapi lapar lagi~ sob. sob sob. Illi, please la, jaga adab kat rumah orang. Tak baik demand- demand kat rumah orang. Tak sopan. Biar pom tetamu adalah orang yang layak diberi layanan istimewa oleh tuan rumah.
Tapi, apsal aq ni memang spesies tak ley rapat dengan makcik-makcik nenek-nenek ni ha....?? Salah diri sendiri ke, salah parents sebab tak ajar anak dye dari kecik supaya berapat mesra dengan mereka- mereka yang tua ni? ermm... balik rumah sendiri kena terus tanya umie aq ni, nape terlahirnya masalah begini. hoho <------------ cuti="" div="" mission="" my="" ni.="" okay="" s="" sem="" that="">
------------>
P/S : umur Wan dah 80 tahun rupanya. Ohhhhhh~ OoO....
No comments:
Post a Comment