Monday, 29 July 2013

Baju Raya + Cuti = Boss ???

Finally, 1st day cuti in practical life. Welcome to the blog. Assalamualaikum


Macam skema gila ayat mukkadimah tu kan, sounds like ‘ Yeay, first buat mende langgar peraturan ’ padahal orang lain berlambak-lambak kes break the rules. Gampang ko elly gampang!

Atikah member aq sorang ni dah la tak de 2 hari ni. Besok pom dye x de. Ambik cuti, pergi KL, teman kazen dye. Aq rase la. Tak tanye direct pulak kat dye nape ambik cuti. Bukan apa, tamau la pecah privacy idup orang.

Alang – alang mmg tak de keje sangat kat opis ni, plus tak de member lak, mmg lonely gile la. Ade staff pom, tak bley wat geng. So double lonely la aq dlm opis tu. Semente lah aq x de keje nak buat (setakat bagi aq kerja key-in dlm Microsoft words, Excel ni, baik suh staff kerani tu buat) so, dalam otak ni pikir, apa kata klu aq pom amik cuti? Nak gi shopping. Hagaga

 Yo bro, baju raya aq tak beli lagi ni weh…! Klu boleh mmg nak pakai je baju raya tahun lepas, tapi kakak-kakak datin atas aq ni demand suh aq beli baju baru. Maka kena la pergi beli (ok, poyo tak) . Masa tengah berkira – kira cemaneeee la aq nk mintak cuti ngan bos ni, ended up aq tanye anak bos ni.


“ Mi, guano nk oyk ko abah mg aq nk cuti bsok? ” Mi, macamana aq nak bagitau kat abah kau aq nak mintak cuti besok. ( Mi = short name of syamim, anak bos)

“ Nk g mne?? ”  tu dia….soklan berbalas soklan lak.

“ Tak de g mana. Nak gi shopping jah. haha ” Berterus terang gile.

“ Untungla..haha..” 

Oke. Tu je reaction dye. Grr..
Pastu aq terus lagi mintak tips cemana nak suh abah dye bagi green light kat aq bila aq nak mintak cuti. Dah la dengan alasan nak gi shopping lak tu. Klu aq jadi bos pom aq lempang bile anak buah aq mintak cuti sebab nak gi beli belah. Lagak tu kalah anak bos sendiri.  Haha mintak tips.. korek lagi.. korek.. korek.. and yet. Dye bagi aq yang ni.

*The dialog below is originally taken from ayat syamim*

          Elly         :    Abg Ha Abg Ha
(Abg Ha = the nickname that we’ll called him, instead of bos/encik)
          Abg Ha  :    yupp..ad pe?
          Elly         :     itew nk mtk cuti esk.
          Abg Ha  :     Owh..nk g mne?
          Elly         :     ad la..
          Abg Ha  :    nk g mne? Cer cter
          Elly         :    itew nk g bli bju rya
          Abg Ha  :    owh..awl sgt g bli bju rya?
          Elly         :    ala a. ha boring duk ofis bknye ad kje pon..hmm
          Abg Ha  :    owh yekew??
          Elly         :     boley la..
          Abg Ha  :    erm..nt a. ha nk pkir
          Elly            :    xkra nk cti jgk..hmm
          Abg Ha    :     ok,cuti la
          Elly           :     btul?? Yahooooo

[ Glossari, a. ha / Abg Ha= Abang Ha ]

Lepas bace pe yg syamim ni bagi, seriesly my reaction was 
Eieuuwww.. gross gile! Script kat atas tu dah macam minah gediks mintak sugar daddy tolong belikan tiket-flight-nak-gi-enjoy-kat-Bali sana tu. Tulunnn la. Aq nak bermanja ngan abah aq pom tak cegitu. Adoii.. berat nanang la Syamim ni. Khayalan dye tu jauh beno dari langit ke-7. Aq nak mintak cuti je pom. Bukan nye gediks nk mintak naik gaji. Siap ade ayat “ hmm / xkira / ala / itew ” and etc. Eieuuw oke eiiuwwww…

1st thing mmg nganga la bace script olahan syamim ni. After the 5 seconds camtu aq gelak bagai nk rak. Tak tahan doo. Manje kededei tol ayat. Disebabkan idea syamim tu tak boleh dipakai harap, aq pum perah balik otak, olah ayat baru cemana nk bgitau kat bos ni.

Masa msj ngan Syamim tu, bos x de lagi. Lepas aq solat Zohor tu, baru bos ade. Tapi punye la jantung aq dup-dap-dup-dap, dengan suara lantang bos tengah nego dgn supplier through fon, x berani sihh nk cakap. Haha Syamim ni pulak x abis-abis suh aq cakap face to face dgn bos, berbekalkan ‘script’ dye tadi tu. Aq mmg tak jamin btol la dgn idea dye tu. Aq senyapkan diri. Sampai opis hour tamat. Sampai aq kuar dri pjbt. Siap dah naik keta. Keta pom dah siap bergerak ats jln raya ni. Tak bagitau2 jugak kat bos. Aiseh.. mesej je la.

So, malam ni, dengan berbekalkan surah Al-Sajadah yg baru aq habis bace tadi, aq mesej bos.

“ Salam. Abg Ha, saya nk mintak cuti sehari besok, boleh k? ”

ok. Berdebar sgt. Takut nnti bos tanye memacam. Dlm otak dah ready dah jwpan nak cincai-cincai berkias-kias tanak bunyi alasan pergi shopping tu direct sgt.

2 minit.

3 minit.

5 minit.

Grrrr..ggrrrr… (hp vibrate)

“ ok ”

Yeah. Bos reply ok. OK je. Yee…. OK! Hahahaha dah. Hp tak dah x vibrate dah. Senang je kan..? Dengan hati yg tenang dari debaran, aq senyum sengsorang. YESS! Besok tak payah pergi keje. SHOPPING BAJU RAYA TIMEE!!! Haha (bahagia tak bunyik)

Terima kasih pada si Syamim, yg bersusah –payah perah otak reka dialog begitu rupa, eventhough aq tak praktikkan ilmu dye kasik tu. Haha Si Tikah juga, ade la dye bgi pesanan suh aq msej bos mtk cuti. Dan kepada yg terlibat secara rasmi or tak rasmi. Nye. Mekasih mekasih. (kalah speech org amik awards Pelakon TERBAIK youuu~)

So, bagi mereka-mereka yg bekerja esok, selamat bekerja. Haha (gelak jahat)

Saturday, 20 July 2013

NOT feeling well because of HER. :')

I’m not sick. It just a mysterious feeling. Welcome to the blog. Assalamualaikum


Baru habis bace buku ANTHEM, by HLOVATE. Tetiba terasa suatu fefeeling yang... susah nak diperkatakan. Diperjelaskan. Dipergambarkan. Some of the words in the book currently STAB my heart. Pergh.. begitu kuatnye penangan masterpiece Hlovate ni. Haha

Kisah dalam masterpiece Hlovate kali ni macam.. susah nak aq gambarkan. Feel sangat la LOST sebab tak dapat imagine how’s life in Delhi tu. Takkan setiap kali nak baca then cepat – cepat google tempat Agra, Chanakyapuri, *naseb baik Taj Mahal tu femes. Kenal la jugak* . Setiap kali baca kena google macamana rupa cream cheese, bagel, paellera semuanya. Semata – mata nak ada gambaran, fefeeling kite on the shoes of heroin tu. But most of all, aq memang tabik springgggg ngan jiwa rocks Hlovate layan lagu Butterfingers, Rammstein, Embrace. Still tak berubah. Dari karya A+B, tunas, 5Tahun5Bulan, Rooftop, Versus, ContenganJalanan, dll,  mesti ade tajuk –tajuk lagu and penyanyi dia sekali yang aq tak pernah dengar dan tak tahu. Speechless. Perlu k aq search kat youtube semua lagu-lagu tu?

And yet. I’m wondering. Hlovate ni memang jari seni, yang tahu maen alat muzik ke? The explanation main violin, trombon, gitar, piano, was owesome. Dulu teringin jugak nak reti main piano and gitar. Dulu la. Sekarang, 50-50 camtu. Not less not more.

Bagus. Seronok sebenarnya baca buku Hlovate ni. Bukan je saje dpt ilmu agama pasal life, but also the ironic of the biology, physics, add math words. Bayangkan dengan ascent full english  Kinetics is the study of motion without consideration of the mass of...blablabla...the velocity and acceleration of the particle...blablabla” kekadang buat mata aq skip je drpd bace mende alah tu. *Aq tahu korang –korang pom camtu gak kan..?* Stress pulak baca. Tak paham. Camni la gaya bila orang obese wat cerita. Habis mende nak speaking. But I realize that i can learn camana gaya orang obese speaking ni. Kalau nak belaja ayat menyumpah dalam bahasa asing pom free – free Hlovate ni bagi. Kan..? hagaga

Last but not least, paling suka bace kisah cinta yang Hlovate ni karang. Sooooo sewiitt!! I’m prefer love story Hlovate drpd karya-karya Alaf 21 yang bahasa memang formal habis saya awak , ayat cinta pulak jiwang nak mampus “ awak tahu kan saya cintakan awak?” “Sampai hati awak sia-sia kan cinta kita yang telah lama kita bina..” pastu nangis sampai penuh baldi segelen. Drama queen. I’m not soooooo that ‘jiwang yg bermadah’ type. Noted.

Suke bace ending of Athem ni. Anna, Along, Apeh, Lekiu habis semua kerabat-kerabat karya dye dulu nak masuk dalam anthem ni. Nape tak masukkan Addin + Benz and the magseven tu sekali? Baru GEMPAKK beb! Haha Bagi yang tak pernah bace karya-karya Hlovate dulu, mgkin diorg tak kan tahu sapa tu trisy, sape tu Jade, sapa tu Lekiu, kerabat Hang 5 bersaudara, Along, Joanna. Tapi yg dah hard-die-fans Hlovate mesti terlompat-lompat bila Hlovate hidupkan kembali watak dulu-dulu masuk dalam masterpiece terbaru dye ni. Macam aq. Gelak sakan bila bace nama ‘Trisy and Jade’ muncul. Ketawa gedik bila ‘Jo + along = Amir’ muncul. Lagi sukee bila tetiba ade nama ‘Apeh’. Pastu tanpa disangka ‘Lekiu’ tu cousin si Dash. How dramatics kisah si Hlovate ni karang. I luv it.

Aq rasa aq lebih bercerita pasal what the most I adore ‘bout Hlovate and her masterpiece, not the story ‘bout fefeeling yg aq kata ‘mysterious’ lah sangat tu. Don’t beer in mind what happend to me. I think I’m better gonna change to be a better person too. Berubah kepada yang lebih baik.

Selamat bersahur. Selamat berpuasa. Selamat berbuka. Salam Ramadhan semua. 

Tuesday, 16 July 2013

VAKSINASI (HPV) DOS KE-3.

How are you? Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Eiiewww.. terasa lama beno tak buat ayat skema. Ahaks. Semalam (Isnin, 15 Julai 2013) secara rasminya aq telah mengambil dos hpv kali ke-3. Ke-3 dan yang LAST dah tu. Punya la bosang sangat sampai kan tarikh nak ambil suntikan hpv ni pom oden lupo. Naseb baik Mas ade mention. Teringat la jugak. Dan secara drastiknya aq ngan tikah decided nak pergi ambik suntikan tu. Alang –alang dah ke-bosyang-an sesangat. Kol 10.30 pagi kitorang gerak.

Before nak pergi suntik tu, tertanya-tanya gak nak ambik kat ne kan. Ye la, suntikan dos 1 dan 2 kitorang amik kat UiTM je. Pastu nak amik dos k-3 ni, takkan la nak pergi sampai UiTM Machang tu semata-mata hpv? Tak berbaloi okeh =,=’ So aq dengan gigihnya berbezfwent ngan Mr. Google, cari punye cari punye cari, rupanya boleh je ambil suntikan hpv tu kat pejabat LPPKN @ Klinik Nur Sejahtera (kat Kelantan je ok) . LPPKN tu pemenda? Haa.. same question time aq mula – mula nampak patah huruf tu. LPPKN tu = Lembaga Penduduk dan Pembangunan  Keluarga Negara. Naseb baik pjbat LPPKN ni dekat je ngan tempat kerja aq ni. So kalau drive tu lebih kureng 10 minit sampai le kot.

Mula – mula nebes jugak nak amik suntikan ni. Al-maklum la, dah lama tak kena injek. Terngiang-ngiang balik perasaan ‘sakit’ tu bila air suntikan tu menyerap masuk dalam urat darah dibahu nim. Eii.. failed betol ayat bio aq. Padahal dulu time skola amik sains tulen kot. =,=

Fes li bila korang masuk nak ambik suntikan ni, kena tunjukkan kad ‘ahli’ suntikan hpv dulu kat nurse situ.


Pastu nanti ade la nurse bagi borang suh kite isi situ sana sini. Then terus masuk bilik rawatan untuk GET READY TO INJECT!!! Naseb baik time tu aq pkai baju kurung yg jenis longgar kat bahagian tangan. So, boleh la selak sampai ke bahu. Senang nak injek.

Mula – mula jarum tu sentuh kat bahu aq.. pergh pergh perghh..terasa nebes gile gile. Masuk pulak jarum tu...aduyaiiiii... kalah semut api gigit tau. Tak pe, tahan..tahan.. Then si nurse tu pergi tolak syringe jarum tu bagi air masuk..sadiiiiiss je muka aq rase time tu. Berkerut memang tak cover habis la. Pastu, habis. Dahla. Siap. 2 minit pom tak sampai. Oh, I beat 60 saat pom tak sampai kot. Before kitorang keluar tu, Nurse tu ade bagi beg recycle kat kitorang. RECYCLE BAG? Ouh.. whateva. Aq rase kalau bulan ni tak puasa maybe dalam bag tu ade la cekedis-cekedis ngan air kotak kot :p

Kitorang dah habis ambil sesi suntikan HPV ni. So, after this, tak perlu la sibok sibok nak tgok tarikh kat kad tu bila pulak epointment dgn doctor nk suntik la pe la.Insha Allah terhindar daripada cancer servix ni. Ameeenn... Korang dah? (bagi yang pompuan je ler)

PERMASALAHAN nya sekarang, boleh ke inject time pose –pose ni? Atceli aq pom tak tahu kesahihannya, batal atau makruh atau sah puasa kalau ambil injection. Tapi bak ayat aq menaip awal-awal kat atas tu, aq berbesfwent ngan Mr. Google.So, tanya la dye boleh ke tidok ambik suntikan ni. Mnurut sumber yang diberi, adalah insan tu bertanya kan pada ustaz. And this is his answer ;



Allahualam. Aq rasa tak batal puasa kalau ambil injek dengan niat nak berubat. Kira berubat la kan ambil hpv ni. Bukan nya air hpv ni air gula ke sira ke yang boleh buat aq kenyang sampai meleret-leret time nk bukak puase. Tapi TERBATAL puasa dia kalau injek tujuan nak seronok dua ronok seperti enjek air masak@manisan terus dalam mulut. Choiii... haha Memang terang tang  tangbatal pose. Kiranya aq bertekad yakin la ambil injection ni tak batal pom puasa aq. YAKIN! Allah tahu apa yg kita buat :3

Lepas enjek tu, terasa la sikit sakit dye. Terasa sakit bila nak angkat tangan ni sudut 45' keatas. Kalau korang angkat tangan 180’, memang RARE ah. Kebas + sakit  kot bahu tu. Hoho tak pasal-pasal dpat bengkak 30 hari tak surut –surut. *Ok tipu. tatau pom efek dye* Bukan takat tu aje, pinggang korang bahagian kiri tak pasai-pasai rase seperti dicucuk-cucuk. Itu kalau enjek kat bahu kiri. Yg enjek kat bahu kanan rase sakit kat pinggang kanan la kot. Itu hal kecik je pinggang tu. Terasa sakit kejap je. Tapi tangan ni maybe sakit nye hampir seminggu jugak baru sembuh. Aq nak angkat tender document yang tebal bedebok tu pom acah –acah ‘auw..auw..auw..’ sakitnya rase kat bahu kiri ni. Begitulah.

Bagi mereka –mereka gegurls ’93 yang dah habis ambik ketiga-tiga dos HPV ni, yea.. kita sep sep sep bom bom bom. Bagi yang blom habis ambik ni pulak, tak pe. Ambik je. No probs pom. Takkan bace entry ni dah takut nak ambik dos k-3 lak. Haha Don’t worry, aq hidup je lagi lepas amik enjek tu. J

Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka uolls.

p/s : Sibuk je post entry, Logbook + Report + ECA form tak buat –buat jugak. haiyaa...practical’s life betol la. =..= 

Saturday, 13 July 2013

I'm BACK and the story is ...

Salam Ramadhan. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Haaaa... baru ade masa nk buat entry. Huhu 2 hari lepas kemaen ngadu kat twitter ‘TAK DE MASA NK BUAT ENTRY.’ Keke Hari ni dah masuk hari ke-4 kiter berpuasa. TAHNIAH bagi korang yg berjaya puasa 4 hari ni. (baru 4 hari je pom =,=

Hari 1st Ramadhan, aq tak gi kerja. BOS kunci pintu pjbat tak bagi semua staff masuk. Hoho Oleh itu dengan amannya duk kat rumah. Tapi tak aman mane la sgt, duk sibuk kemas bilik haa. Bilik tak macam rupa bilik anak dara. Kandang Kuda lagi comel haa. So, tiba lah masanya aq berkemas- kemas. Tapis semua buku yang tak perlu, kumpul –kumpul pastu JUAL! Haha dapat la untung gak ye. Minggu lepas punye citer jual buku kakak –kakak aq yg SPM STPM punye, dpat la dalam RM20. Itu baru buku diorang. Criter besok nya kumpul-kumpul buku PMR SPM aq then pergi jual. Agak- agak dapat untung brape ye? Kalu lagi mahal hasilnya, nampak beno aq ni suke beli buku tapi bacanya tak. Mana taknye, dulu time dpt result SPM cam nak sepak ke longkang pom ade gak. Huhu

Itu 1st day puasa nya. 2nd day puasa nye, harusla pergi keje. BOS dah bukak pintu. Tak bley nk monteng. So, sepanjang duk kat pejabat tu, mak aiiihh.. bosan semendang. Nak buat entry baru pom tak de mood. Kak Sue (staff) balik umah cuti emergency, alahan bawak budak. Kak Hajar lak POT PET POT PET tapi aq tak hingin nk dengo. Last2, layan je twitter tu. Sampai la nak balik umah.

3rd day, biasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je.

Sobonarnya, sepanjang aq tak berblog ni , manyak mende yg terjadi. Nak criter yg mana satu yerk..? *pikir pikir*

-          15 minit kemudian     -  

Okay. Setelah diperah-perah otak nk criter pemende, lastly aq decide.

 ----------------------> Aq tatau nk criter apa =,=’

OHYEAHHHH!!!! KEEP CALM dan jangan hentam saya dengan bantal bushuk korang.

Hahaha banyak sgt criter, aq pom tatau nk start ngan apa. Besok – besok pulak aq menaip. Eh tak boleh. Lupa plak esok nak jengjalan cari rak baju baru. Baru okey... hagaga Mana taknye, anak dara inchek Wan Rani ni asyik –asyik shoping baju. Itu yg rak lama pom dah macam nak meletop! Itu tak termasuk baju raya tahun ni. Opss~ 


p/s : Tak terlambat kan utk aq wishing salam ramadhan ni.? Kihkihkih
          Selamat bersahur, Selamat berpuasa, Selamat berbuka semua. J

Tuesday, 2 July 2013

SEBENARNYA SAYA JIRAN DIA. :)

#SSJD adalah sambungan cerita #SSID. #Ehh . Welcome to the blog. Assalamualaikum

#Flashback – 28 JUN 2013-

Jiran aq ni ade buat majlis kesyukuran, sempena nak menyambut menantu baru la katakan.  Umie aq la beria-ria nak pergi. Aq bila dengar je nak pergi rumah jejiran ni, memang automatik la kaki aq ni rasa kebas tak  nak pergi mana-mana, kepala tetiba je pening. Tangan pulak tetiba nak buat something yang mcam nampak busy giler. Memang 3 in 1 la camtu. Tapi mengenang majlis ni duk rumah sebelah je, erm.. terpaksa jugak la pergi. AS menghormati sesama jiran kan.

Aq pom bersiap ala kadar je. Nak pergi rumah sebelah je pom. Then, aq terpandang satu mamat ni bila time tgh makan dengan umie aq kat sebelah. Aq jeling la kat mamat tu cakap-cakap ngan tuan rumah a.k.a jiran aq ni. Tanya la kat umie aq “ Sapa dye yg tgh cakap ngan makcik tu?” ‘makcik’ tu refer kat jiran aq la. Sorry, aq mmg lemah btol bab-bab nak berkenalan nama dengan kelab makcik-makcik tua ni. Umie aq pom jawab “ Anak dye la tu.” Ohmaiiii...

ENSEM WEH..!

Haha memang aq terkedu btol. How come aq yg stay kat rumah ni for over 8 years, but just first time dapat tau jiran aq ni ade anak lelaki yg hensem? Haha Dye tak de la setampan Aaron Aziz or Adi Putra or Lee Minho or Jung Yunho or (any men you ever imagine that be owsom tampan) BUT he’s just CUTE as BETO KUSYAIRY! Aaahhhhhhhhh~ *as my thought*

Sumpah tak tipu. Dye tak de la seiras-iras @ twins @ doppelganger Beto kusyairy, tapi tu la. Di mata aq dye MEMANG COMEL camtu. Haha Sayangnya dye pakai baju merah, and I wear blue baju kurung. Ohmai…

Aq ade la crite kat Mas sebab minah tu memang suka la bab2 usha anak teruna orang yg ensem kan. Haha  Then katanya “ Tak sia- sia ko pergi. Itu la namanya berkat ajakan seorang IBU”. Haha siot je nasihat. Err..nasihat ke tu? Aq pom tak pasti. Haha yang aq pasti, memang dye… cute. Haha *Asyik – asyik ketawa. Angau ke?*

Disebalik keseronokkan aq bercerita kat korang pasal cute nya mamat ni, sebenarnya bukan itu yg cuba aq ketengahkan di blog ini. Jalan cerita yang aq nak korang gambarkan ialah..

     Sewaktu aq on the way pulang ke rumah aq, dye ade kat meja betul-betul berhadapan   antara pagar rumah dye dan pagar rumah aq. Time nak lalu kat pagar tu, tetiba kaki aq tersepak BATU BESAR kat situ. So, aq terasa nak tersandung *tapi tak jatuh ok*. Time tersandung tu la aq dgr org blkg aq menjerit YAK!! . Aq apa lagi, muka memang dah paling terus kat pintu rumah aq tak paling belakang dah. Jalan straight sampai la jumpa muka pintu rumah aq.

MALUUUUUUUUU WEHHHHHH~!!!!

Acano la boleh tersadung depan mamat tu? Terasa vangang jap diri ni. Serious malu weh. Haha naseb pakai baju warna biru. Kalau pakai baju warna merah, lagi nampak la merah –merah muka ni haa..             "

*I’m never gives a best first impression to the person that I like.*

Aq akui agak clumsy jgak la aq kalau jumpa dgn someone yang aq rase suka or hormat. BOTH men and women. No bias.

Ensem cute pom, mesti dye dah ade makwe. So, just wake up ELLY! Haha lagi satu mende, dye jiran. JIRAN. Tak lebih daripada tu. So, SEBENARNYA SAYA JIRAN DIA. Fullstop. JUST WAKE UP FROM THE DREAM. (‘o ’)/ 



Sumpah terasa cam stalker jiran lak aq ni. Buruk perangai. =,=
Jangan pikir bukan bukan tau. Aq just snap 1 pic ni je. Untuk tatapan umum. Pasni aq nk delete. Hahaha

Say whateva u say. “ Tak cute pom ”   “ Tak macam BETO pom ”   “ =,= (buat muka) ”.  I said whateva i wanna say. “ Dye jiran saya “ “ He’s just nicer ” or etc. This is my world. Harap paham. Hoho 

P/S :  I LOVE HE yang pakai baju melayu merah.