Showing posts with label practical life. Show all posts
Showing posts with label practical life. Show all posts

Monday, 29 July 2013

Baju Raya + Cuti = Boss ???

Finally, 1st day cuti in practical life. Welcome to the blog. Assalamualaikum


Macam skema gila ayat mukkadimah tu kan, sounds like ‘ Yeay, first buat mende langgar peraturan ’ padahal orang lain berlambak-lambak kes break the rules. Gampang ko elly gampang!

Atikah member aq sorang ni dah la tak de 2 hari ni. Besok pom dye x de. Ambik cuti, pergi KL, teman kazen dye. Aq rase la. Tak tanye direct pulak kat dye nape ambik cuti. Bukan apa, tamau la pecah privacy idup orang.

Alang – alang mmg tak de keje sangat kat opis ni, plus tak de member lak, mmg lonely gile la. Ade staff pom, tak bley wat geng. So double lonely la aq dlm opis tu. Semente lah aq x de keje nak buat (setakat bagi aq kerja key-in dlm Microsoft words, Excel ni, baik suh staff kerani tu buat) so, dalam otak ni pikir, apa kata klu aq pom amik cuti? Nak gi shopping. Hagaga

 Yo bro, baju raya aq tak beli lagi ni weh…! Klu boleh mmg nak pakai je baju raya tahun lepas, tapi kakak-kakak datin atas aq ni demand suh aq beli baju baru. Maka kena la pergi beli (ok, poyo tak) . Masa tengah berkira – kira cemaneeee la aq nk mintak cuti ngan bos ni, ended up aq tanye anak bos ni.


“ Mi, guano nk oyk ko abah mg aq nk cuti bsok? ” Mi, macamana aq nak bagitau kat abah kau aq nak mintak cuti besok. ( Mi = short name of syamim, anak bos)

“ Nk g mne?? ”  tu dia….soklan berbalas soklan lak.

“ Tak de g mana. Nak gi shopping jah. haha ” Berterus terang gile.

“ Untungla..haha..” 

Oke. Tu je reaction dye. Grr..
Pastu aq terus lagi mintak tips cemana nak suh abah dye bagi green light kat aq bila aq nak mintak cuti. Dah la dengan alasan nak gi shopping lak tu. Klu aq jadi bos pom aq lempang bile anak buah aq mintak cuti sebab nak gi beli belah. Lagak tu kalah anak bos sendiri.  Haha mintak tips.. korek lagi.. korek.. korek.. and yet. Dye bagi aq yang ni.

*The dialog below is originally taken from ayat syamim*

          Elly         :    Abg Ha Abg Ha
(Abg Ha = the nickname that we’ll called him, instead of bos/encik)
          Abg Ha  :    yupp..ad pe?
          Elly         :     itew nk mtk cuti esk.
          Abg Ha  :     Owh..nk g mne?
          Elly         :     ad la..
          Abg Ha  :    nk g mne? Cer cter
          Elly         :    itew nk g bli bju rya
          Abg Ha  :    owh..awl sgt g bli bju rya?
          Elly         :    ala a. ha boring duk ofis bknye ad kje pon..hmm
          Abg Ha  :    owh yekew??
          Elly         :     boley la..
          Abg Ha  :    erm..nt a. ha nk pkir
          Elly            :    xkra nk cti jgk..hmm
          Abg Ha    :     ok,cuti la
          Elly           :     btul?? Yahooooo

[ Glossari, a. ha / Abg Ha= Abang Ha ]

Lepas bace pe yg syamim ni bagi, seriesly my reaction was 
Eieuuwww.. gross gile! Script kat atas tu dah macam minah gediks mintak sugar daddy tolong belikan tiket-flight-nak-gi-enjoy-kat-Bali sana tu. Tulunnn la. Aq nak bermanja ngan abah aq pom tak cegitu. Adoii.. berat nanang la Syamim ni. Khayalan dye tu jauh beno dari langit ke-7. Aq nak mintak cuti je pom. Bukan nye gediks nk mintak naik gaji. Siap ade ayat “ hmm / xkira / ala / itew ” and etc. Eieuuw oke eiiuwwww…

1st thing mmg nganga la bace script olahan syamim ni. After the 5 seconds camtu aq gelak bagai nk rak. Tak tahan doo. Manje kededei tol ayat. Disebabkan idea syamim tu tak boleh dipakai harap, aq pum perah balik otak, olah ayat baru cemana nk bgitau kat bos ni.

Masa msj ngan Syamim tu, bos x de lagi. Lepas aq solat Zohor tu, baru bos ade. Tapi punye la jantung aq dup-dap-dup-dap, dengan suara lantang bos tengah nego dgn supplier through fon, x berani sihh nk cakap. Haha Syamim ni pulak x abis-abis suh aq cakap face to face dgn bos, berbekalkan ‘script’ dye tadi tu. Aq mmg tak jamin btol la dgn idea dye tu. Aq senyapkan diri. Sampai opis hour tamat. Sampai aq kuar dri pjbt. Siap dah naik keta. Keta pom dah siap bergerak ats jln raya ni. Tak bagitau2 jugak kat bos. Aiseh.. mesej je la.

So, malam ni, dengan berbekalkan surah Al-Sajadah yg baru aq habis bace tadi, aq mesej bos.

“ Salam. Abg Ha, saya nk mintak cuti sehari besok, boleh k? ”

ok. Berdebar sgt. Takut nnti bos tanye memacam. Dlm otak dah ready dah jwpan nak cincai-cincai berkias-kias tanak bunyi alasan pergi shopping tu direct sgt.

2 minit.

3 minit.

5 minit.

Grrrr..ggrrrr… (hp vibrate)

“ ok ”

Yeah. Bos reply ok. OK je. Yee…. OK! Hahahaha dah. Hp tak dah x vibrate dah. Senang je kan..? Dengan hati yg tenang dari debaran, aq senyum sengsorang. YESS! Besok tak payah pergi keje. SHOPPING BAJU RAYA TIMEE!!! Haha (bahagia tak bunyik)

Terima kasih pada si Syamim, yg bersusah –payah perah otak reka dialog begitu rupa, eventhough aq tak praktikkan ilmu dye kasik tu. Haha Si Tikah juga, ade la dye bgi pesanan suh aq msej bos mtk cuti. Dan kepada yg terlibat secara rasmi or tak rasmi. Nye. Mekasih mekasih. (kalah speech org amik awards Pelakon TERBAIK youuu~)

So, bagi mereka-mereka yg bekerja esok, selamat bekerja. Haha (gelak jahat)

Tuesday, 16 July 2013

VAKSINASI (HPV) DOS KE-3.

How are you? Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Eiiewww.. terasa lama beno tak buat ayat skema. Ahaks. Semalam (Isnin, 15 Julai 2013) secara rasminya aq telah mengambil dos hpv kali ke-3. Ke-3 dan yang LAST dah tu. Punya la bosang sangat sampai kan tarikh nak ambil suntikan hpv ni pom oden lupo. Naseb baik Mas ade mention. Teringat la jugak. Dan secara drastiknya aq ngan tikah decided nak pergi ambik suntikan tu. Alang –alang dah ke-bosyang-an sesangat. Kol 10.30 pagi kitorang gerak.

Before nak pergi suntik tu, tertanya-tanya gak nak ambik kat ne kan. Ye la, suntikan dos 1 dan 2 kitorang amik kat UiTM je. Pastu nak amik dos k-3 ni, takkan la nak pergi sampai UiTM Machang tu semata-mata hpv? Tak berbaloi okeh =,=’ So aq dengan gigihnya berbezfwent ngan Mr. Google, cari punye cari punye cari, rupanya boleh je ambil suntikan hpv tu kat pejabat LPPKN @ Klinik Nur Sejahtera (kat Kelantan je ok) . LPPKN tu pemenda? Haa.. same question time aq mula – mula nampak patah huruf tu. LPPKN tu = Lembaga Penduduk dan Pembangunan  Keluarga Negara. Naseb baik pjbat LPPKN ni dekat je ngan tempat kerja aq ni. So kalau drive tu lebih kureng 10 minit sampai le kot.

Mula – mula nebes jugak nak amik suntikan ni. Al-maklum la, dah lama tak kena injek. Terngiang-ngiang balik perasaan ‘sakit’ tu bila air suntikan tu menyerap masuk dalam urat darah dibahu nim. Eii.. failed betol ayat bio aq. Padahal dulu time skola amik sains tulen kot. =,=

Fes li bila korang masuk nak ambik suntikan ni, kena tunjukkan kad ‘ahli’ suntikan hpv dulu kat nurse situ.


Pastu nanti ade la nurse bagi borang suh kite isi situ sana sini. Then terus masuk bilik rawatan untuk GET READY TO INJECT!!! Naseb baik time tu aq pkai baju kurung yg jenis longgar kat bahagian tangan. So, boleh la selak sampai ke bahu. Senang nak injek.

Mula – mula jarum tu sentuh kat bahu aq.. pergh pergh perghh..terasa nebes gile gile. Masuk pulak jarum tu...aduyaiiiii... kalah semut api gigit tau. Tak pe, tahan..tahan.. Then si nurse tu pergi tolak syringe jarum tu bagi air masuk..sadiiiiiss je muka aq rase time tu. Berkerut memang tak cover habis la. Pastu, habis. Dahla. Siap. 2 minit pom tak sampai. Oh, I beat 60 saat pom tak sampai kot. Before kitorang keluar tu, Nurse tu ade bagi beg recycle kat kitorang. RECYCLE BAG? Ouh.. whateva. Aq rase kalau bulan ni tak puasa maybe dalam bag tu ade la cekedis-cekedis ngan air kotak kot :p

Kitorang dah habis ambil sesi suntikan HPV ni. So, after this, tak perlu la sibok sibok nak tgok tarikh kat kad tu bila pulak epointment dgn doctor nk suntik la pe la.Insha Allah terhindar daripada cancer servix ni. Ameeenn... Korang dah? (bagi yang pompuan je ler)

PERMASALAHAN nya sekarang, boleh ke inject time pose –pose ni? Atceli aq pom tak tahu kesahihannya, batal atau makruh atau sah puasa kalau ambil injection. Tapi bak ayat aq menaip awal-awal kat atas tu, aq berbesfwent ngan Mr. Google.So, tanya la dye boleh ke tidok ambik suntikan ni. Mnurut sumber yang diberi, adalah insan tu bertanya kan pada ustaz. And this is his answer ;



Allahualam. Aq rasa tak batal puasa kalau ambil injek dengan niat nak berubat. Kira berubat la kan ambil hpv ni. Bukan nya air hpv ni air gula ke sira ke yang boleh buat aq kenyang sampai meleret-leret time nk bukak puase. Tapi TERBATAL puasa dia kalau injek tujuan nak seronok dua ronok seperti enjek air masak@manisan terus dalam mulut. Choiii... haha Memang terang tang  tangbatal pose. Kiranya aq bertekad yakin la ambil injection ni tak batal pom puasa aq. YAKIN! Allah tahu apa yg kita buat :3

Lepas enjek tu, terasa la sikit sakit dye. Terasa sakit bila nak angkat tangan ni sudut 45' keatas. Kalau korang angkat tangan 180’, memang RARE ah. Kebas + sakit  kot bahu tu. Hoho tak pasal-pasal dpat bengkak 30 hari tak surut –surut. *Ok tipu. tatau pom efek dye* Bukan takat tu aje, pinggang korang bahagian kiri tak pasai-pasai rase seperti dicucuk-cucuk. Itu kalau enjek kat bahu kiri. Yg enjek kat bahu kanan rase sakit kat pinggang kanan la kot. Itu hal kecik je pinggang tu. Terasa sakit kejap je. Tapi tangan ni maybe sakit nye hampir seminggu jugak baru sembuh. Aq nak angkat tender document yang tebal bedebok tu pom acah –acah ‘auw..auw..auw..’ sakitnya rase kat bahu kiri ni. Begitulah.

Bagi mereka –mereka gegurls ’93 yang dah habis ambik ketiga-tiga dos HPV ni, yea.. kita sep sep sep bom bom bom. Bagi yang blom habis ambik ni pulak, tak pe. Ambik je. No probs pom. Takkan bace entry ni dah takut nak ambik dos k-3 lak. Haha Don’t worry, aq hidup je lagi lepas amik enjek tu. J

Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka uolls.

p/s : Sibuk je post entry, Logbook + Report + ECA form tak buat –buat jugak. haiyaa...practical’s life betol la. =..= 

Saturday, 13 July 2013

I'm BACK and the story is ...

Salam Ramadhan. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Haaaa... baru ade masa nk buat entry. Huhu 2 hari lepas kemaen ngadu kat twitter ‘TAK DE MASA NK BUAT ENTRY.’ Keke Hari ni dah masuk hari ke-4 kiter berpuasa. TAHNIAH bagi korang yg berjaya puasa 4 hari ni. (baru 4 hari je pom =,=

Hari 1st Ramadhan, aq tak gi kerja. BOS kunci pintu pjbat tak bagi semua staff masuk. Hoho Oleh itu dengan amannya duk kat rumah. Tapi tak aman mane la sgt, duk sibuk kemas bilik haa. Bilik tak macam rupa bilik anak dara. Kandang Kuda lagi comel haa. So, tiba lah masanya aq berkemas- kemas. Tapis semua buku yang tak perlu, kumpul –kumpul pastu JUAL! Haha dapat la untung gak ye. Minggu lepas punye citer jual buku kakak –kakak aq yg SPM STPM punye, dpat la dalam RM20. Itu baru buku diorang. Criter besok nya kumpul-kumpul buku PMR SPM aq then pergi jual. Agak- agak dapat untung brape ye? Kalu lagi mahal hasilnya, nampak beno aq ni suke beli buku tapi bacanya tak. Mana taknye, dulu time dpt result SPM cam nak sepak ke longkang pom ade gak. Huhu

Itu 1st day puasa nya. 2nd day puasa nye, harusla pergi keje. BOS dah bukak pintu. Tak bley nk monteng. So, sepanjang duk kat pejabat tu, mak aiiihh.. bosan semendang. Nak buat entry baru pom tak de mood. Kak Sue (staff) balik umah cuti emergency, alahan bawak budak. Kak Hajar lak POT PET POT PET tapi aq tak hingin nk dengo. Last2, layan je twitter tu. Sampai la nak balik umah.

3rd day, biasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je.

Sobonarnya, sepanjang aq tak berblog ni , manyak mende yg terjadi. Nak criter yg mana satu yerk..? *pikir pikir*

-          15 minit kemudian     -  

Okay. Setelah diperah-perah otak nk criter pemende, lastly aq decide.

 ----------------------> Aq tatau nk criter apa =,=’

OHYEAHHHH!!!! KEEP CALM dan jangan hentam saya dengan bantal bushuk korang.

Hahaha banyak sgt criter, aq pom tatau nk start ngan apa. Besok – besok pulak aq menaip. Eh tak boleh. Lupa plak esok nak jengjalan cari rak baju baru. Baru okey... hagaga Mana taknye, anak dara inchek Wan Rani ni asyik –asyik shoping baju. Itu yg rak lama pom dah macam nak meletop! Itu tak termasuk baju raya tahun ni. Opss~ 


p/s : Tak terlambat kan utk aq wishing salam ramadhan ni.? Kihkihkih
          Selamat bersahur, Selamat berpuasa, Selamat berbuka semua. J

Sunday, 30 June 2013

It's 'bout the TIME :D

Freedom will be coming soon.. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Hari ni (semalam) hari Sabtu. Orang lain sedang bersuka ria hari minggu, aq pulak kena pergi kerja. Haishh..

Kerja aq hari ni adalah of course, taking off. Tapi taking off untuk bangunan TNB la. Mak aiihh sangat la complicated. Complicated dengan teamwork. Urgh.. mende yang aq tak buat pom aq kena dipersalahkan oleh senior QS sebab aq tak ambil tahu pe yang kengkawan aq mengira. Iye lah, diri sendiri kira pom tak double check, inikan pulak nak check yang orang lain kira. Engat aq rajin sangat la.

Tapi yang paling sentap habis bila BQ Dewan Komuniti yang kitorg taking off minggu lepas mostly banyak salah. Aq admit yang dewan tu susahhhh sangat nak kira. Tak tahu nape. Jammed sangat otak kot sebab pening taking off bangunan rumah kedai pom tak habis lagi. Pastu dewan ni kena banyak pulak  imagine itu ini. Tetiba aq jadi bayangkan dewan SCIPP dulu. Haha

Terasa malu weh banyak salah itu. Tapi people learn from mistake right. Betol, tapi on the same time aq jadi serba salah ngan senior aq tu coz diorang macam expected yang kitorang ni dah pandai taking off and menyenangkan kerja diorang bila nak price BQ nanti. Aq pom kalau boleh nak everythings perfect. Now I learn something new that improved my work in future.

Sekarang semua bangunan dah taking off. Tinggal nak isi price then besok wat manual sal apa ntah. Aq tak sempat nk dengar senior aq kata apa tadi. Haha TOMORROW, just wait and see.. hurm..hurm.. (-,-)\ Lepas hari rabu minggu depan, In shaa Allah akan terlepas semua beban nak taking off bagai ni. Wee… tak sabar nak have a freedomdom..dom.. *echo*

Aq tau mostly korang – korang yg memang tak belajar dalam dunia ‘PEMBINAAN BANGUNAN’ ni mesti wat muka pelik bila bace entry ni. Entah pepe la blogger ni merepek ngan taking off la BQ la. Pekebenda tuu…?????! Haha nak tahu, sila tanya ABANG GOOGLE ye. Dye expert betol bab2 terang terang ni. Nak suh aq explain memang failed la. Haha

Atceli aq ade crite lain yg nak ditulis. Tapi, on the next entry la. 

.... LOADING…. 

Friday, 28 June 2013

Nak membebel cikit :) - WORKS vs COLLY SWEET 17

Seeking for freedom dude. Welcome to the blog. Assalamualaikum

I’m still keep in busy line but for sure wanna take a break lil’ time. Sudah pun siap taking off for 2 bangunan in 1 BIG PROJECT (only 98% . assume) then comes ones building for us to taking off. ONCE again. Lol =,=

Memang time cegini aq dah wat muka okeh. Sangat annoying nak taking off bagai for whole 2 weeks. Nak – nak dengan opismate yang takde teamworks langsung, yang lelaki keje dye tak habis lagi nak taking off satu element, dah nak keluar pejabat for smoking! S*** la. Kalau camni sampai bila pom lambat nak habis. Yang girls pulak, kerja dye nak taking off sooo details. Such like a consultant. Bak kata senior QS the company, QS works for contractor tak payah nak details sgt bila nak taking off tu. Then bila girl ni nak kira element tu pakai logik and details, sampai aq pom pening jugak camana nak selesaikan some of taking off yg tak berapa nak clear sgt which things to be off. Dan i’m start to be blur..

Aq admit yang sepanjang t/o dua bagunan ni, mostly aq tumpukan pada pengiraan besi @ reinforcement. SAHAJA. Haha WBLFF, FRAME semua tu girls tu yg buat. JAHAT tak aq..? haha hey, atleast aq kira reinforcement ni untuk banyak element; footing,  stump, Ground beam, Floor Beam, Roof Beam, column, stiffener and so on. Banyak tau. Tak la macam boys tu. Guna otak cikit untuk pikir, dah start kuar opis nk lepaskan asap.  Then camtu pom gaya ade hati duk bercerita kat aq nak kawen dengan anak bos. Bluekksss... ....  >#<

Sekarang ni, weekend aq kena spend t/o with TNB building pulak. Mak aihh.. kalau company still tak dapat tender ni memang serabai ahh. Haha aq rasa power mata ni pom dah naik dah, sebab asyik-asyik tenung drawing yang kekadang garisan dlm drawing tu pom mencabar penglihatan. Urgh.. pening kejap kepala.

Aq tak terasa nak bercerita pasal work aq. Sebab log book aq pom x terusik lagi nk menulis, inikan pulak duk sibuk bercerita dalam blog. Tunggu aq siapkan log book aq dulu la baru aq nak cerita flows of works done in contractor’s company. Seriously tak de mood.

Nie ha..! Nak kongsi bercerita. Kalau ade bace entry aq yg pasal ‘pretty’ little things right, mesti uolls dah dapat agak this incident. Haha suspense tak? Ermm.. well, aq kan ade @Instagram. So, ade la satu IG yg add aq name ‘Nabila ...’ yg add aq kan. Disebabkan dye girls, aq approve la dye. Yet, dye banyak sgt post sal Colly Sweet 17. Itu minuman collagen ha.. yang putihkan muka gebukan muka comelkan muka tu. Dah selang 5 minit post pasal colly . Mana tak rimas aq bace tu semua. Bace kisah dye amalkan colly17 tu, testimoni planggan dye, banyak lagi la.

This is Colly Sweet 17.

Then bila tengok pulak price dye “ RM 130”. Aq rasa cam mahal gile kan. Survey pil product Felina tu pom just RM80 je. But for 30 pills je yg tu. Huhu Then scroll up lagi kat home IG tu, then nmpak iklan “ HARGA asal k-colly17 iaitu RM169 akan bermula pada 1 julai”. So i thinks, this is a big chance for me to grab it. Bayangkan la, daripada RM169 jatuh kepada RM130 as promotion. Macam berbaloi je tengok. Postage pom free. So, i decide..................................nak beli. Gila tak?

I thinks this is the opportunities. SHOULD GRAB IT!!! YEAHH

Haha serious like hell aq tak tahu nape hati beria-ria nak colly17 tu. *Haha nak jadi cantek ker..?? haha* Bukannya apa, aq tengok kulit muka aq ni asyik bertukar tona warna je. Bukan warna daripada coklat kepada warna hijau ye..! itu dah jadi sedara sepipit dengan HULK dah. Hoho Bila aq tengok kat cermin di siang hari, aq rasa kulit muka aq ni gelaaaap sangat. Kulit kat tgn lagi putih tau. Tapi bila time malam hari, kulit muka jadi cerah balik, secerah kulit tgn. Pelik kot. Ahh~ sudah... ade sumpahan sesumpah ke asyik boleh tukar tone warna kulit ni? Haha k talawak. =,=

ok. Nak pilih HULK ke SESUMPAH? aiyoo.. dua -dua hijau ni acano? =,='


So, just testimoni okay. Only RM130 je. Tak pe, tak perlu keluar cash. Bank in terus kat si akak nabila maybank acc. Naseb baik ade duit belas ehsan PTPTN dlm bank tu, kalau tidak, huh, memang aq papa kedana la, asyik –asyik minta sedekah kat abah nak duit. Haru... T.T

Aq order mende tu dalam 2 hari lepas kot. Naseb baik la lepas aq whatsapp akak tu nk order colly17, pagi tu jugak tikah nak pergi pos opis. Alang alang nk kuar opis, baik aq join sekaki nak gi bank. Hagaga Tapi tu la, bayar dah bayar tapi akak tu kata dye baru order dengan HQ product tu. Maybe hari Jumaat (esok) dapat la kot. Dye yg dapat dari HQ tu besok. Nak dapat kat aq tak tahu tarikh lagi biler...saboor la tunggu. erm..erm.. *angguk-angguk je*

Aq rasa ni 1st time aq beli on9. Hahahaha terasa hepi jap boleh beli pakai bank in terus duit. Terasa cam anak orang kaya kejap. Kejap je la. Tak lama.hoho Erm.. atceli agak berdebar jugak, betol ke keputusan aq nak beli mende alah tu? Ke sekadar pembaziran? People said beauty can be treat naturally. Tapi jenis orang yg tak sabar cam aq ni mana boleh tunggu lama by natural. Kalau camtu umo 40 tahun tak kawen lagi sebab takde yg nak. Haha okay, just testimoni. Pepehal, aq update balik camne result disebalik keputusan aq tu beli k-colly17 okay.

Aq pom tak tahu bila masa si Sulli F(x) tu jadi duta Colly Sweet ni. haha #wondering


Just nak release some tension. Happy weekends guys. Selamat menonton perlawanan final bola TRW vs JDT. But i have to go works on Saturday. BIG SAD!  T.T will miss you.

P/S : Oh ya, hari ni pernikahan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Bt Sultan Ismail Petra (DK) dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. ( try to said in one breath)  :D Panjang betol nama kekanda Sultan Brunei tu. fuhhh... *sigh*

Wednesday, 26 June 2013

Take a minute.

I want freedom. Seriously. :( Welcome to the blog. Assalamualaikum



This lately I’m too busy. Laikdahel. Banyak sangat benda yang kena taking off. Pastu senior QS ni bagi pulak 3 bagunan kat kitorang bertiga sekaligus untuk taking off. Nak BQ pulak hari Sabtu ni. Makaihh.. mana nak sempat.

Hari Sabtu ni aq kerja. Hari AHAD..? suppose to be holiday right? Sebab tengok final bola punya pasal. Tapi company aq TAK cuti. Bagus tak company Robihah ni? Rajin giler doo.. =,=

Penuh keredhaan aq menjalani hidup ni. Nanti – nanti la aq menaip panjang-panjang.

BLOG ni suppose to be rest. While it’s owner bizi memanjang. Have a good rest blog. *cium sayang muah muah*

Then, tak de pepe dah. Kbai.  :D

Saturday, 15 June 2013

Practical Training for Quantity Surveyor.

When QS get to price the BQ. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Ok. After 3 days kat opis tak buat apa-apa kerja, finally, last Thursday aq baru dapat kerja to be done. The company baru je beli tender. Baru beli, bukan ‘dapat’ project lagi. Disebabkan aq as QS in Contractor company, aq kena la price kan BQ untuk propose budget cost project ni kepada client.

Sangat BESAR drawing dye OK.Tebal dan berat pulak tu. Tapi tak dapat la pulak aq nak amik gambo drawing semua tu. Kang orang dalam opis tu kata aq ni jakun pulak, cam tak penah lak tengok drawing. Pernah tengok ok. Cuma dalam kertas A3 la, tak pun kertas A4. Memang kochik la nak tengok drawing dalam kertas A4. Biasa la, drawing untuk assignment je pom. Sehelai dua je pom kertas. Tapi feeling dapat drawing untuk BETUL-BETUL punye project memang la buat mendebarkan hati je. Ye la, nak kira element untuk satu building ni bukan boleh wat main – main. Lain la dengan assignment. Time buat assignment boleh la hentam salah sana salah sini, sebab kita dalam process blaja an. Sekarang nie dapat yang betul - betul. Bukan main - main dah. Fuhh.. tugasan yang agak berat, lebih berat daripada jumlah kesemua drawing A3 project tu.

1st bila dpat drawing tu, pastikan kena susun drawing tu pulak. Drawing Architect ngan Engineer tu pastikan stapler sekali. Drawing architect tu drawing bentuk bangunan tu la. Drawing engineer tu pulak drawing Structural tu, yang ada gambar – gambar section; foundation ke,   column, beam and so on. Then yang ada gambar road, electrical installation k pe semua tu, asing kan daripada drawing architect and engineer tadi. Sebabnya, drawing archi ngan eng tu untuk bagi kat QS untuk kira -  kira nak price kan setiap element. Drawing road ngan electrical tu pulak, opcoz la kerja kira – kira tu orang engineer yang buat.

Pukul 4.30 petang, kitorang buat meeting. Disebabkan project kitorang dapat ade 5 bangunan berlainan design; Rumah Kedai, Rumah Pengasuhan kanak –kanak, Surau, Dewan, Rumah tamu & pemilik lading, so, sengsorang kena dapat 1 drawing untuk mengira. Cam tu la.

Aq and 2 others kena kira building Rumah Kedai. Pergh… aq rasa macam tak teringat pulak camne nak kira. Nak – nak kitorang kena kira ikut cara senior QS company tu. Pikir pom dah gerun otak. Cemana ni, cemana ni. Apa apa pom, kitorang tak kira lagi. Sebab opis hour dah tamat dah. Pukul 5.30 petang dah pom. So, kitorang nk kira ni start hari Ahad la pulak.

Aq still poning agi ni, cemana nk kira building. So, aq berdebar nak tunggu hari besok. Haru ke tak hari besok aq nanti. Huhu aq rasa macam aq dah tak ingat cemana nak kira untuk semua element – element building yang selama 4 semester aq belaja. Haha nampak sangat study untuk exam je . alahai. =,=

Nie la tender yang kitorang dapat. Kena pulak photostat start Preliminaries sampai la before element Appendix. Bestfriend baik punyer hari tu dengan photostat :)

Meeting with QS, Engineer and Contractor. Tengok, meeting pom atas lantai je.Steady. Duduk bersimpuh dengan ayunya aq hari tu. haha

yang tengah wat 'DUCKface' tu la senior QS aq, En. Hisham. Entah nape dye wat muke camtu tak tau la. Nak jadi comel la kot. haha