Siapa sahaja yang berada di sisi kamu ketika kamu dalam
kesusahan? Welcome to the blog. Assalamualaikum. ●▽●
Alhamdulillah. Aku berjaya
melanjutkan pelajaran degree di Uitm Shah Alam. Banyak benda yg nak
disettlekan. Even sekarang pom aku masih ada banyak benda nak di settle kan.
Apa yg nak aku kisahkan disini ialah, bagaimana aku didalam kesusahan dan yang
mana aku sendirian tak berteman, sewaktu kesusahan tersebut.
Rasa nya semua pernah
mengalami keadaan macam “ time bersenang
lenang kawan bersama, time bersusah payah kawan ditinggalkan” ; dan yang
sama maksud dengan nya. YA! Aku
mengalami masalah tersebut. Aku tak tahu
salah siapa. Aku tak tahu mana silapnya. Alih- alih, bila aku dalam kesusahan,
aku tak tahu nak meminta bantuan drpd siapa. Dengan org yg aku kenal – tapi rapat, atau org yg aku kenal – tapi tak rapat mana.
Aku kalau boleh, bila
dalam kesusahan, org lain akan memikirkan apa yg sedang aku alami. Misalnya,
mereka dah tahu aku ada masalah tersebut, tapi mereka seakan – akan pikir “
masalah aku dah selesai. Kalau masalah ko tak settle lagi, settle la
sengsorang. Aku malas nk pikir” dan ketika itulah aku akan rasa down,
dan berkecil hati.
Aku tak mintak banyak
pom dalam hal persahabatan ni. Tapi kalau boleh, bila aku pernah tolong diorang
waktu diorang dlm kesusahan, pernah pikir dan ingatkan masalah diorang, bersama
–sama teman diorang selesaikan masalah tersebut, tak boleh ke diorang buat
perkara yang sama macam apa yg aku lakukan? Ini tidak. Asyik pikirkan “Hal aku kena settle dulu bagi selesai. Hal
dia biar dia je la buat sendiri”. SELFISH tau tak.
Aku pom jenis yang
macam – segan nak minta bantuan orang.
Sebab aku segan. Aku takut. Bila aku tarik someone untuk
sama-sama teman aku settle down the problem, nanti diorang letih sebab aku, diorang buang masa sebab aku, diorang rasa moody sebab aku. Aku tak nak macam tu. Aku
nak kalau boleh, nak tolong aku biar iklas. Biar ada rasa dlm hati tu “ aku
sendiri yang willingness nak tolong
dia.”
Tapi baru – baru ni,
aku dlm kesusahan. Mereka tahu aku ada masalah tersebut tetapi mereka tak cuba
nak bantu aku pom. Sebab nya “ masalah
aku dah selesai. Kalau masalah ko tak settle lagi, settle la sengsorang.”
Ibaratnya. Lalu terkapai – kapai la aku keseorangan. Salah aku ke, sebab tak
bagitahu diorang apa masalah aku? Salah aku ke, bila aku ada masalah tapi tak
ajak mereka tanggung bersama masalah aku?
Masalah bila diajak
ibarat membelanja-kawan-tengok-wayang, rasanya semua orang ada kawan setia
bersama macam tu. Engat definisi MASALAH
itu adalah keseronokan? Tidak. MASALAH itu adalah kesusahan. Siapa yang nak kan kesusahan tersebut sedangkan selama
ini kita cuma inginkan keseronokan?
Mungkin ada salah nya
di pihak aku. Tak cuba membuka pekung di dada, share the probs with friend.
Tapi yang salahnya di sisi kawan, cuba la fahami apa yang kawan sebelah alami.
Ingat balik apa kebaikan yg mereka lakukan dan cuba lakukan hal yang sama.
Jangan pula bila berseronok bersama, bila susah tinggalkan. Tak semua manusia
bertalam dua muka meminta bantuan dan menyusahkan orang lain. Bagaimana dengan
mereka yang ada rasa malu dan segan untuk menyusahkan org lain tetapi pada
waktu yg sama ingin terasa ada insan di sebelah untuk menangung beban yg di
alami?
KAWAN. Banyak ragam
nya.
Kawan yang bersama
ketika bergembira sahaja. Aku benci kawan yang macam tu. Bukan benci. Tapi
lebih kepada “ Kenapa tak nak bantu aku ketika aku dalam kesusahan?”
Korang tahu kan apa
perasaan yang ingin aku sampaikan? Macam tu la apa aku rasa sekarang ini. Dan
malam nya aku menangis.