Sunday 27 January 2013

●◌๋• Weekend. Weee~ \ (^,^) / #P2 ●◌๋

The end of weekend. But it's okay, besok kan still cuti. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●


25 Januari 2013

Semalam dah tido lewat malam sangat. Pergi makan kat uptown la katakan. Dalam pukul 3 pagi gak mata aq baru dapat lelap. Dah esokkannya, bangun solat subuh, then sambung tido balik. Aduh, mahal la rezeki aq pagi ni. Tapi dah layan ngantuk sangat, apa benda keje pom tak jadi. Sudahnya, tido sampai tak ingat dunia la gamak nya. Haha ( tapi tak ada la sampai lupa dunia. (-_-) ) Tepat jam pukul 12, kitorg yg duk serumah ni semua dah bersiap – siap nak kuar gi jengjalan. Cuma yg masalahnya tgh tunggu ‘Tuan Besar’ a.k.a BF member aq ni pick up kitorg kat rumah ni. Tunggu punye tunggu, adalah sampai citer Fear Factor kat tv pom dah habis siarannya, baru la Tuan Besar tu sampai. YES! Penantian berakhir!  Apa lagi, berlari kuar kitorg siap berebut nak masuk dalam keta dye. * ok, hiperbola excited nye *

Dalam perjalanan tu, sempat lagi aq take a nap. Itu yang tak ley blah. Ngantuk semalam tak habis lagi rupanya. Dua org member kiri kanan aq dah melilau mata tengok skyscraper kat area Kuala Lumpur tu. Aq yg duk tengah – tengah nak tengok pe benda...? Drama romantika kat depan mata aq ni la. Pegang tangan la, si Adam toleh ke kiri, si Hawa toleh ke kanan, then main jeling- jeling la. Arrghh.... Astarafirullah.... =,=’

 Then dalam masa mata aq t’tutup, aq rasa sekejap je masa berlalu. Bukak je mata, eh, dah sampai kat Sunway Pyramid dah. Hoho turun je dari keta, BF member aq ni pom blah. Kena berkejar nak solat Jumaat. Bagusla tu kan, lebih baik berkejar daripada tinggal solat Jumaat tu terus kan. Disebabkan kitorg kena tggu 2 lagi member yang akan join untuk enjoy nanti, kitorang lepak la kat foodcourt Aeon dalam Sunway tu. Sambil – sambil lepak, beli la makanan lunch terus. Kebuluq kot. Bangun pagi terus mandi then bersiap-siap nak kuar. Then duk je dalam keta dengan seribu bahasa selama dekat sejam. Uhh..memang berbunyi je perut ni keje. Bila dah masuk kat foodcourt, pergh.. pelbagai bau menusuk dalam hidung nih. Nak makan apa, nak makan apa niiii...??? Itu je yang bermain kat pikiran aq time jejak kaki dalam food court tu. Then.. click ! ...aaaaha’..! Sotong ! Arghh.. aq teringin nak makan sotong sesangat sangat sangat. So, aq decide nk beli lunch yang ade sotong. Mula –mula mata aq tengok menu ‘Nasi Lemak + sotong’ tau. Tapi bila aq toleh- toleh dalam kedai tu, macam tak de sotong je. Then aq pergi kat sebelah dye, kedai masakan kantonis gitu. ADE SOTONG! Nasi sambal sotong! Pe lagi, terus aq gi order. Harganya just RM 6.50 aje. Tunggu la dalam 5 minit, nampak chef duk kung-kang-kung-kang berperang dengan kuali, then, siap la nasi sambal sotong aq ni. Tadaaa~~

Sedap tak..? sedap tak..? hohoho punye la melimpah ruah kuah sotong ni. Yummy~

Bila dah member – member aq ade makanan depan mata diorg, sorg bace doa, yang lain tadah tangan. Ameen jer...terus sorang-sorang capai sudu garpu pastu dah masuk dalam dunia sendiri berchenta ngan lunch food tu. Hoho time nie 2 org member yg kitorg tunggu tu dah sampai la. Kitorg pom makan beramai- ramai. Meriah betol. Aq tak nak decribe lebih-lebih nasi sambal sotong ni, sebab aq yang tengah menaip ni jadi terliur + air liur meleleh + telan banyak- banyak air liur + perut berbunyi = lapar. Huiih... tulis mende ni pom dah mengidam bagai nak rak sotong nih. * hoo...janganla terpengaruh dengan bisikan syaitan yg direjam ni * sekarang dah malam. Taknak la makan memalam ni. Bila time malam- malam makan makanan berat, gamaknye penimbang berat pom boleh meletop! Tak tahan dengan berat badan aq yang naik mendadak. Hoho *aq tengah jaga body sekarang :p*  nak tau camne rasanye nasi sambal sotong ni, rajin- rajin la bawak keta ke bawak bus ke lori ke or bawak diri tu sendiri je ker ke Sunway Pyramid. Then turun escalator ke LG2, then cari foodcourt Aeon. Mata tu klu boley toleh terus kat kedai Masakan  Kantonis, then order la Nasi sambal sotong ni. Hoho senang je kan...?? kekeke

Lepas makan, lepak- lepak, pergi la solat. Aish.. takkan seronok sangat dapat makan terus lupe solat? Jangan la jadi camtu tau. Engat – engat la sikit solat itu adalah tiang agama. Lepas solat, kitorg pom bincang- bincang, nak buat apa la dalam Sunway kan. Lastly, kitorg decide nak main....... ICE SKATING .....! yeah~1st time aq nak main mende alah ni tau. Tapi before that, kitorg pergi main lobby Sunway. Kat situ ade la macam exhibition kapal. Apa function dye pom aq taktau lak pulak kan. Yg penting,  kitorg had fun.

Treasure hunt...lah sangat. hihi

Magic sand in the bottle. pheww pheww

nie captain yg akan drive kapal ni sampai sesat kat tengah- tengah laut. Anda berani? Sila la naik. Hagaga

Jalan punya la jalan around Sunway ni, tengok jam dah pukul 4 ! Omagad ! Pukul 4 dah. Cepat nye masa berlalu. ICE SKATING!  Kitorg pom apa lagi, tak sampai lagi tempat skating, kitorang dah pom berlari sambil berskating kat tengah – tengah Sunway tu * ok. Tolong jangan percaya * Hari ni hari jumaat. So tempat skating ni x de la yang ramai sangat masuk. Eii..EXCITED nyerr~~~ >_< *macam jakun kan..? maaf la, saje je ni nak ter-overreact macam tak penah pergi ice skating * The picture below will speaks louder than words. :)

Pandangan atas tempat ice skating. tapi spoil gambar sebab ade mamat kat situ. :(


my glove. Dramatic blue~

Whooaaa~ my feet skating on ice. *bling bling*

The members are resting. Letih nyo...~ 

Mula –mula masa masuk kat ice ni, errhhh.. nak jatuh! Egtkan main kat ice ni macam main roller blade tau. Rupanya beza ye main skating atas ais dengan main roller blade atas jalan tar.  Sekali.. urghhh.. kalau dah hilang imbangan, rase nak jatuh, memang macam hampir nak hilang 10 tahun hidup tau! Bukan macam, tapi MEMANG hilang 10 tahun hidup tu! Dah la lantai ice ni basah. Eieuww, taknak la basahkan baju. 

As a beginner nak main skating ni kan, haruslah aq main kat tepi- tepi penghadang tu je. Nak main tengah- tengah, memang tempah maut la berdiri kaku je kat tengah- tengah tu. Even duk hampir dengan board penghadang pom rase cam dah aci nak kena cedera ngan player- player yang dah professional kat tengah- tengah ice tuh. Member aq sowang ni lagi best. Sedang dye terkial- kial nak jalan atas ice, tetiba datang mamat ni kat sebelah dye tanya ‘ You okay tak ni?’ Member ‘Ah? Okay jer.’ Mamat tu ‘Kasut tu ketat tak pakai?’ Member ‘Ketat la. Kot.’ Mamat tu pom angkat seluar member biar nmpak tali kasut tu. Then ‘You ikat tali kasut tak ketat. Jom keluar. Saya tolong betulkan’. Then kitorang yang ade kat sekitar- sekitar dye tengok je mamat tu pimpin tangan dye ke arah pintu kuar. Menganga mulut sampai jatuh rahang kitorg semua tau. Then mamat tu dengan gentleman nye tolong betulkan ikatan kasut member, then bual- bual bagai. Hati memang tersentap jeles nih! 

Tapi, aq tak berapa nak heran sangat dengan mamat tu. Bukan nak kata muka tak hemsem. Mamat tu muka memang la klu kira  dalam kategori ‘ not bad’ la. Tapi entahlah. Bagi aq mende yang paling interesting di mata aq adalah ice kat bawah kaki aq ni. Macamana nak handle body balance ni. So aq tak amik kesah dengan cerita-cereka-drama yang member aq tu wat dengan mamat tu. Aq terus je berjalan dengan tangan berpaut kat board penghadang kemas- kemas, ketat- ketat. Tak berani nak lepas pom wei. Bila nak jatuh je asyik menjerit. Nak jatuh je menjerit . Itu aq la tu. hehehe Sikit – sikit nak menjerit. Suara menjerit dah la tak sodap didengar. Boleh sakit telinga orang adalah. Tapi time tu aq memang tak pikir banyak sal perasaan orang lain. Yang penting, aq menjerit sebab nak jatuh @ lantai licin sangat so tak berani nak gerak. 

Banyak dugaan weh sepanjang aq nak ber’skating’ la konon menuju ke jalan keluar. Habis je ½ round daripada tempat ice tu, terus aq angkat kaki aq keluar dari tempat musibah tu. Jalan la terkedek- kedek menuju ke tempat duduk. Sakit kaki weh. Then sedang aq duk relaks- relaks sambil tengok kaki player yg memang dah pro gegiler main tu dengan dalam fikiran bermain dengan soklan ‘ camne dye boley skating dengan smooth gitu huh..?’ , tetiba mata aq terancap pada member aq yang penah mamat tolong betulkan tali kasut dye. Weh. Setahu aq member aq tu pom 1st gak main ice skating. Kira sama level la ngan aq kan; budak beginner. Tapi cara member aq tu main skating, kira macam.. dah improve la ckit. Gaya ala-ala orang dah berpractise main mende ni dah 3-4 kali. Langsung dye tak pegang board penghadang just like what i did. Time tu aq rase. ‘Omagad, how she’s do that fastly?’ 

Sedang aq tengah berperang dengan soklan tu, tetiba member aq sorg lagi datang. Kira nak take a rest cam aq la gak an. Then aq tnye dye ‘ weh, apsal shiera boley pandai main skating ni plak?’ Member ‘ Dah ade international player ajar dye main’ Oh.. interna.... what..? Sejak bile member aq sorang ni ade kawan yg pro-gilew main skating ni. Dengan wat muka cuak dan muka sedang confuse + inginkan kepastian, member aq sebelah ni bercerita la kat aq, mamat yang tolong member aq ikat tali kasut tu atceli budak international player. Wakil Malaysia pertandingan apa entah. Lepas dye ikat tali kasut member aq tu, alang- alang tu ajar la member aq camne nak balance body main skating ni. Aq yang dengar ni macam... 'eii...bertuahnye shiera!!! Ade jugak mamat nak tolong dye ajar main mende alah-yang-memang- payah-giler- bagi- aq.’ Tapi sekali lagi aq tak heran, bila member aq yang bercerita di sebelah menyambung ceritanya ‘Mamat tu muda 3 tahun dari kite la’. Oh.. oryte. Budak muda rupanya. hoho HOWEVER! Aq tetap jeles ngan shiera. Dye dah pandai main skating ni. Bukan dye je aq jeles, dengan bebudak yang laju giler je skating kat ice ni lagi la bertriple triple jeles ngan diorg. Eii..jeles nye tengok diorang – diorang yang dah pro giler skating ni. Jeles jeles jeles. *nampak tak perulangan ayat akibat rasa ‘JELES’ di situ * Ni yang kena practise main skating hari – hari ni. Tapi kat Perak ade ker ice skating ni..? hahaha Memang tak de la kan. Only available at Sunway Pyramid in Malaysia boleh. Takkan aq asyik nak turun KL semata- mata nak gi Sunway Pyramid main mende alah ni aje. Memang TAK la kan. Tak pe, tak mati pom kalu tak pro main ice skating nih. Umphh... >.< * padahal dalam hati memberontak nak pro macam player –player international skating ni. Muahahhaha * aq pom kejap main, kejap rehat, main balik, then rehat, pastu..dah! terus tangan ni kuarkan tepon then amik gambar. Hahaha


Rupa budak dah main ice skating.(Bukan rupa sebenar) hehe


Bagi sesiapa yang memang berminat nak main ice skating, sila lah datang ke Pyramid Ice, Sunway Pyramid. Bayaran..? Tak tau ke? Cian nye.. Ce google. hoho Dah..dah. Tak payah nak susah- susah bukak tab baru semata-mata nak tau bayaran nya. Tengok bawah. Aq dah sediakan la.

Done :)


Almost pukul 7 petang jugak la,kitorg pom kuar dari tmpat ber-ice tu. Nak teman member kitorg solat asar pulak. Kitorang yang bermusafir tak pe la dah solat jamak time zohor tadi. Kekeke
Sedang tggu member ni abih solat, aq ngan sorang member ni pergi la kedai Popular, searas dengan musalla la. Aq pom pergi la usha- usha novel BM, novel BI, kamus korea la bagai, mane tau kot- kot nanti dapat baucer buku RM250 tu, boley borong buku-buku yang bak survey ni sekarang. Hahahaha lepas habis je sesi usha –mengusha, aq nak cari buku komik. Tapi x de la plak. Hancusss hati ku. Pastu aq ternampak bahagian CD. Pe lagi, ljuuu je aq jalan ke arah sana. Then, kaki aq terhenti di satu rak kat bahagian CD ni. Rak ‘Korea / Japan song’. Apa lagi, terus mata aq bulat bersinar-sinar, dengan spek-spek ni bersinar terang benderang tang tang tengok CD/DVD korea ni. Punye la pilih pilih pilih, lastly aq beli jugak DVD ni.



Tadaaa..~ konsert ni aq belum tengok lagi. Sebab tu la aq beli.. yeeaahaa~!! ^o^


Hepi sangat la katakan dapat beli DVD konsert ni, apalagi, lepas sampai je rumah, cepat –cepat salin baju tido cuci muka selesaikan solat, terus ngadap tv tengok konsert ni. Hahahahahhaa bahagia..bahagia.... ^_^

Dah. Takat ni je kot adventure weekend aq. Adventure ke..? -_-‘


Oh ya. Selamat menyambut hari Maulidur Rasul dan untuk hari ini, 27 Jan 2013, selamat menyambut hari Thaipusam kepada mereka yg menyambutnya. huhu


p/s : Countdown for Chinese New Year. Bukan nak meraya bersama, tapi countdown nak balik kg. wee~ 





Saturday 26 January 2013

●◌๋• Weekend. Weee~ \ (^,^) / ●◌๋


Nice Weekend. Welcome to the blog. Assalamualaikum. ●▽●

24 Januari 2013

Hari ni Maulidur Rasul. So, kira cuti la. YES! YES! YES! Sapa tak suke cuti ryte. Tak payah pergi kelas, tak payah mandi awal-awal pagi, tak payah rajin sgt nk iron bju kurung + tudung. Seronok nye.. dan seronok nye lagiiii la ber-double triple bila cuti selama 5 hari ni, aq akan  have an enjoyable weekend at KL! With my classmate. Weee~ seronok seronok seronok.

Meh aq cerita ckit pe yg t’jadi otw nak gi KL ni. [ Nak tau cerita apa, baca. Kalu tanak baca, dah. Tutup blog ni terus. Haha ] Dah dah. Meh focus ngan cerita aq ni. Gini la ceritanya. Aq ngan 3 member lagi ni beli tiket bus PLUSLINER, kol 8.45 pgi, single seat, bahagian blakanggg sekali, bus single-deck. Then, on the day kitorg nak naik bus gi KL, kitorg tggu la bus single-deck tu. Mmg time tu kat bus stop ramai sgt bebudak Universiti ni tggu bus balik KL. Cuti la katakan. Pastu dlm jam 9.15 pagi, bus PLUSLINEAR warna hijau double decker sampai. Kitorg cam..okay..ni bukan bus kita. Tggu la nnti single deck msti sampai. Bus double decker ni x best, sempit weh, tak suke kot naik bus ni,itu, ini, and bla bla bla. Kitorg kat situ tengok je bebudak ni letak beg dlm bus, beratur panjang di depan driver utk check tiket bus. Kitorg punye la tggu, tggu dan tggu, tgok jam dah nk hampir kol 9.25 pgi. Takkan bus plusliner boley lambat-lambat lak. So, member aq decide nk gi tnye pakcik driver. Bila tunjuk tiket bus tu, sekali pakcik driver tu gi koyak bhagian tepi tiket, sambil angguk-angguk. Which is means yg bus Double decker tu, mmg bus kitorg nk pergi KL! Aiiyoo…. Apalah…tgok! Menci menci pom, bus tu jgak la yg jdi pngangkutan ke KL haa..hambik ko. Padan muka! So,nak tak nak, benda dah bayar kan,dan kitorg as the last person yg naik bus tu, cepat2 amik beg kitorg trus masuk dlm perut bus. Naik tgkat atas sbb.. ye lah. Dah tmpt duduk bawah dah penuh ann. Bila naik atas, huh. Sama keadaan je ngan bawah. Kitorg time tu mmg blurr sesangat. It just 4 of us yg duk berdiri kat tengah bus tu dengan mata melilau tgok kiri kanan depan blakang cari tmpt duduk. Aq la kan kena cari tmpt duduk kosong coz aq yg berada di hadapan among us ni.mata aq ni just dapat detect ade tmpt duduk kosong sebelah lelaki bhgian hadapan seat ke-3. Tapi tu la. 1 je tmpt kosong. Then 3 org lagi nk campak kat ne..?

Then kitorg mengadu la ngan driver bus, tmpt duduk tak cukup. Kalu tak cukup seat nak wat camne..? Giler ko nk berdiri kat tgh bus selama 2-3 jam before sampai KL..? Uhhh.. hotak ko. Berdiri dlm bus dari universiti aq ke bndar universiti yg amik masa 45 minit pom dah mulut menyumpah seranah, hati bengkak mengesot berdarah, badan lesu berpeluh sakit otot. Inikan pula naik bus yg perjalanan 2-3 jam. Huh, boley tahan tebal gak notebook org yg duk bahu sebelah kiri ni catat kelakuan-yg-berlaku tidak senonoh itu. Then akhirat kena la tanggung sdn bhd. Urgh.. tak nak la. Aq nk jadi budak baik kot! J Pastu pakcik driver tu kata ade 2 seat sebelah driver yg kosong. Ok. Fine. Atleast ade 2 seat kosong sebelah driver, 1 seat kosong kat tgkat atas sebelah budak lelaki tu tapi sowang lagi..? Nak campak dye duk mana..? Atas tangga..? Ohh giler ahh bohhhh klu gitu. Bayar sama mahal sama level sama standard, tapi org lain boley duk atas kusi kite duduk ats tangga. Ini tidak adil! Benggang la kejap ann, apsl lak boley x cukup seat nih..! Then pakcik driver pom dah x tahan ngan ke-benggang-an kitorg, berhenti la bus kat tpi jalan kejap. Tolong kitorg cari seat utk sowg lagi. Aq ngan member sowg agi dah al-selamat duk seat sblah driver tu. Sowg lagi opcoz la duk kat sebelah lelaki tu kan. Then aq ngan member sebelah perasan la pakcik tu dah trun b’jln ke arah tmpt driver, tapi yg t’peranjatnya, member aq sowg agi ade je kat belakang pakcik tu. Rupa-rupanya, tgok punye tgok, pakcik tu pom x dpt cari seat utk sowg ni. Alahai, nk dipendekkan cerita dan pendekkan tempoh p’jlanan ke KL, seat 2 org kat sebelah driver ni terpaksalah jadi 2 seat utk 3 org duduk. Berhimpit la kite 3 org kat seat tu. Nak-nak bila kusi dah tolak ke tepi, aq yg duk kat tgh ni t’paksa la merasa lubang kat tgh kusi ni. Nasib la selesa tak selesa. Nak sampai kat KL, tahan je lah. Tapi still bebel bebel tak puas hati. Bebel dalam hati je la. Konon cool. Kena nmpak steady di luaran. Kalau dalaman, mcam hampeh! Haha x de la. Pakcik tu dah tua. X kan nak marah-marah dye. Klu marah org tua, buat apa pergi sekolah blaja sivik ye tak..? kan..kann... plus plus plus, pakcik tu x de la b’salah mana pom. Mgkin kesalahan system teknikal. Maafkan je la.

Sedang kitorg duk sesaja atas seat tu, pakcik driver tu mintak tolong ngan kitorg suh kira balik tiket bus ade brapa puluh. Kitorg ni dengan seikhlas hati tolg kira. Kira punye kira, ade 71. Pakcik tu pom mula busy ngan tepon pergi mengadu kat pejabat bus plusliner. Habis tu, *sekali lagi* dye suh kitorg kira balik tiket tu. Tapi kali ni, asingkan jadi 10 tiket then lipat, kumpul balik 10 tiket then lipat. Kitorg pom wat la camtu. Lepas habis buat, pakcik tu kembali sibuk ngan tepon dye. Pastu, dye pass balik tiket yg kitorg asing tdi kat kitorg. *sekali lagi* Kali ni suh kitorg check, tarikh ngan masa kat tiket bus tu btol ke tidak. Time tu hati aq rase cam b’kobar-kobar, apakah yg menyebabkan tak cukup 1 seat smpaikan kitorg kena share kusi. Aq ni pom berdoa la dalam hati, kan bagus klu aq jumpe punca permasalahan ni. Boleh jadi hero ckit. Hehe Then punye la perhatikan masa ngan tarikh kat tiket tu, then tiket lassssttt sekali yg aq pegang;

24 – February – 2013
Masa : 8.45 pagi.

24...FEBRUARY...? HAAAA...itu la punca permasalahannya. Tiket tarikh 24 february. Hari ni baru 24 January kot! Eh, tuan punye tiket tu dtg dri planet mana awal sebulan dari Malaysia nih..? Pelik tui la... Aq pulak ngan bangga nya serahkan tiket yg bnyak bwak masalah kat kitorg kpd pakcik driver. Haaa..sekali lagi. Dye busykan diri dye dgn tepon lagi. Kitorg ni, apa boleh wat kan. Even dpt tau punca masalah dye, egt dpt jumpe owner tiket 24-february tu then kick her/him out of bus..? Tak de dear.. tak de maknanya nk wat cegitu. Pakcik tu dgn rendah hatinya mintak maaf ngan kitorg sbb dye careless x tgok btol2 tarikh tiket bus tu. Kitorg ni cam, no hal la pakcik. Small matter. Lagipom budak 3 org yang duk share seat ni kecik-kecik kurus-kurus je orgnye. Itulah ceritanya, dalam masa 3 jam dalm bus tu duduk la berkepit 3 org share seat utk 2 org punyer. Pakcik tu siap bagi warning, kalu nmpk org JPJ, pergi la sowg menyorok kat mana-mana celah yg boleh menyorok. Dah satu kerja nak kena wat. Alhamdulillah la, spjg pjalanan tu x de pepe hal. Even org JPJ tu pom x nmpk kelibat dye. Phew phew...

Dah smpai dlm tgah hari camtu, kitorg stay la dlm KL central. Menunggu ketibaan pakwe member aq ni dtg pick up kitorg. Sambil - sambil tggu tu, aq call la abah aq, inform la kat dye aq dah sampai. Dah la semalam lupa nk call abah, bgitau aq naik bus gi KL pagi ni. Banggang kan aq ni. Boleh plak lupa nak inform parents aq gi mana-mana. Tapi style aq nak gi tmpat mana-mana yg jauh je la kena inform kat parents. Kalu takat berjalan dalm negeri tempat-menuntut-ilmu, tak payah la nak bagitau kat parents sgt. Tak usah la jdi anak manja beb.! Ha..lepas dah inform bapak aq yg aq dah - selamat - sampai kat KL ni. Tggu je la bf member aq ni datang kan. Tggu punye tggu, smpai la jgk. Ngan keta Civic 3.0 kot.Hoho Haa..ni 1st time aq tgok pakwe member aq ni. Not bad. Boleh tahan ‘ade muka’ la jgk, eventhough tak de la hensem sgt. Kemaen member aq ni dulu kata pakwe aq ni tak ensem mane dlm nada yg memang....macam x ensem sgt lah. Haish..kot kot member aq ni nak merendah diri ke apa x tau la tu kan.

Masuk je dlm keta, bf member aq ni ajk gi makan. Makan ikan bakar. Best la jgk, biarpun aq tak bape nk minat ikan. Takut tercekit tulang. Haha Fobia kot klu tercekit tulang. Kalau la aq tercekit tulang kat restoran, mau jadi drama-drama overreact kat situ. Hoho Kalah citer Cekerama kat TV3 nnti, silap hari bulan siap menang Anugerah Pelakon Terbaik, Drama Terbaik dan apa-apa yang terbaik lah. Haha ok. tak berdrama pom dah nampak yang aq ni memang overreact (=,=')..  * continue * Pastu..? haaa..dukkk je la dlm keta tu, sampaila tiba kat Jalan Masjid India. *Sape penah pergi situ..? Angkat tangan even aq tak akan pernah nampak pom* Then, aq ade borong beg. Rm2000. Fuyoo..phuulamak. Kat sane ade ker org lelong jual mende sampai harga melambung camtu sekali..? then satu hal lagi, korg percaya ker aq ade beli beg harga bapak mahal camtu..? Silakan percaya, kalau anda nk dilabel sebagai orang-yg-mudah-kena-tipu. Kekeke

Lepas tu barulah bf member aq ni anta kitorg balik umah dlm kol 7petang gak la. Nak kejar solat jamak zohor-asar lagi. Dah la ujan lebat turun mencurah-curah ke muka bumi. Memang basah tudung, bju , seluar. Teruk kan, nk dekat - dekat maghrib baru nak solat..? Kepada pmbaca, don't try this at anywhere.  Lagi afdhal solat kalu solat di awal waktu after azan. Yg tdi tu sbb darurat. Engat boleh smpai umah kol 6 ptg. Sbb tu time zohor tu tak trus solat.  Sekali dah tersepit ngan jam KL, kol 7 petang gak smpai umah. Hehe
Malam tu, letih punye pasal, tgok tv pom sambil baring, sedang duk tgok citer Superbaby Genius, aq t’tido weh. Almost midnyte camtu, member aq gerak  aq bgun dri tido. Katanya nak gi mkan malam. Aq ngan mamai mamai, bgun tido, basuh muka, capai sweater. Ikut diorg-diorg yg lain kuar rumah, sarung selipar, jalan trun tgga sampai masuk keta bf member aq tu. Itu pom aq still lagi rase cam ngantok-ngantok tau.  Lamaaaaaa ckit p’jlnan duk dlm keta tu, smpaila kitorg kat Uptown Kota Damansara *anybody had been there..?* aq order char kuey teow. Korang terliur tak..? haha tapi, seyes aq bagitau ni, char kuey teow tu, TAK best weh. Tawar je rasa. Urgh... kedai mana ntah aq tak pasti. Nak nak malam-malam dan mamai-mamai kan time tu. Mane nak cam barang kat sekeliling. Pastu ade pulak drama telemovie 'Si Lipas - Berjalan - Bersiar-siar - Dekat - Tiang - Payung - Besar' kat meja makan kitorg. Perghhh.. Aq ni dah la harap maklum geli gilewww ngan mamat lipas cegini. Puiih. Hilang selera doo.. *tapi licin gak pinggan char kuey teow aq. Keke *  Kalu dah perut dah berisi, apa lagi, panggil - waiter - bayar - blah! Then, kakak member ade pulak gi beli kucing Tom yg boleh bercakap ni. Huhu comel jer. Besar. RM20 je pom. hoho

Oryte. Ni 1st entry bercerita - kisah - entah - pepe bagai nak rak . Pergi KL je pom kan..? Orang lain x heran mane pom beb. Tapi kalu dah desperate sangat nak publish entry tu, cerita Terputus - Selipar - Jepun - Dalam - Jamban pom boley jadi isu. kan..kann....?? Gaya kat ayat atas macam ade sambungan, kan...? Woi..memang ade pom.. Haha cuti 5 hari tak kan cerita sal kena share seat dalam bus kot..? haaaa.. nak tau kena tunggu la. yeap. ! 

(\_/)
(o.o)
(___)0  - macam Rabbit. Ke memang rabbit..? hohoho 

Saturday 12 January 2013

Infinite H - Special Girl~ ♬♪

Mari berceloteh pasal lagu pulak. Welcome to the blog. Assalamualaikum. ●▽●

haa...Aq baru jer dapat tau yg....semalam, INFINITE H dah kuar lagu baru...yaaiikkkkss~ excited excited excited!



Speacial Girl, by Infinite H. Kyaaa~ my Howonnie *peminat Hoya~ ♥ *...akhirnya release jugak lagu duo ngan Dongwoo. hahaha before ni tengok leader Infinite, Sungkyu je kuar MV baru ann.. haa.. tengok. adek-adek dia pom dah kuar lgu baru jugak. Aq dah nengok MV ni. AWESOME! tapi the girl dalam MV tu.. aishhh =,='

Nak tgok MV ni? Nak ? Tak nak? Nak? kalau nak, kena bukak youtube lah kan. haha Aq disini hanya mampu memaparkan lyric lagu ni aje. TAK mengapa! kwenchana! Asal layannn~  @>.<@


Infinite H - Special Girl. [Han / Rom / Eng sub]


Hangul / Romanization

[Hoya] [ 호야 ]

아무도 눈치  채게끔
Amudo nunchi mot chaegekkeum

너를 훔쳐 보는   버릇이 되었고
Neoreul humchyeo boneun ge nae beoreusi doeeotgo

가끔 너와 눈이 마주칠 때면
Gakkeum neowa nuni majuchil ttaemyeon

아무렇지 않은 연길 하는 배우가 되었어
Amureochi anheun yeongil haneun baeuga doeeosseo

Action, 대뜸 너에게 가서
Action, daetteum neoege gaseo

말을 건내는 상상도 여러  해봐
Mareul geonnaeneun sangsangdo yeoreo beon haebwa

근데    너가  앞에만
Geunde wae nan neul neoga nae apeman

오면 얼어 버리는 걸까?
Omyeon eoreo beorineun geolkka?


I don't know why, girl
  헤어스타일도
O nae heeoseutaildo

다른 남자들보다 괜찮고
Dareun namjadeulboda gwaenchanko

어제 새로  셔츠 색상도
Eoje saero san syeocheu saeksangdo

푸른 하늘과 완벽한 데칼코마니
Pureun haneulgwa wanbyeokhan dekalkomani

오늘은  자존심을 꺾고
Oneureun nae jajonsimeul kkeokkgo

너에게 고백하고
Neoege gobaekhago

싶지만 쉽지 않지  그저 멍하니
Sipjiman swipji anchi nan geujeo meonghani

다른 곳을 바라봐
Dareun goseul barabwa

[Bumkey]

Beautiful Girl  곁에서
Beautiful girl nae gyeoteseo

웃고 있는 니가 너무 좋아
Utgo inneun niga neomu joha

눈이 부신 
Nuni busin geol

아름다운 
Areumdaun neol

훔칠  있게 너를 원해
Humchil su itge neoreul wonhae

Coz you are my

[All]

(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl

[Dongwoo] [ 동우 ]

너를   있는 찬스월화수목금
Neoreul bol su inneun chanseu, wolhwasumokgeum

내가 원하는 거는 주말이라는 보너스
Naega wonhaneun geoneun jumariraneun boneoseu

나를 만나러 오는 너를  수만 있다면
Nareul mannareo oneun neoreul bol suman itdamyeon

 모든걸  줄게  대가가 뭐든
Nae modeungeol da julge geu daegaga mwodeun

그러기 위해선 너에게 어필
Geureogi wihaeseon neoege eopil

  있는 나만의 매력이 필요해
Hal su inneun namanui maeryeogi pillyohae

왜냐면 너의 곁엔  
Waenyamyeon neoui gyeoten neul

남자들이 줄을 서있고
namjadeuri jureul seoitgo

I gotta K.O him

Baby 내게 기대 편하게
Baby naege gidae pyeonhage

움직이지 않을게 만약 너가   안에
Umjigiji anheulge manyak neoga nae pum ane

안겨 준다면 I will give you everything
Angyeo jundamyeon i will give you everything

오직 너만을 위해 시간을 비울꺼야 매일
Ojik neomaneul wihae siganeul biulkkeoya maeil

이라고 고백하고 
Irago gobaekhago pa

허나 현실은  마음과  다를까
Heona hyeonsireun nae maeumgwa wae dareulkka

You don't even know my name 오늘도  너의
You don’t even know my name oneuldo nan neoui

옆을 그냥 지나쳐 조용하게
Yeopeul geunyang jinachyeo joyonghage

[Bumkey]

Beautiful Girl  곁에서
Beautiful girl nae gyeoteseo

웃고 있는 니가 너무 좋아
Utgo inneun niga neomu joha

눈이 부신 
Nuni busin geol

아름다운 
Areumdaun neol

훔칠  있게 너를 원해
Humchil su itge neoreul wonhae

Coz you are my

[All]

(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl

[Hoya] [ 호야 ]

봄과 여름 가을과
Bomgwa yeoreum gaeulgwa

 겨울   없이  너무나 
Gyeoul hal geot eobsi neon neomuna

아름다워
Areumdawo

[Dongwoo] [ 동우 ]

 처음  뒤로는 눈을 감고 있어도
Neol cheoeum bon dwironeun nuneul gamgo isseodo 

 계속 너의 실루엣이 아른거려
Gyesok neoui silluesi areungeoryeo

[Hoya] [ 호야 ]

Yeah, So sweet, So sexy, hey
아무것도 손에  잡혀  때문에
Amugeotdo sone an japhyeo neo ttaemune

 All day, All night long
Nan all day, all night long

[Dongwoo] [ 동우 ]

Yeah, So sweet, So sexy, hey
아무것도 손에  잡혀  때문에
Amugeotdo sone an japhyeo neo ttaemune

 All day, All night long
Nan all day, all night long

[Bumkey]

Beautiful Girl  곁에서
Beautiful girl nae gyeoteseo

웃고 있는 니가 너무 좋아
Utgo inneun niga neomu joha

눈이 부신 
Nuni busin geol

아름다운 
Areumdaun neol

훔칠  있게 너를 원해
Humchil su itge neoreul wonhae

Coz you are my

[All]

(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl



English Translation

HOYA
Glimpsing at you without anyone noticing it became my habit
And sometimes, when our eyes meet
I become an actor acting as if it was nothing
Action, I often think about going to you and starting a conversation
But why do I always freeze when you just come in front of me?

I don’t know why girl
Oh my hairstyle is a bit better than the other men
The color of the brand new shirt I bought yesterday is a perfect decalcomanie of the blue sky
Today I want to hold back my pride and confess to you but
But it’s not that easy
I’m just staring blankly somewhere else

BUMKEY
Beautiful girl
I really like you smiling by my side
You’re sparkling
To be able steal the beautiful you
I want you
Cause you are my

ALL
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl

DONGWOO
A chance to see you
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
The thing I want is the bonus that is the weekend
If I could just see you coming to see me
I would give my everything
Whatever the price is
To do so, I need my unique charm that can appeal to you
Because the men are always lining up in front of you
I gotta K.O him

Baby lean on me comfortably
I won’t move
If you just come into my arms
I will give you everything
Just for you, I will make time
I want to confess to you and say that it’s daily
But why is the reality different from my feelings?
You don’t even know my name
I walk by you silently again today

BUMKEY
Beautiful girl
I really like you smiling by my side
You’re sparkling
To be able steal the beautiful you
I want you
Cause you are my

ALL
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl

HOYA
Spring and summer, fall and winter
Regardless of those, you’re so beautiful

DONGWOO
After seeing you for the first time, even when closing my eyes,
 I see your silhouette

HOYA
Yeah so sweet so sexy hey
Nothing comes in my reach because of you
I, all day all night long

DONGWOO
Yeah so sweet so sexy hey
Nothing comes in my reach because of you
I, all day all night long

BUMKEY
Beautiful girl
I really like you smiling by my side
You’re sparkling
To be able steal the beautiful you
I want you
Cause you are my

ALL
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl
(ooh) Special, (ooh) special
(ooh) Special, special, special girl



Credit to : kpoplyrics.





This is how the MV's look like :)


ohh...Hoya.. cute >_< *aishh.. that girl! don't stare my oppa like that lol! *

omo omo omo.. Howon = cute + handsome + charisma. Omagad! Does Hoya looks like Yunho oppa..?

|
|
|
|


 Well, the hairs style just look the same. haha

But both are my bias.
They can be....Hyung - dongsaeng maybe. ◕ ‿ ◕