Thursday 28 March 2013

Final Exam - 1st round-


Ohhhh… Dah 3 hari tak bukak laptop. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Final. Final. Final. Memang tersangat busy la aq minggu nie. Semua gara – gara ‘Final Exam’. Jenuh weh nak jawab soklan exam. Dah la tu, UiTM tak bagi can untuk aq study lama – lama. Bayangkan la, selama ni before masuk Final Exam, ade la jugak bagi seminggu untuk study revision bagai. Tapi untuk sem ni, diorg bagi 4 hari JERRRR~ !! Besok nye dah masuk paper exam. Dah tu pulak, esokkan hari nyer, ade lagi EXAM! Adoiiii…..

1st paper, aq amik semalam la ni, exam Entrepreneurship aka ETR300. Jenuh betul aq membaca menghafal wat latihan bagai. Siap percaya bOlat – bOlat lagi tu soklan spot yang dapat! Sekali bila bukak paper ENT kat dewan semalam, pergghhh!!! Gile ko. Terkezut aq nengok soklan dye. Laen bebenOr soklan sem ni dengan sem – sem lepas. Dengan tekun aq menjawab. Lantak ko la betol ke tidak point yg aq bagi tu. Yang aq tau, aq jawab semuuuuuuuuuuuuuuuuua soklan dalam paper tuh. Hahaha Punya la exam habis kol 5.15 ptg tapi aq dah siap jawab dalam pukul 4.30 ptg cegitu. Bila dah ade kelapangan masa, terasa gak nak kuar dari dewan yang menyemak semalam. Tapi, bila aq pikir – pikir balik tentang kengkawan aq yg still struggle dok jawab exam, aq tunggu la diorg kan. Namun, laen yg aq pikir, laeennn lak jadinya… !! Bila pengawas peperiksaan announce yg kitorg dah tak leh kuar dari dewan, aq cuba la toleh – toleh mereka yang ade kat depan sebaris ngan aq ni . Ye lah, aq kan duk kat belakaaaaaaaaaang sekali. Sekali (lagi) , aq nengok banyak je kusi kosong kat barisan aq. Rupa – rupanya, mereka dah chow awal- awal lagi dari dewan bedebah tu. Adoii.. hangin aq, tinggalkan aq sendiri tanpa geng dalam dewan. Sedih tau tak SEDIH !! Perut dah la berkeroncong, kepala pom pusinggg ajep. Sedor tak sedor, dah pukul 5.15 ptg. The end of ENT300. Hahaha tamat jua penderitaan… Kuar je dari dewan, mula la dengar gossip – gossip yang bebudak ni tak  leh jawab soklan la pe la (mengadu naseb la tu) . Aq yang mendengar ni, kira bersyukur la gak.. sebab… boleh jawab la jugak drpd diorang- diorang yang ‘konon’ mengadu tak leh jawab. Entah la. Bismillahi tawakkal tuallah. Itu je yg aq mampu.



* Ahh… Paper ENT dah lepas. Hapa…korang engat lepas exam tu aq boleh rehat – rehat tengok movie tido –tido..??? tidak okey TIDAK!! Aq sekali lagi kena struggle kan diri membaca menghafal buat latihan (sekali lagi) dalam masa SATU MALAM sahaja duk wat revision pasal esok ( which is mean HARI INI ) aq kena berdepan dengan paper CONSTRUCTION ECONOMY!! Ahhhh~~~~ ( meroyan) *

2nd paper. Ye. Paper tu aq baruuuuuu je lepas jawab tadi. Thanks to Allah, kerana permudahkan urusan aq. Even though aq rasa cam pasti tak pasti dengan jawapan aq tadi, tapi rasa secure la jugakkan dapat jawab kesemuuuuuua soklan exam tadi. MUAHAHAHAHA (gelak psyco) Melalui deria- deria telinga aq mendengar keluh – kesah bebudak ni mengadu tak ley buat la, tinggal soklan itu tinggal soklan ni, dalam hati aq berkata
‘Alhamdulillah Ya Allah, hanya Kau yang mempermudahkan urusan-ku. Terima kasih Ya Allah’.
Sebab? Sebab dengan nikmat dye la, aq dapat menjawab soklan- soklan exam tadi, even though study semalaman je (tapi tak de la ‘semalaman’ sangat). Dengan anugerah berfikir dari-Nya la, aq dapat berfikir logic – logic yang aq rasa sangat la logic jawapan untuk soklan paper tadi dan semalam. The end.

" Engat. Hidup di dunia ni jangan nak bermegah- megah sangat andai diri ni rasa cam ‘terlebih pandai’ or terasa ‘HEBAT’ dapat jawab exam sedangkan orang lain macam kureng boleh jawab. Sentiasa la bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpahan kurniaan dari-Nya. Bila dah habis jawab paper, sila ingatkan diri untuk mengucapkan ‘Alhamdulillah’, sebab dah terlepas satu menda jawab exam ni. Score tak score, markah tinggi ke rendah tu tolak tepi. Bertawakkal je la. Hopefully, lecterur – lecterur yang tanda paper – paper kitorang ni bermurah hati nak bagi markah kecian (wat muka comel) . HAHA. "





Sekarang ni, baru la dapat dipanggil FREEDOM!!! 4 hari FREE untuk study subjek Profesional Practise je. Sebab tu jugak la, aq dapat publish entry ni. Kalau la exam paper PP ni esok kepada esok nye, jangan harap korang boleh baca pe yang aq menaip ni.. J (sekali lagi, wat muka comel).  To all my friends, good luck in FINAL EXAM! ^____^

Sunday 24 March 2013

Work harder will make it worth in the end!

Final exam is just around the corner. kyaaa~!! Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●


Hari ni hari Ahad. (Yeah~yea~ everyone knows that!). Saje je kan nak tulis mende tuh! Semalam sehari suntuk duk layan movie je. Hari ni..? Tengok la mood comano. hahaha Asyik duk layan mood jer... sampai kesudahnya tak nak study cegini. Hari Rabu depan paper dah start dah aishh....

Hari tu, aq ade la post kat FB, somethings that which give a strenght (la konon) kat bebudak SPM yg baru dapat result tu. 

*Tak payah la nak hari tu sangat, semalam je pom! hagagaga *

Aq memang la bertujuan nak bagi #kekuatan #spirit #semangat so that juniors-juniors aq ni takde la nak rasa sedih memanjang. Just like what my cousin did! Dye frust sangat. Malu la dengan result dye. Klu nak kira, memang malu, tak dapat flying colours. Tapi nak cerita ni, aq dulu dapat result, siap ketawa terbahak-bahak tau. Sebab..? Semua subjek elektif aq dapat B, B+. Bangga weh....! (nape lak nak rasa bangga..? Suppose klu dapat A la baru boleh bangga..?) Bangga la, sebab, dulu, result tyme exam-exam biasa kat skola dulu, aq dapat G,E,D tau! *Mampos, secret dah reveals dah!* Eii..malu nye lepas dah bagitau nim.. huhuhu 

Malu memang malu, tapi ini adalah HAKIKAT! Cube korang bayang kan, daripada aq duk jawab exam awal tahun F4 & SPM, pertengahan tahun f4 & SPM, dan segala exam yg datang mengejut ke tak mengejut ker, semua result yg kuar.. G,E,D (untuk subjek elektif aje okay.) . Kira muka aq ni dah kena aim ngan Cikgu-cikgu kat skola tu, 'muka pelajar yg failed' tau tak!! Selalu kena masuk kelas extra la, siap pihak sekolah tanggung perbelanjaan ambik cikgu tuisyen luar la. Dalam ranking lak selalu 100+ daripada 157 students batch aq. Nazak..nazak....banyak maen -maen sungguh!

Tapi disebabkan azam yang tinggi nak berperang ngan SPM, bulan 6 camtu baru la aq kuatkan semangat, paksa otak ni ingat formula-formula, hafal semua answer2 booklets. Solat tahajud, solat Hajat, solat Dhuha, semua solat aq tunaikan, sbb semua tu aq pikir nak dapat keredhaan Allah tau, nak jaga hubungan aq ngan Allah. Punye la menangis time skola wat Majlis Solat Hajat untuk budak- budak SPM, jumpa parents. Aq nangis teresak-esak depan Abah Umie aq tau. Kakak aq gelak-gelak je kat aq. Malu siot. Aq nangis tu pom sebab aq takut aq tak dapat bangga kan both my parents yg ku-cinta-sangat tu. After struggle 'bout 7 months gitu, then, wat I did is just worth it! Biar pom dapat 4A gitu je, at least all the elective subject is PASS!! Ada yg  B, B+. Biar la B JER pom, tapi aq tetap berpuas hati. Rather la than looking sijil SPM aq ada mende G E D tuh!! Can you imagine it, from grade G -------> B+. Perghh, absolutely worth! Bila pikir-pikir balik, kalau la aq struggle CIKITTTT je lagi, maybe rezeki aq dapat A-. haha itu KALAU. K.A.L.A.U. okay, which means something that not happend yet (and might be NOT HAPPEND at all).  

Yet, even dalam sijil SPM tu ade 4A jer, but i manage to further study (biarla baru amik Diploma). Then, aq dapat DEAN LIST. Alhamdulillah. So, cakap sal Dekan ni, mende ni yg sebenarnya aq nak bincangkan ni. Okay, disebabkan aq ada post gambar 'SIJIL DEKAN' aq tuh kat FB, maybe ramai yang sangka,

"okay, berlagak la tuh dapat DEAN LIST kan"

"Mentang-mentang la dapat dekan, terus post kat FB. Untungla.."

"Nak menunjuk la tuh dye dekan sebenarnya"

...and so on negative thinking.

NO. NO. NO. Atceli, bukan itu #intention aq nak post 'sijil dekan' aq tuh. Apa yg aq nak maksudkan, even result SPM tu tak berapa nak GAH sangat kan, tapi tak bermakna when you further study, you got the same result as SPM punye. Like me*. Result SPM punye la ntah pepe, tapi mende tu tak penah ganggu aq tuk dapat pointer tinggi for Diploma.  Baru Diploma je ni, tak masuk lagi Degree nanti. So, aq memang dah harap maklum dan sedar diri, aq tak boleh bermegah- megah lagi. *Hey, dalam hati memang takde langsung niat nak bermegah-megah bagai okay. Nauzubillah min zalik, mintak jauh sangat-sangat*

JANGAN CEPAT TAKBUR.

JANGAN CEPAT RIAK.

ITU SEMUA KUFUR NIKMAT.

So, please. Tolong la tengok my post tu dari sudut yang positive. Nak bagi spirit kat juniors, moga-moga mereka dapat dekan gak. Yang penting, pointer tu biar cam sedap mata memandang. Dekan tu just a BONUS a.k.a REWARDS je.

Thanks for the time to read! Good luck in final exam everyone! mUahhhxxXX~


Thursday 21 March 2013

DEKAN. Am I smiling right now?


DEAN LIST. Alhamdulillah.. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

      Hari ni dengan isytiharnya, aq dah pergi ke DSI untuk menghadiri Majlis Anugerah Dekan FSPU. Tak de la isytihar sangat. HAHAHA  bukannya apa. Pagi tadi aq cam confius haa, nak pergi ke tak. Pastu, entah camne tetiba datang mood nak pergi DSI ambil certificate tu. Aq pikir sebab Dila ada tau, tu yang aq pergi. Bukannya apa, minah tu suka sangat ambik gambar. Aq pom suka gak ambil gambar –gambar ni.hehehe Then, before nak pergi Majlis tu, somehow aq cam rasa tak sabar nya nak ambik gambar ngan sijil dekan aq ni. So, di minda aq dah terbayang – bayang haa muka aq senyum sambil pegang sijil dekan tu.. uiihh.... sangat memorable utk di ingati. Last sem ambik sijil before pergi practical sem depan J

       Tapi laen pulak yang terjadi kisahnya. Laen yang aq buat cerita, laen pulak plot yang terjadi. Masuk dalam dewan tu, seat kitorang dah pom ditentukan. So, aq terpisah agak jauh dengan member – member yang aq datang bersama. Dila si photographer juga. Duk la sorang – sorang malas nak layan member yang se-course tapi tak berapa nak kenal and kamceng kan kat sebelah menyebelah ni. Cucuk earphone kat hp, on music, dah. Layan dalam dunia sendiri. Tapi tu tak berapa lama nak bertahan la sebab tetiba MC suh kitorg bangun. Rupanya VVIP dah sampai. Berdiri la seluruh kaum dalam DSI tu, menyanyi lagu negaraku, lagu uitm, baru la boleh duduk. Doa pembukaan majlis pom dah baca, so, aq nak cucuk balik la earphone kat telinga aq kan. Sekali orang yg handle event tu suh kitorg bersiap sedia bangun dan beratur untuk ambik sijil kat stage. Terbantut lagi hasrat. Dengan rasa yang agak-tak-berapa-nak-hepi nya, aq berjalan, beratur ambik sijil, naik stage, pegang sijil, pandang camera, then blah dari stage. Aq pom tak berapa nak ingat aq senyum ke aq sengih kat camera tadi. Ker aq tak senyum langsung..? Allahualam... Then sedang aq dilanda ke-tidak-seronok-kan nya, si Mijah datang tegur aq dari tempat duduk dia time aq otw nak exchange sijil palsu dari stage tadi kepada sijil asal @ original aq. Boleh pulak minah ni datang tegur aq jauh-jauh. Malu aq. Semua budak course dye pandang-pandang aq sebab aq sengih je kat Mijah tadi.

       Jalan punya jalan, duduk balik kat tempat asal aq duduk tadi. (amboi ayat, macam nak wat cerita hikayat dongeng lak. Haha) Pastu acara seterusnya, pandang je la kat stage tu orang ambik sijil dekan yang entah beratus orang time tu. Nak tak nak, aq cucuk je earphone kat telinga. Layan je lagu Korea. Ada je budak wat persembahan. Tapi nyanyi sambil petik gitar je la. Namun, semua tu tak mampu nak bagi senyuman kat aq time tu. Aq rasa hambar gile kot. Then, Timbalan reaktor duk membebel apa entah kat atas stage tu pom, aq wat layan tak layan je. Kat telinga dah dengar lagu korea, nak dengar mende pe agi dye cakap tu kan. Finally, the end of the event.

Quite bosan right jalan cerita ambik sijil dekan ni...? haha

Agak ahh. Tadi aq rasa cam merajuk kot! Entah pepe la Course Geomatik ni jadi ketua event untuk majlis ni. Duduk dah la diaturkan. Biarkan je lah kitorang duk randomly. Tak pom kalau nak ikut sangat list nama, atur la ikut kelas. Habis cerita. Ni seboleh – boleh nya nak campak aq duduk kat sebelah minah mana entah. Dah tu pulak, time habis event tu, nak ambik gambar beramai-ramai. Sekali minah retis mana pulak gi duk depan aq, dah la lagi tinggi daripada aq. Memang muka aq TAK AKAN masuk la kan dalam screen camera ISO Canon tuh. Menyampah sial. Pastu, aq pikir nak join geng si Dila tau. Alih – alih, aq kena bertempek duk ngan Mila. Pastu, pergi join group classmate aq yang sangat la tak-rapat. Then, what we have done? NOTHING! Semua kaku kayu bisu! Ambik gambar, 1 je pom. Tu pom formal nye. Masing masing berdiri normal, senyum kat camera. After once click,DONE! Blah, cari mkanan. What the H***...??? Aq punye la toleh kiri kanan depan belakang, LANGSUNG tak nampak Dila. Sedih la, tak de teman untuk ber-ambil gambar bagai.

Okey, that is really MEMORABLE one! Memorable la sangat. Bitter one! Is this what chu want..? NO ok. NO!

So, the end of the day, ni je la yang mampu aq show off kat korang. The experience of my life taking the Dean certificate on Dean’s award Ceremony.. part 4.

You were taking your SPM’s result, then I'm taking my Dean certificate today! Owesome.

p/s ; Congratulations for those who got flying colours result on SPM 2012. For those who are frust with the result, thats okay. Both you and I in the same boat. But after all, I manage to swing my wings up into the sky,never fell into the sea water. And In Shaa Allah,  some what never forget  where i’m belongs. The Earth. Not the sky. The failure is just the beginning of our growth, not the beginning of the end. FULLSTOP.

Sunday 17 March 2013

AKIBAT!!!

Well, today just not my lucky day. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●


Last night, aq, Mas ngan Nor pergi bilik Dyda. Konon nak layan movie la.. (tapi sempat nengok 1 movie je. pastu tu.. ZzzzZZz) haha . So the next day, kira aq balik bilik aq dalam pukul 9 pagi la camtu. Then bila aq tengok keadaan sekeliling bilik, masya-Allah. 'Nie bilik budak pompuan ke..?' Hati aq berkata- kata. (Wah! Dah macam ayat novel lak!haha) Terok sangat weh keadaan. Macam bilik tu kena masuk angin taufan pom ade. Dengan rasa tak puas atie nye, aq kemas la bilik. Kemas katil, kemas meja, Susun baju, buku, makanan, ahh, SEMUANYA la aq kemas. Tengok jam, dah pukul 11.30 pagi. Aq pom, pergi la mandi. *Kantoi  anak dara mandi lewat pagi. haha* After that, ade masa yang terluang, aq layan la criter "REVENGE" episode ke brape entah aq tak bape nak sure. Alang-alang tu, wat la megi goreng. Lapar kot. Bangun tido pagi tadi, terus siap-siap pkai tudung, berjalan lak 2 meter dari blok Dyda ke blok aq, pastu kemas- kemas bilik. Mana ntaknye ENERGY dah berlampu merah dah. haha

Pukul 2.00 petang, aq dah bersiap-siap nak pergi Bandar U. (Sebenarnye ni la permulaan kisah aq nak bercerite) . Petang-petang cegini kat Perak, perghh.. memang dasyat habis la suhu atmosphera dye. Membahang tak kena tempat! Panas siot. Jalan 5 minit pom dah berpeluh cam joging 15 minit ( huh, ni-pu!) Nasib baik la aq bawak payung. Kureng la cikit rasa amarah sebab panas ni kan. Bila sampai kat Uptown, aq tggu si Mas. Lambat bebenor dye bersiap. Alang- alang nunggu dye sampai, aq beli la aiskrim Matkool, nak hilangkan rasa haus kat tekak ni, Lepas beli ais-krim, mesti la aq nak cari tempat duduk nak makan aiskrim ni. Pastu, mata aq pom terlihat satu tempat duduk nim, betol-betol bawah kipas. TERBAEK!! hehe Korang tau tak, time aq nak duduk kan, Tetiba aq rasa cam nak jatuuh tau. Naseb baik aq ni pandai balance-kan diri aq. Rupa-rupanya, kusi tu tak stabil. Malu nyer muka aq bila teringat naseb aq nak-jatuh-tapi-tak-sempat-jatuh tadi. Dah la ade loving couple kat blakang tmpat duduk aq ni. Malu sangat weh. Pe la naseb aq. Ptut la tempat sesejuk di bawah kipas ni tak de orang nak duduk. Kusi wat hal rupenya. Even so, aq duduk gak kat atas kusi tu. EGO + MALU punye pasal kan. Redah je la. Plus aq memang dah tak tahan nak makan ais-krim. Nyummy~~~

Sebenar nya, pe tujuan aq nak gi Bandar U? Sebab, aq nak pergi cari seluar Slack! Hari Rabu nim aq ade presentation. So, kena la pakai bju ala-ala korporat gitu! Aq pom mula la jejakkan kakiku kedalam Peace Collection butik. 

PEACE COLLECTION BUTIK.

Uiihh.. rambang mata aq nak pilih seluar yang mana. Lawa- lawa, kira cam menepati style aq la, simple but nice! hoho aq pom pilih la seluar tu, seluar ni. Tapi kan, yang menyedihkan aq, semua seluar yg aku pakai, ketat kat paha. Bila aq mintak seluar size yang besar ckit, orang kedai tu kata dah tak de.eiii...MENCI MENCI MENCI!!! Nak tak nak, aq kena la beli seluar yang memang padan ngan aq, tak ketat sangat, tak longgar sangat, tapi apa yang merobek atie aq, seluar tu panjang sgt! Bila aq mintak kat tuan kedai size yg kureng ckit, ye la. Macam tadi. Tak de stok! semua size kecik dah habis. UWWAAAA~


huh! Nak tak nak, malas punye pasal nak gi jalan kedai tu kedai ni, aq pom bayar cash la seluar slack-yang-panjang-gedabak-lebih-10cm-kain-drpd-kaki-aq tu dengan harga below RM40. Tak pasal-pasal melayang EASYYY duit Rm40. Berkorban la... Balik bilik kena outer seluar tu sendiri sendiri la gamaknya. haishhh....Bertambah lak keje =,='

Tu tak pe agi. Then, masa nak tunggu bus, aq bermesej la ngan Dyda. Tangan kiri pegang handphone, tangan kanan pegang roti Tuna yg baru aq beli kat Tesco tadi. Sedang aq seronok-ronok tekan keypad hp, tetiba boleh lak hp aq nak melanting kuar dari jari-jemari aq. Naseb baik secara spontannya, kedua tangan aq dapat mencapai hp aq yang dah nazak tu. Bila kedua-dua tangan pegang hp, aq rasa pelik la kan. Sebelum ni pegang hp tangan kiri. Then, tangan kanan pegang pe..? (Lupa plak sebab terlalu terkezut hp nak jatuh ke tanah) Bila aq toleh kat tangan kanan aq, aq nengok aq pegang plastik je. Rupa-rupaya, habis roti tuna aq jatuh terhempap betol-betol landing atas selipar aq. Uihh..hangin btol! dah la lapar, jatuh lak tu. Pastu, kena kat selipar aq lak. Ciss.. aq dengan penuh redanya menerima takdir. Bengkak hati aq tau, tambah-tambah kawan sebelah menyebelah aq ni gelakkan aq sebab roti tuna jatuh. Tak pe, aq lebih rela jatuh Roti tu drpd terjatuh hp aq. NAYA!!haha

Kisah malang aq tak berakhir lagi. Bila bus dah datang kan, perghh, punyer la ramai student duk beratur nak naik bus. Kitorg pom malas nak berebut-rebut masuk  dalam bus, So, kitorg la jadi budak last naik bus. Dah la naik bus last, Jadinya tempat berdiri kitorang kan, btol2 depan cermin depan bus. perghh.. crowded, berbau masam nye sengsorang, panas dek haba lagi.. eii.. memang tak tahan abis la. 

Bila dah sampai destinasi tu, lega la ckit dapat menghirup udara yang segar gitu.. Aq pom balik ke bilik dengan riang-ria nya sebab, sampai bilik aq nak LANDING ON BED!!! letih sangat dah ni. Sampai bilik, terus aq campak barang- barang aq; payung, beg tangan, plastic Peace Collection, makanan, semua sekali atas katil, pastu...DUSHHH.. terus la badan ni melompat nak landing. Sekali tu kan...

PERKKK!

aduh, sakit giler tulang belakang aq ni. Maaf ye, ni bukan sebab faktor umur aq sakit tulang belakang. Hal ini disebabkan... PAYUNG! weh, aq boleh plak terhempap kat atas payung-yang-ku-sayang-beli-kat-Kelantan-lagi-tu dan payung tu dah.... CREEK!Patah ok. P.A.T.A.H. !! wei.. sedih nya. Dah la Perak ni panas, payung lak wat hal. Sedih doo...

Aq mula mengenangkan naseb aq yg tak bape nak baek hari ni. Nak terjatuh dari kusi, tak dapat seluar yang sesuai dengan size, roti tuna jatuh, then payung patah.Eii...apa la masalah aq sampai jadi bad luck sangat hari ni. Sedih tau.

Bila aq terkenang- kenang balik pe yg menjadikan aq tak brape nak LUCK sangat hari ni... Aq dapati... Ada sesuatu... SUMPAHAN...! Ceh, wat lolok. mana ade sumpahan bagai. Tak. Okay. Aq teruskan mengimbau kembali kegiatan aq pagi tadi sampai la kejadian payung aq patah ni. Kenapa? kenapa aq malang hari ni? Kenapa hari ni tak bape nak luck sangat,....? Then, sedang dipikir -pikir.. OKAY! I GOT IT!! Korang tau tak nape..? Sebab.......

-AQ TAK SOLAT SUBUH PAGI TADI-

Oryte. My mistake. Dah la tak solat subuh, then merungut-rungut lak mengomen naseb malang. Terok la ko Ili. Ni la akibatnya tinggal solat Subuh. Akibatnya, naseb malang la ko hari ni! Memang padan muka pom.

So, kepada mereka-mereka di luar sana, tolong la jgan careless sangat bab-bab solat ni. Selalu kena ingatkan diri, 'Dah solat ke belom?'  Jangan jadi seperti insan yang sedang menaip ni. Terlupa lak nak solat Subuh. haha Cerita ini bukan nak menunjukkan aib sendiri, tapi cuma nak bagi pengajaran. Betapa musibahnye hidup jika tertinggal nye satu solat wajib. baru tertinggal satu solat, dah macam-macam malang yg terjadi. Tak dikira lagi bagi mereka yang meninggalkan solat wajib 5 kali sehari tu, entah pe malang yang menimpa (nauzubillah, mintak dijauhkan)  Jangan la tinggalkan solat. Menyusahkan hidup tau tak. Dapat dosa lak tu. Aq pom, jadikan 'naseb malang' ni as iktibar la. Ambik pengajaran, lepas ni jangan lagi tertinggal mane-mane solat pom! Okay...!

P/S ; Ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah. Bersihkan jiwa diriku dan saudara maraku daripada bisikan syaitan-yang-direjam. Jadikan lah aq dan saudara-maraku yang tetap bersolat. Ameenn.... :)

Friday 8 March 2013

Wan oh Wan...

Wan ni NENEK tau! Jangan salah sangka. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Well, hari ni, aq datang balik ke KL ni sebabnya, untuk ambil MUET bagi sesi reading, writing ngan listening. SO, kembali la aq menjejakkan kaki ke rumah Mas sweet rumah nim. Nak dipendekkan criter, malam ni, Mas dah pergi rumah jiran dia A.K.A. rumah sedara dye, sebab tuan rumah dye A.K.A. sedara dye meninggal. Kiranya Mas pergi tahlil la kat rumah sebelah ni. Bila dye pergi, opcoz la aq kena pergi jugakkan. Takkan aq tak pergi. Tapi... bila dipikir - pikirkan, kalau aq pergi ke majlis tahlil tu, sure aq terpinggir. Ye la, lepas baca surah Yaasin, mesti la ade makan-makan (mengikut pengalaman aq pergi majlis tahlil la), then busy- busy nak mengangkut makanan ke ruang orang-orang yang hadir ke majlis tu berkumpul. Sure busy la. Just imagine it.. kalau aq join Mas kat majlis tu, for sure laaaa aq mesti tercenggang tatau nak tolong wat pe. Nak tolong tgok? NO HAL! aq memang expert wat mende tu pom. haha Tapi, kita sebagai tetamu ni, nak nak hadir kat majlis yang bukan ade pertalian darah pom ngan kita, haruslah tunjuk adab yang baik, kan...?

So, conclusion untuk masalah nak pergi ke tak ikut Mas ke majlis tahlil tu, adalah ---------------> TIDAK PERGI KE MAJLIS TAHLIL ITU. Hal ni kerana (ceh, baku giler ayat) kalau aq join the club, mesti akan rasa 'AWKWARD' giler giler giler! Mesti punya la. Mana tak nye, mesti la Mas akan bercakap- cakap ngan sedara mara dye tu, bergelak berguling berkongsi cerita ngan sedara mara dye. Aq? takkan nak main jampuk gossip - gossip diorg. Eh, hello! Aq bukan budak jenis yang busy body okey. Disebabkan keputusan inilah, maka aq ditinggalkan oleh Mas di rumahnya, sambil bertanggungjawab menemani Wan (nenek Mas) disepanjang ketiadaan diorg.

Wan. Wan. Wan. 

Nenek Mas.

arghhhh!!!!!!

(kenapa aq rasa tension sangat?)

SEBAB ; aq tak terbiasa ngan orang tua nim. Aq ni bukan la budak peramah mana pom. Nak tegur makcik 30-an pom, kekok kekok, ni kan pula nenek tua. Aih... kemaen berdebar nya aq. Then, lepas Mas pergi, Wan ketuk la pintu bilik, ajak aq makan. Aq dengan tersimpul malu sogan menyogan ni, pakai sweater ngan tudung, pergi dapur. Naseb baik time tu abang ngan adik lelaki Mas pom pergi ke majlis tu. But as a safety, pakai je la tudung tu. Mana tau kot- kot ade bukan muhrim terjah masuk rumah, tak ke naya free free bagi orang tengok rambut kita. Masa makan nasi tu. YA ALLAH. kekok. sangat. (Kan aq dah kata kan.) *er... bila tu? * Apa - apa je la. Yang penting, time makan tu, terasa cam "eh, betul ke aq makan ngan nenek, semeja, bersebelahan ni?" Rasa cam tak caya pom ada! Ye la, mana pernah aq makan semeja, siap sebelah menyebelah lagi, dengan seorang nenek. Aq time tu, tengok nasi, gaul - gaul nasi, pokk suap nasi dalam mulut. Biarlah nasi berlaukkan Gulai sayur ubi  je, aq sanggup tatap nasi tu. Siap bunyi yummy yummy lagi. haha Seyes sedap gulai tu. Nak nak gulai tu sangat pedas. Sangat. Sapa yang masak? Wan la. Boleh pulak dye makan nasi berlaukkan masakan pedas - pedas . Maybe sebab Wan orang Nogori (Negeri Sembilan).

Lepas pada aq dah habis nasi kat pinggan, baru la aq berani nak tanya dye,

" Wan suka ke makan pedas - pedas ? " (biarla aq dah tau jawapan nya dari Mas petang tadi)

Wan tu angguk- angguk. Then dye ada cakap something, maybe related ngan masakan pedas-pedas ni, tapi aq tak la berapa nak paham kan. Loghat Nogori. Apo kono dye cakap pom tok paham eh.  Konon nak tunjuk aq paham pe yang Wan cakap, aq angguk - angguk jugak la cam Wan angguk - angguk tadi. Lepas tu, aq bertanya lagi,

" Wan, yang Mastura pergi majlis tahlil tu, siapa yang meninggal? "

Wan tu pom reply " Oh, tu bini pakcik Wan haa yang meninggal " (Oh.. tadi kemaen Mas bagitau aq sedara jauh -jauh dye meninggal)

Pastu, the rest of talking - talking tadi jadi history la. Banyak sangat aq menanya kat Wan tadi *konon nak tunjuk diri ni peramah la sangat kan* . Borak punya borak, aq hantar Wan kat ruang tamu je. Biar dye layan diri tengok TV. Time sampai kat ruang tamu tu, aq ade tanya Wan,

" Wan, Wan nak buat apa lepas ni? Nak tengok TV ker? "

" Iyo la, nak tengok tibi la. Takkan nak terus tido kot lepas habis makan. heh heh heh" Wan gelak lak. 

Ha. Ha. Ha. Lawak sangat la Wan ni. Pandai lak kenakan aq. Aq pom sengih cam tak nak sengih tapi still bagi sengihan-yang-tersipu-malu-la-konon, kat Wan. Pastu, disebabkan aq tak berapa nak selesa sangat berdekatan dengan Wan ni, aq bagi la excuse kata nak masuk bilik dulu sebab ada kerja nak wat. Yang buat aq terkejutnya, boleh lak Wan tanya, 

"Kerja apa nak buat ?"

ahh, sudah. Atceli aq memang dah tak de kerja pom. Nak masuk bilik sebab nak larikan diri daripada Wan je. Aq pom kalut - kalut jawab " ade tulis- tulis nak hantar kat pensyarah ni" . Kang aq sebut perkataan 'assignment', 'lecterur' kang tak paham lak. then dye tanya lagi,

"kamu dah wat kerja, si Mastura tu tak buat lagi?"

Aq pom jawab la, 

"Mastura tu memang suka buat kerja lambat - lambat cikit. hehehe "

Wan angguk- angguk. Pastu Wan tanya la pulak kat aq sal tiket bus balik ke Perak. Aq dengan penuh ramah nya bagi jawapan yang tepat dan padat serta mutakhir kat Wan. Lepas tu, Wan cakap,

 " Tadi kau kata ade kerja kan. Pergi la buat kerja kamu"

Fuhh.. terasa lega giler dengar ayat pelepasan dari mulut Wan. Oh, Wan, thank you very much i lub you mek mah!!! Aq pom dengan riang,

" ah, iyolah. Orang nak masuk bilik dulu ye Wan nak buat kerja. Terima kasih la Wan makan tadi "

Masuk bilik, tutup pintu, terus aq nulis- nulis entry ni. Bukan nye nulis - nulis nak hantar kat pensyarah. kekeke Bila time paragraph 2 entry ni, aq dah dengar bunyi orang bagi salam tau. Aq engat Mas dah balik. Sekali yang bukak pintu ---->>> MAK MAS! (JENG JENG JENG!!!). Terkezut aq tau. Then dye tanya,

" Mas pergi majlis tahlil tu ke?"

" Ha'ah."

" Dah kamu ni nape tak pergi ikut sekali ?" (time ni, Ayah tiri Mas jenguk aq dalam bilik)

"Hehehe. Ingat nak pergi sekali tapi bila pikir balik, rasa kekok lak kalau duk sana. (sambil sengih comel comel giler) "

" erm..iyolah " 


Fuhh... naseb baik la time aq tengah wat entry ni, aq tak bukak lagi tudung aq huh! Kalu tak, memang free free la ayah tiri Mas tengok rambut aq beralun di bawah air-cond ni ha. hoho ayat berbunga nyew~!!A few minutes later, baru la Mas  yang betul- betul balik. Kemaen dye bawak balik ayam goreng, sotong goreng kunyit kat aq. Padahal aq dah makan Nasi berlaukkan Gulai sayur ubi dah tadi. Tapi lapar lagi~ sob. sob sob. Illi, please la, jaga adab kat rumah orang. Tak baik demand- demand kat rumah orang. Tak sopan. Biar pom tetamu adalah orang yang layak diberi layanan istimewa oleh tuan rumah. 

Tapi, apsal aq ni memang spesies tak ley rapat dengan makcik-makcik nenek-nenek ni ha....?? Salah diri sendiri ke, salah parents sebab tak ajar anak dye dari kecik supaya berapat mesra dengan mereka- mereka yang tua ni? ermm... balik rumah sendiri kena terus tanya umie aq ni, nape terlahirnya masalah begini. hoho <------------ cuti="" div="" mission="" my="" ni.="" okay="" s="" sem="" that="">

P/S : umur Wan dah 80 tahun rupanya. Ohhhhhh~ OoO....

Monday 4 March 2013

FAMOUS...

Hari ni nak cakap-cakap sal "FAMOUS" lak. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Tadi, after balik dari kelas, sedang aq tengah bergembira ngan roomate aq, aq ade la ternampak sorg minah nie. Dia kira cam segeng classmate aq, tapi bukan geng aq la. Tapi aq tetap la kenal dye kan. Then aq tegur la dye.

 "HI~~~~!!!" *nada riang*

Korang nak tau pe respond dye..? 

*Tengok aq sambil betulkan tudung dye then jalan lalu sebelah aq macam tak de pepe*

eiiii.... sumpah aq geram ngan orang camtu. Muka dye macam duk kata " hey, aq kenal ko ke minah" and aq yg tengok muke pasan tu cam nak kata " nak kena penampor wat muke tak kenal aq gitu ". Hey, minah, ko engat aq tegur ko sebab ko tu budak femes sangat ke...???


Memang spoil la kalu orang yang kita cam-tapi-bukan-berkawan-rapat tak bagi respond kat kita kalau kita tegur diorg. haih... memang time tu aq malu siot! Dah la aq ontheway balik ke bilik, time tu jugak orang ramai berpusu-pusu nak pergi kelas, tegur pulak dye kat tengah-tengah orang ramai tu tapi dye boleh pulak wat dunno cam "Sapa minah ni". Argghhh... rasa cam menyesal giler tetiba wat perangai "MESRA ALAM", then pergi tegur orang. haa, kan dah dapat malu.  

Dye tu budak femes ke..? Memang tak! She's only a person who i know is the friends of my friend. Budak tu bukan budak HOT pom. Kalau #hot pom sebab dye mulut becok! hahaha Dye tu, kalau gelak, haaa...dah macam badak sumbu terbatuk. *korang boleh bayangkan tak?* haha aq ni, mentang-mentang dye tak tegur ko balik, terus kutuk dye sejahat-jahat yang mampu. keke Lantak la. Kalau dye bace entry aq ni lagi bagus tau! sedor cikit diri tu, tak yah nak tunjuk diri tu DIVA la sangat sampai orang yang ko tak kenal gi tegur ko. Errm.. bila dipikir - pikirkan balik, apsal dye tak kenal aq lak..? Aq kenal dye, takkan dye tak kenal aq..? 

Ke memang aq ni seorang yg busy body, sampaikan orang yang tak de related @ tak berkawan ngan aq pom aq dapat tau nama dye, cam muka dye, tahu nama penuh, sedangkan orang tu tak terhingin pom nak tau sal aq? Itu pelik. Tapi cuba korang bayangkan. Minah ni ade jer tegur member aq sedangkan time tu aq betol - betol kat sebelah member aq tu, then how come dye wat muka cam TAK-KENAL-AQ....? bengang kot. BENGANG~~~!!!!

" Orang famous ni memang tak akan tegur orang yang tak femes kerana orang famous ni bajet diorang tegur dengan budak yang famous sahaja sedangkan orang yang tak femes tu la yang akan tegur orang femes, bukan lah orang femes yang orang femes tu harapkan akan tegur orang femes tu. "

paham tak perumpaan aq tu? *err..perumpamaan ker?* 

Konon diorg ni bajet "retissss" la gaya tu. Atceli, "perumpamaan" kat atas tu bukan la merujuk kepada mereka yang memang FAMOUS @ femes cam pelakon, penyanyi, muka-muka yang pernah terkeluar kat kaca tv tu la. Tapi pe yang tersirat tu more kepada mereka, insan biasa yang muka-tak-pernah-keluar-dari-tv-newspaper-majalah-etc, tapi lagak muka konon diorang femes sebab orang yang dia tak kenal tegur diorang. Orang macam ni la yang kita kena hindari sebab diri mereka yang bajet femes ni akan terlahir sifat RIAK! Diulangi ; RIAK! -sebab bangga la orang kenal dye- =,='


Memo pepetang : Tetiba rindu kat nenek. So, sesapa yang masih ade nenek tu, Bertuahnya anda, maka sayangilah mereka. Ingat, kita ade ibu dan ayah pom disebabkan adanya mereka, insan famous yang sangat dikenali as "NENEK" =D  Psss...jangan lupa pula pada DATUK nya. hehe

Please love them 'till Jannah. Ameen. ^^

Friday 1 March 2013

01 March 2013


Bye bye, February. Hi, March. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Hari ni, nothim much happened. Class as usual.  Start on 8 am. End on 10 am. Actually, aq dah plan ngan kawan aq nak pergi Sideq. Tapi entah cam mana bila aq pergi bilik dye, roommate dye kata dye dah pergi Sideq. What the heck yoo…? Maybe dye pikir aq tak join pergi Sideq, sebab tadi aq kata aq rase ngantok. Even aq cakap camtu pom, bukan bermaksud aq tak nak pergi. Misunderstanding di situ. Ahh...lantak ah. Bagus jugak tak payah pergi. Balik bilik, layan movie, then tido. Bagus gak tuh! Haha disebabkan mood aq di-spoil-kan oleh kawan aq yg berani-dan-sesuka-hati dye je tinggalkan aq, aq dengan hati yg terguris nya (terguris sangat ker..?) berjalan ke arah Dewan Makan. Ingat nak beli nasi, lapar giler kot. Then, bila pikir balik, aq nak beli roti Gardenia dulu. Lalu, aq pergi la beli roti tu. Due expired roti tu, “4 March 2013”. Okay la tu. Terus aq grab roti tu, bawak ke kaunter. Disebabkan penjual tu busy layan budak-budak nak beli air, so, aq sediakan terus la duit cukup-cukup RM3.40, harga roti tu. Then bila makcik penjual tu datang, aq bagi je la duit roti tu. Lepas tu, dengan kerek nye dye terus kata camni “ eh, bukan harga roti tu RM4 ker..?” Then aq lagi la pandang kerek kat dye. Pastu aq show price tag roti tu. Terus dye senyum sambil angguk-angguk. Aq tau, dye cuma nak beramah mesra dengan pertanyaan yg  aq rase cam nak bagi penyepak je. Aq pom senyum la kat dye tanda respect. Aishh.. sabar je la hati. Naseb baik itu makcik! Kalu bebudak, aq jeling habis dah kat diorg tu. Dah la hati panas ngan apa yang kawan aq dah wat, bertambah lak panas dalam hati ni ngan soklan dari makcik yg bunyi cam nak-perli-aq-tak-pandai-baca-tanda-harga-barang.  Dah, terus aq tak de mood nak beli nasi untuk maknan tengah hari. Tak pasal-pasal disebabkan makcik jual air tu beramah mesra ngan aq, makcik yang jual nasi pulak tak dapat tambah rezeki dye hari ni. Hurm.. so, right now, assignment dah siap buat. Tunggu kawan edit-edit ckit (sebab memang kerja dye kena buat itu), then submit kat lecterur. Itu aje. The end of the report. (report la sangat!) =p  

MUET 2013 (Sesi March)


On the day of 27 February 2013. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Mentang – mentang aq dah pergi amik muet, terus nak wat posting pom in English. Perlu ke..? absolutely need!

Why? Because right now my heart, my mind, my body, are always thinking about the speaking test that I just had taken. Soooo frust! That’s what I can say. Before this, I always bear in my mind that  “ Just relax.  Say whatever you wanna say.” But what I’ve done..? “err..emm.. *silent*” DURING THE TEST! That’s what made me so frustrated. My mark, for sure, will be the lowest than the others candidate.

The question of speaking test today ;

“ your friend is a creative person. Suggest the profession to your friend.”

Lebih kureng camtu la question dye tadi. I’m not remember the right question. So, the point were given ;

a) cartoonist
b) the writer
c) designer
d) a film star.

Because of I’m being a 1st candidate, I should take point A . CARTOONIST. What come cross to my mind when I’m looking the sentences of CARTOONIST..? cartoon, comics, movie, kids, teenager. Serious, susah gilew otak nak pikir pe je la point yg aq perlu explain kan. Then, when the times come to speak, I’m started with introducing myself. Then aq dah start gagap gagap. The point also lost. Tangan gigil gigil. I totally zero where the nervous come from. Then, dah la banyak jgak aq silent kan diri ni. For about 3-5 second. Then bila aq nk elaborate lebih-lebih, yeah, the bell ringing. Candidate B start to talk. My friend. Mas. When I heard what her point, I’m totally speechless. SHE’S GOOD! BETTER THAN ME! Her speak fluently, have more point. I’m totally been a lost person. When the candidate C start to say his point (Farid), okay, he is…. GOOD! Same with Mas. Both of them speak fluently. Have point in their talking. Not like me. Totally lost. I’m being a failure person in there. When the discussion time is come, yeah, for the started should be me, because I’m the A candidate. Then after a minutes, I thinks the discussion is conquer by Mas and Farid tu. Aahh… rase cam orang “FAILURE”. The mark must be low to me. Sedey sangat. Lepas pada amik test tu, baru la my mind can thinks carefully. Why not I’m talking like this when I’m in speechless such as “ oh, I’m sorry. Suddenly I’m feel my mind blanks a while. Maybe because I’m nervous right now. Hopefully all of you can understand my situation”. Tapi hakikatnye..? aq just zip mulut because aq tak dapat pikir point yg aq nak elaborate kan. Arrgghh… MIND…. Apesal la lepas test baru ko boleh pikir leklok..? aq rase cam dumb gila. Mas boley la kira tak payah risau sgt la sebb dye mmg the #greater #speaker. Pastu, boleh pulak time dlm bus, ayah Mas call mas.  Asking her did she take a muet at skol Bandar tasik kesuma. And yet, what I just know..? the teacher yg amik markah kitorg time amik muet was kawan ayah Mas. Untung la, boleh naikkan markah. Jeles gila. Dah, aq dah banyak kecewa untuk hari ni. I’ll throw out all my feeling to the #twitter. Rasa nak menyumpah pom ade. But I’m still in ‘waras’ person. Tak perlu la nak menyumpah bagai. I just pray to Allah, may he can make my heart be calm.

During writing this entry, I’m doing it in bus. I’m on the way back to my University. My head keep spinning. Dah la tak boley beli any chocolate bar or snicker. Lepas test tu, balik rumah dah dekat pukul 2 petang. Tiket bus kol 4.30 petang. Nak solat lagi, tukar baju, nak makan nasi lagi, around 3.30 petang baru bertolak dari rumah go to Stesen Pudu. Sampai kat Pudu pom kol 4.15 petang. Turun kat stesen cari bus, yup, the bus already came. Masuk dalam bus, cari seat, and….duduk je la. The time shows 4.24 petang. Nak turun dari bus, takut bus dah bergerak. That’s why aq tak sempat nak beli apa-apa makanan. Right now, rase nk muntah pom ade duk dlm bus ni. Air-cond pom tak terasa. Panas! Panas otak! Panas hati! Semua panas!!!

*after a while*

Okay, tadi aq tido sbab pening sgt. Then, I realize that the bus had stop at shell station. So, I woke up in hurry to buy the chocolate bar. Yes! Now I got Snickers, cadbury bars Milk and Black Forest and Nips. Total all = RM9.70. 
Snicker dah selamat dalam perut. Cadbury satu lagi bagi kat Mas =)

Great. Just buying the chocolate almost rm10 the cash out from my purse. Rasa lega sangat dapat grab snickers ni. Rasa cam dah boley hidup semula. Hahahaha Then, bila aq toleh ke luar tingkap bus, ohhhoo,, rain drop outside. This time I’m praying to Him. To get  better feeling from the frustrated things just now. J