Sunday 30 June 2013

It's 'bout the TIME :D

Freedom will be coming soon.. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Hari ni (semalam) hari Sabtu. Orang lain sedang bersuka ria hari minggu, aq pulak kena pergi kerja. Haishh..

Kerja aq hari ni adalah of course, taking off. Tapi taking off untuk bangunan TNB la. Mak aiihh sangat la complicated. Complicated dengan teamwork. Urgh.. mende yang aq tak buat pom aq kena dipersalahkan oleh senior QS sebab aq tak ambil tahu pe yang kengkawan aq mengira. Iye lah, diri sendiri kira pom tak double check, inikan pulak nak check yang orang lain kira. Engat aq rajin sangat la.

Tapi yang paling sentap habis bila BQ Dewan Komuniti yang kitorg taking off minggu lepas mostly banyak salah. Aq admit yang dewan tu susahhhh sangat nak kira. Tak tahu nape. Jammed sangat otak kot sebab pening taking off bangunan rumah kedai pom tak habis lagi. Pastu dewan ni kena banyak pulak  imagine itu ini. Tetiba aq jadi bayangkan dewan SCIPP dulu. Haha

Terasa malu weh banyak salah itu. Tapi people learn from mistake right. Betol, tapi on the same time aq jadi serba salah ngan senior aq tu coz diorang macam expected yang kitorang ni dah pandai taking off and menyenangkan kerja diorang bila nak price BQ nanti. Aq pom kalau boleh nak everythings perfect. Now I learn something new that improved my work in future.

Sekarang semua bangunan dah taking off. Tinggal nak isi price then besok wat manual sal apa ntah. Aq tak sempat nk dengar senior aq kata apa tadi. Haha TOMORROW, just wait and see.. hurm..hurm.. (-,-)\ Lepas hari rabu minggu depan, In shaa Allah akan terlepas semua beban nak taking off bagai ni. Wee… tak sabar nak have a freedomdom..dom.. *echo*

Aq tau mostly korang – korang yg memang tak belajar dalam dunia ‘PEMBINAAN BANGUNAN’ ni mesti wat muka pelik bila bace entry ni. Entah pepe la blogger ni merepek ngan taking off la BQ la. Pekebenda tuu…?????! Haha nak tahu, sila tanya ABANG GOOGLE ye. Dye expert betol bab2 terang terang ni. Nak suh aq explain memang failed la. Haha

Atceli aq ade crite lain yg nak ditulis. Tapi, on the next entry la. 

.... LOADING…. 

Friday 28 June 2013

Nak membebel cikit :) - WORKS vs COLLY SWEET 17

Seeking for freedom dude. Welcome to the blog. Assalamualaikum

I’m still keep in busy line but for sure wanna take a break lil’ time. Sudah pun siap taking off for 2 bangunan in 1 BIG PROJECT (only 98% . assume) then comes ones building for us to taking off. ONCE again. Lol =,=

Memang time cegini aq dah wat muka okeh. Sangat annoying nak taking off bagai for whole 2 weeks. Nak – nak dengan opismate yang takde teamworks langsung, yang lelaki keje dye tak habis lagi nak taking off satu element, dah nak keluar pejabat for smoking! S*** la. Kalau camni sampai bila pom lambat nak habis. Yang girls pulak, kerja dye nak taking off sooo details. Such like a consultant. Bak kata senior QS the company, QS works for contractor tak payah nak details sgt bila nak taking off tu. Then bila girl ni nak kira element tu pakai logik and details, sampai aq pom pening jugak camana nak selesaikan some of taking off yg tak berapa nak clear sgt which things to be off. Dan i’m start to be blur..

Aq admit yang sepanjang t/o dua bagunan ni, mostly aq tumpukan pada pengiraan besi @ reinforcement. SAHAJA. Haha WBLFF, FRAME semua tu girls tu yg buat. JAHAT tak aq..? haha hey, atleast aq kira reinforcement ni untuk banyak element; footing,  stump, Ground beam, Floor Beam, Roof Beam, column, stiffener and so on. Banyak tau. Tak la macam boys tu. Guna otak cikit untuk pikir, dah start kuar opis nk lepaskan asap.  Then camtu pom gaya ade hati duk bercerita kat aq nak kawen dengan anak bos. Bluekksss... ....  >#<

Sekarang ni, weekend aq kena spend t/o with TNB building pulak. Mak aihh.. kalau company still tak dapat tender ni memang serabai ahh. Haha aq rasa power mata ni pom dah naik dah, sebab asyik-asyik tenung drawing yang kekadang garisan dlm drawing tu pom mencabar penglihatan. Urgh.. pening kejap kepala.

Aq tak terasa nak bercerita pasal work aq. Sebab log book aq pom x terusik lagi nk menulis, inikan pulak duk sibuk bercerita dalam blog. Tunggu aq siapkan log book aq dulu la baru aq nak cerita flows of works done in contractor’s company. Seriously tak de mood.

Nie ha..! Nak kongsi bercerita. Kalau ade bace entry aq yg pasal ‘pretty’ little things right, mesti uolls dah dapat agak this incident. Haha suspense tak? Ermm.. well, aq kan ade @Instagram. So, ade la satu IG yg add aq name ‘Nabila ...’ yg add aq kan. Disebabkan dye girls, aq approve la dye. Yet, dye banyak sgt post sal Colly Sweet 17. Itu minuman collagen ha.. yang putihkan muka gebukan muka comelkan muka tu. Dah selang 5 minit post pasal colly . Mana tak rimas aq bace tu semua. Bace kisah dye amalkan colly17 tu, testimoni planggan dye, banyak lagi la.

This is Colly Sweet 17.

Then bila tengok pulak price dye “ RM 130”. Aq rasa cam mahal gile kan. Survey pil product Felina tu pom just RM80 je. But for 30 pills je yg tu. Huhu Then scroll up lagi kat home IG tu, then nmpak iklan “ HARGA asal k-colly17 iaitu RM169 akan bermula pada 1 julai”. So i thinks, this is a big chance for me to grab it. Bayangkan la, daripada RM169 jatuh kepada RM130 as promotion. Macam berbaloi je tengok. Postage pom free. So, i decide..................................nak beli. Gila tak?

I thinks this is the opportunities. SHOULD GRAB IT!!! YEAHH

Haha serious like hell aq tak tahu nape hati beria-ria nak colly17 tu. *Haha nak jadi cantek ker..?? haha* Bukannya apa, aq tengok kulit muka aq ni asyik bertukar tona warna je. Bukan warna daripada coklat kepada warna hijau ye..! itu dah jadi sedara sepipit dengan HULK dah. Hoho Bila aq tengok kat cermin di siang hari, aq rasa kulit muka aq ni gelaaaap sangat. Kulit kat tgn lagi putih tau. Tapi bila time malam hari, kulit muka jadi cerah balik, secerah kulit tgn. Pelik kot. Ahh~ sudah... ade sumpahan sesumpah ke asyik boleh tukar tone warna kulit ni? Haha k talawak. =,=

ok. Nak pilih HULK ke SESUMPAH? aiyoo.. dua -dua hijau ni acano? =,='


So, just testimoni okay. Only RM130 je. Tak pe, tak perlu keluar cash. Bank in terus kat si akak nabila maybank acc. Naseb baik ade duit belas ehsan PTPTN dlm bank tu, kalau tidak, huh, memang aq papa kedana la, asyik –asyik minta sedekah kat abah nak duit. Haru... T.T

Aq order mende tu dalam 2 hari lepas kot. Naseb baik la lepas aq whatsapp akak tu nk order colly17, pagi tu jugak tikah nak pergi pos opis. Alang alang nk kuar opis, baik aq join sekaki nak gi bank. Hagaga Tapi tu la, bayar dah bayar tapi akak tu kata dye baru order dengan HQ product tu. Maybe hari Jumaat (esok) dapat la kot. Dye yg dapat dari HQ tu besok. Nak dapat kat aq tak tahu tarikh lagi biler...saboor la tunggu. erm..erm.. *angguk-angguk je*

Aq rasa ni 1st time aq beli on9. Hahahaha terasa hepi jap boleh beli pakai bank in terus duit. Terasa cam anak orang kaya kejap. Kejap je la. Tak lama.hoho Erm.. atceli agak berdebar jugak, betol ke keputusan aq nak beli mende alah tu? Ke sekadar pembaziran? People said beauty can be treat naturally. Tapi jenis orang yg tak sabar cam aq ni mana boleh tunggu lama by natural. Kalau camtu umo 40 tahun tak kawen lagi sebab takde yg nak. Haha okay, just testimoni. Pepehal, aq update balik camne result disebalik keputusan aq tu beli k-colly17 okay.

Aq pom tak tahu bila masa si Sulli F(x) tu jadi duta Colly Sweet ni. haha #wondering


Just nak release some tension. Happy weekends guys. Selamat menonton perlawanan final bola TRW vs JDT. But i have to go works on Saturday. BIG SAD!  T.T will miss you.

P/S : Oh ya, hari ni pernikahan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Bt Sultan Ismail Petra (DK) dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. ( try to said in one breath)  :D Panjang betol nama kekanda Sultan Brunei tu. fuhhh... *sigh*

Wednesday 26 June 2013

Take a minute.

I want freedom. Seriously. :( Welcome to the blog. Assalamualaikum



This lately I’m too busy. Laikdahel. Banyak sangat benda yang kena taking off. Pastu senior QS ni bagi pulak 3 bagunan kat kitorang bertiga sekaligus untuk taking off. Nak BQ pulak hari Sabtu ni. Makaihh.. mana nak sempat.

Hari Sabtu ni aq kerja. Hari AHAD..? suppose to be holiday right? Sebab tengok final bola punya pasal. Tapi company aq TAK cuti. Bagus tak company Robihah ni? Rajin giler doo.. =,=

Penuh keredhaan aq menjalani hidup ni. Nanti – nanti la aq menaip panjang-panjang.

BLOG ni suppose to be rest. While it’s owner bizi memanjang. Have a good rest blog. *cium sayang muah muah*

Then, tak de pepe dah. Kbai.  :D

Wednesday 19 June 2013

Should I be pretty?

Pretty? Hurm… Welcome to the blog. Assalamualaikum

Every person would like to have a pretty personality; pretty in manners, pretty in the way of walk, pretty in dress, and the most needed, the pretty of face.
 
Kadang –kadang terasa jeles pulak bila kita nampak someone yang look prettier than us. Us, means by the woman. Kalau bagi tang lelaki pulak, of course la diorang akan jeles bila nampak someone have a better look than them.

Sebenarnya apa yang ingin aq luahkan.. yang sebenarnya? Ok. Straight forward. I want to be pretty. Well, yeah. Muka aq tak de la lawa mane. Just a bedak ngan lip balm on my face. Specky person. Baju t-shirt pom beli kat pasar malam harga rm10 tu. Erm..erm..

Sangat la jeles bila, yeah, tengok kengkawan budak sekolah dolu-dolu dah makin cantik, berfesyen, pakai apa pom padan je mata ni memandang. So envy. Nak sangat jadi macam diorang. But the hardest thing I’m gonna do is, I DON’T LIKE SHOPPING. =,=’

It’s weird kan bila dpat tau seorang pompuan ni benci shoping, right? Wait. I’m still pompuan okay. And THE SHOPPING things still sort of my life. Shopping makanan is the most favourite one. Haha gemokk la aq kalau dpat borong semua cekedis-cekedis ngan all food at supermarket tu. Tolong la sapa-sapa yang owning supermarket tu, jangan pernah datang melamar saya. Nanti bankrupt kamu. Haha
ALL IS MINE! HAHA

Satu lagi yang menjadi bebanan nya bila pergi shopping ni is MONEY. Mana la aq nak cari duit untuk shoping baju tudung bagai. Nak borong makanan pom dah nak dekat RM50. Itu aktiviti borong makanan stok aq kat SI la dulu. Hehe Pikir punya pikir, kalau beli itu ini, kang bole hade habuk je dalam purse nanti. Nak cari kerja, busy dengan study pulak. Kalau mengadu kat orang lain kite tak de duit, mula la diorang suh aq mintak je ngan abah aq. Memang abah aq ketua bank kan. Nak masuk duit senang, nak kuar duit pom senang. No okay NO.


NO MORE MONEY T.T

Pendek kata, there’s limit in my shoping. Beli bila terdesak, ‘bout money lagi. Sangat jeles bila tengok gambar diorang – diorang (IG, Fb and others social network) dengan tudung yang lawa – lawa ngan baju yang superb duperb cantik sangat, bertambah lagi dengan muka nya yang memang pretty habis la.

Teringin nak jadi macam dye. Bila tengok muka dye yang lawa tu, tiba – tiba tgn ni nak click dekat profile dye. Wah..banyak follower dye. Macam artis gitu. Feymes la dye. Erm.. berbaloi la dengan dye yang lawa dengan follower yang ramai bagai nak rak tu.


Teringin nak jadi macam dye. Bila upload gambar, ramai like, ramai comment. Tak de la bila kita upload apa –apa tapi senyap je notti tak berbunyi. No komen and no like. Terasa cam kena bully cyber lak. Semua orang tanak layan titew. Sedih rasanya. Kalau dye, mesti notti penuh dgn orang likes, follow, komen. Envy. :(



Teringin nak jadi macam dye. Cara gaya dye berdress. Cara gaya dye bertudung. Cara gaya dye senyum cantekk je. Semua la nak jadi macam dye. Tapi kat mana dye beli tudung? Kat mana dye beli baju? Semua nak tiru dye la. Sebab dye lawa.

SEYES SUKA SANGAT NGAN BAJU NI >.<


Teringin nak jadi macam dye. Muka dye putih gebu mulus. Entah apa yang dye pakai. Kengkadang 

wondering jugak, apa pencuci muka yang dye pakai, ke ade minum any collagen drinks? Memang 

nak sangat ade muka licin macam dye. Tak macam kulit muka kita.


C/C: Leuniey :)


Bila pikir balik, kalau tak cantek, nanti tak de sapa nak tengok kite. Nak jeling pom tak sudi, inikan pulak mata bertentang mata kan. Tapi pikir sekali lagi, kalau dah cantek sangat, nanti dapat perhatian orang pulak. Pergi sana sini orang tengok je kite. Sebab kita pretty sangat. Memang akan terasa ‘bangga’ bila ade pandang muka lawa kita ni. Kalau bagi aq pulak, bangga memang bangga. Tapi cam tak selesa la bila dah ade pandang kita je.satu lagi, menambah kan lagi RIAK di hati kita. Riak sebab terlalu bangga ada muka yang jauh lebih cantik daripada kengkawan yang lain. Jangan begitu dehh…


Tapi sebenarnya mana yang lebih baik, being pretty di mata manusia atau being pretty di mata Allah? Di mata manusia kita dapat menilai dengan melihat berapa banyak like yang kita dapat kat social ntworks tu. Tapi di mata Allah, kita tak dapat menilai berapa banyak like dari –Nya?!! Well, I want to be both of the way I can be pretty. Pretty di mata Allah and mata manusia. ^^


Tak tahu kenapa tibe - tibe pilih gambar Dena pulak :p 

Saturday 15 June 2013

Practical Training for Quantity Surveyor.

When QS get to price the BQ. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Ok. After 3 days kat opis tak buat apa-apa kerja, finally, last Thursday aq baru dapat kerja to be done. The company baru je beli tender. Baru beli, bukan ‘dapat’ project lagi. Disebabkan aq as QS in Contractor company, aq kena la price kan BQ untuk propose budget cost project ni kepada client.

Sangat BESAR drawing dye OK.Tebal dan berat pulak tu. Tapi tak dapat la pulak aq nak amik gambo drawing semua tu. Kang orang dalam opis tu kata aq ni jakun pulak, cam tak penah lak tengok drawing. Pernah tengok ok. Cuma dalam kertas A3 la, tak pun kertas A4. Memang kochik la nak tengok drawing dalam kertas A4. Biasa la, drawing untuk assignment je pom. Sehelai dua je pom kertas. Tapi feeling dapat drawing untuk BETUL-BETUL punye project memang la buat mendebarkan hati je. Ye la, nak kira element untuk satu building ni bukan boleh wat main – main. Lain la dengan assignment. Time buat assignment boleh la hentam salah sana salah sini, sebab kita dalam process blaja an. Sekarang nie dapat yang betul - betul. Bukan main - main dah. Fuhh.. tugasan yang agak berat, lebih berat daripada jumlah kesemua drawing A3 project tu.

1st bila dpat drawing tu, pastikan kena susun drawing tu pulak. Drawing Architect ngan Engineer tu pastikan stapler sekali. Drawing architect tu drawing bentuk bangunan tu la. Drawing engineer tu pulak drawing Structural tu, yang ada gambar – gambar section; foundation ke,   column, beam and so on. Then yang ada gambar road, electrical installation k pe semua tu, asing kan daripada drawing architect and engineer tadi. Sebabnya, drawing archi ngan eng tu untuk bagi kat QS untuk kira -  kira nak price kan setiap element. Drawing road ngan electrical tu pulak, opcoz la kerja kira – kira tu orang engineer yang buat.

Pukul 4.30 petang, kitorang buat meeting. Disebabkan project kitorang dapat ade 5 bangunan berlainan design; Rumah Kedai, Rumah Pengasuhan kanak –kanak, Surau, Dewan, Rumah tamu & pemilik lading, so, sengsorang kena dapat 1 drawing untuk mengira. Cam tu la.

Aq and 2 others kena kira building Rumah Kedai. Pergh… aq rasa macam tak teringat pulak camne nak kira. Nak – nak kitorang kena kira ikut cara senior QS company tu. Pikir pom dah gerun otak. Cemana ni, cemana ni. Apa apa pom, kitorang tak kira lagi. Sebab opis hour dah tamat dah. Pukul 5.30 petang dah pom. So, kitorang nk kira ni start hari Ahad la pulak.

Aq still poning agi ni, cemana nk kira building. So, aq berdebar nak tunggu hari besok. Haru ke tak hari besok aq nanti. Huhu aq rasa macam aq dah tak ingat cemana nak kira untuk semua element – element building yang selama 4 semester aq belaja. Haha nampak sangat study untuk exam je . alahai. =,=

Nie la tender yang kitorang dapat. Kena pulak photostat start Preliminaries sampai la before element Appendix. Bestfriend baik punyer hari tu dengan photostat :)

Meeting with QS, Engineer and Contractor. Tengok, meeting pom atas lantai je.Steady. Duduk bersimpuh dengan ayunya aq hari tu. haha

yang tengah wat 'DUCKface' tu la senior QS aq, En. Hisham. Entah nape dye wat muke camtu tak tau la. Nak jadi comel la kot. haha

Wednesday 12 June 2013

My 2nd Practical.

Bohsangg... Welcome to the blog. Assalamualaikum

2nd day practical. Aq bawak laptop. Lantak ah. Haha Daripada hari semalam tak buat apa-apa, baik aq bawak laptop boleh gak download movie – movie korea. Hagaga Hari ni jugak bru dapat rgister course. Sempat la jugak lepal - lepak layan Running Man ep 146. Tapi bagi aq, ep tu tak berapa nak fun sangat la. Org lain duk jalan kiri kanan depan blkg, tapi aq melonggo je depan lappy tengok RM. Perghh..kalah anak bos kalu cegini. Kalau la dapat gaji aq rasa mau nye bulan ni aq tak dapat langsung gaji sebab duk lepak camtu j. Haha Eh, hello. Even so, staff meja pnyambut tetamu tu pom layan FB je. Mmg bohsan siall. Aq tengok file-file yg tersusun kat rak tu pom mcam dah tak bermaya sbb… aq mmg tak paham pepe pom document - document berkenaan. I wish i can understand each pages of BQ/tender/etc file.

Petang tadi, BOS bagitau esok kitorg kena pergi site kat Gua Musang. Ok la. Hepi la ni, tapi kejap tu, dye bagitau tak payah la. Kat gua musang jauh, tak sesuai dgn pompuan la. Apa la. Then, dye suh kitorg site visit kat Pengkalan Chepa je. Aduh.. jauh- jauh la adventure. Urm.. ikut la. Asal dpt tgok site tu cemana.  Tapi tadi dye call engineer, tatau boleh pergi site ke tak. Eii.. masalah betol. Petang tadi jugak, aq balik dari opis ngan Kak eira, one of the staff kat opis tu a.k.a. opismate. Hehe dah alang- alang dye balik searah sejalan ke rumah aq, hantar aq la. Tikah pulak nak pergi kbmall lagi. Erm.

Memang aq gerun sangat nak balik dengan Kak Eira. Bukan sebab dye garang, tapi sebab dye stranger. Err.. aq kan tak berapa nak mesra sangat dengan orang luar. So, i take a deep breath, then bual dengan Kak Eira cam biasa je. Kak Eira okay je. Rupanya aq baru tahu, dye tu dulu blaja amik course akauntan. So, dekat opis je, kerja dye as jaga duit masuk keluar opis tu je la. Abang Fendi tu just bekerja tolong – tolong uruskan kerja di luar pejabat cam nak hantar cek ke, bayar mende tu mende ni ke. Tapi yang palingg mengejutkan aq ialah, Abang Ha, yang aq engtkan BOS selama ni, just Ketua operasi pejabat je weh. BIG BOSS sebenarnya mane pernah masuk dalam opis lagi. Nama BIG BOSS aq tu En. Azlan. Bak kata Kak Eira, En. Azlan tu biasa nya masuk opis hari Khamis je. Alololo... No wonder la staff –staff kat situ panggil ‘Abang Ha’ yang selama ni aq anggap as BIG BOSS tu. =,=’

Tikah dah jadi bestfwent photostat dah. haha



layan Running Manep 140 sebab tikah tak tengok episode tu.
File yang berlambak tapi nak tido aje bila bukak file semua nim. hurm..


I'm sleepy, during office hour :P


Tuesday 11 June 2013

R O B I H A H. S D N. B H D.

That just a name of contractor’s company. Welcome to the blog. Assalamualaikum

10 June 2013

Robihah sdn. Bhd.

That’s the company that i will practical for 4 months. Officially. Then finally, the day I practical, is comes. Haha

Sangat la nervous sejak semalam lagi. Memang aq tak pergi restaurant bapak aq la. Duk umah aje. Berchatting, sms, whatsapp dgn bebudak yang bakal practical besok. Ngee. Duk pikir esok nak pakai baju apa, warna apa, kena pilih tudung lagi, nak iron lagi. Ahh.. banyak sangat yang bermain difikiran. Nak – nak aq ni dah la tak ada lesen kereta or motor, nampak nya nak pergi kerja kena naik kereta sapu tepi jalan ni aje la. Ok, korang x tau kereta sapu tu apa. Sama macam teksi la. Just kereta sapu ni tak de la nak bayar tambang guna meter. Just bayar secara rawak je. Lebih murah la berbanding yang guna meter tu. Takkan la aq nk suruh abah aq pulak hantar aq gi kerja. Dah la balik kerja pukul 3-4 pagi, tido pulak ade la around 5am kot. Letih la dye nak bangun pukul 8 pagi semata-mata nak hantar aq pergi tempat kerja tu. Nasib badan la kena berdikari.

Pagi 10 June 2013 telah pun tiba. Aq bangun pukul 6 pagi kot, nak bagitau yg SEMANGAT nya aq hari tu. Bukak twitter, bhaii. Semua heboh kata nervous nk pergi practical. Haha same goes to me la. Bersiap itu ini, then pukul 8.00 pagi, i’m DONE. Orang lain bawak scale ruler la, SMM la, calculator, but i’m heading to office dengan Handbag; notebook, pen, borang lapor diri, attandance, my baby (G.N.) and make up. Tu aje. Haha simple, right?

Bila aq bukak pintu nak keluar dari rumah, dyda call aq tetiba. Kata yg dye nervousla, perut buat hal la. Haish gegurl ni, tyme cegini la baru nak call aq bagai. Dah la keluar rumah pukul 8 tu pom blom tentu kereta sapu lalu depan aq ke tidak. Time tu jugak la abah aq bukak balik pintu rumah, asking me “ Nak pergi tempat kerja naik apa?” aq pom apa lagi, hang off call then kata la nak naik kereta sapu je. Pastu abah kata “ Tak payah. Abah hantar.” Time tu aq rase serba salah pulak sebab menganggu tidur abah. :(

Bila abah hantar aq, baru la perasan yang aq tak nampak pom kereta sapu sepanjang perjalanan aq ke opis. Grr.. naseb baik abah tawarkandiri nak hantar aq. Tyme tu aq baru rasa nak ketuk je kepala ni sebab tak buat lesen motor / kereta after SPM. Arghh.. Tak pasal – pasal dah menyusahkan orang lain. 

Sampai je kat opis aq yang tikah kata pintu pejabat sebelah kedai lampu, aq tengok pintu tu tertutup rapat lagi. Means, no workers come yet. So, terconggok la aq depan pintu tu dengan abah yang setia menunggu dengan aq. Time tu tikah tak datang lagi. Selang 3 minit camtu, tikah datang. Time tu la abah aq pergi tinggalkan aq. Uhh.. tq abah :’)

Sedang borak – borak dengan tikah and Ikram, tetiba someone comes then salam dengan ikram. Lelaki okay. Ikram dah tercenggang – cenggang nape lelaki tu salam dengan dye, aq ngan tikah dah agak dahdye tu mesti one of the staff opis yang bakal kitorang menjalani practical tu. Ikram memang lembap pom dalam memikirkan hal ni. =,=

Sampai kat dalam opis tu, tercengang lagi kitorang depan meja menyambut tetamu. It’s small office. Boleh muat dalam 10 persons je kot. Masa tu, just staff lelaki tu j yg ade. Yang lain..? hareem. Memang tak de. So, sementara tengah menunggu apa yang kitorang kena buat, kitorang borak-borak bodoh, lawak bodoh. Dalam around kol 9.30 pagi jugak la, kitorang baru diberi taklimat oleh BIG BOSS. Hoho seronok dengar dye bagi taklimat. Bagi syarat – syarat dan tatasusila bekerja la itu la ini la. Yang paling best sekali, bila dye kata kitorang akan pergi site visit kat Gua Musang, on 12 Jun 2013. Perghh.. jauh tu. Gila hepi. Haha  dah la esok lusa pulak tu. Hepi.

Then BIG BOSS blah, kitorang dah tatau nak wat pe. Tanya la staff  lelaki tadi (call him Abang Fendi), dye kata budak practical kena rilek dulu on 1st day ni. Kitorang cam. Oh, okay la. Tapi bila bukak twitter FB apa semua, uhh.. kemain merungut yang lain kata banyak kerja la, kena wat Taking off la, kira excavation, and others. Memang nampak busy. Sedangkan aq and others kat Robihah ni.. goyang kaki je weh. Naseb baik la baby aq ni ade. Layan je la semua sosial network ngan baby ni.

Mmg 1st day aq tak wat pepe pom. Maen amik gambar, letak dlm IG, maen tweet, FB. Weechat. Whatsapp, habis semua social network aq bantai layan. Memang sangat la puas tak buat apa - apa. Bila minta nak buat kerja,kata Abang Fendi, rilek ahh dulu. So kitorang rilek la. Then, dalam kol 11.30, aq kena wat air tea seteko. SETEKO ok not secawan. Bingai. Aq selama ni buat air secawan je bhaii.. Dah la Tikah puasa time tu. Mmg habis la aq lanyak kena wat air. Aq pom wat la. Dah BIG BOSS suruh kan. Letak la gula 5 sudu besar. Lantak dye la. Staff pompuan kata manis nye. Aq pom. Terasa la jugak takut- takut nye. Takut dikritik. Haha.  Dari pagi hingga ke petang mmg tak buat kerja. Whatsapp dgn bebudak ni, diorg sume kata kena kira excavation la, reinforcement la, steel la, tender la, report la, mcam- macam. Jelly pulak dapat tau kerja diorang camtu.

Yang menghairankan aq la kan, semua staff kat opis ni panggil BIG BOSS tu just ‘Abang Ha’ je. Eh, tak formal lak. Rilek and sporting gile BOS ni. Biar betol. Maybe dye ni jenis yang merendah diri la kot. Kekadang takut jugak, takkan la BOS nak panggil ‘Abang Ha’ je? Memang aq ngan tikah tak tau la nak panggil apa. Last – last ikut je la style staff yang lain. Tapi hari ni BOS memang baik hati gila. Dye suruh kitorang balik rumah, eventhough time tu baru pukul 3.30 petang. Kitorang dengan rasa cam ‘eh, betul ke ni? Betul k?’ sambil angkat beg, balik je la. Haha Aq balik tumpang tikah je la. Before sampai rumah, sempat lagi kitorang pergi billion beli barang. Dah tikah kata dye nak wat spaghetti. Haha

So, memang itu la hakikatnya 1st day practical aq. Tak de buat apa-apa pom. Rasa sleepyyy sangat kat opis tadi. Layan mesej dyda ngan mas je. Haha ok. Rasanya ini j kot nak bercerita. Adios. Jumpa esok la. Esok aq criter plak cemana 2nd day practical aq :D

Hambik ko.Terkezut aq bila makanan terkumpul kat opis nih. Megi pom ade sekali.  :D


Ini sangat rare and hevoc. ade ke patut #selfcam time bos duk meeting kat blkg tu. =,=


ok. Ni la air tea seteko aq. SETEKO okay. =,=.


Tuesday 4 June 2013

Izzue Islam.

Hye, bebeyh. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Ada apa dengan IZZUE ISLAM ni? Yeah, dye kini dah jadi gossip terhangat, bila dye dah pom bergelar ‘SUAMI ORANG’. Pada 2 hari yang lepas. Haha mesti korang rasa yang aq baru tahu pasal berita ni, kan? NO. Aq tau sal hal ni dari semalam lagi. Cuma tu lah, busy sangat sampai tak dan nak post new entry. Lain korang, dapat berita then zup – zap – zup – zap seminit selepas itu, dah post entry baru. Korang tu jobless, boleh la bila- bila masa je nk update itu ini. Aq ni, jobmore, banyak kereje nak wat. Berita tentang hari ni, esok lusa tu aq baru ade free time nak wat entry. Ni pom kira okey tau lewat 2 hari aq update. Kalau aq bangkit kisah kawen si Izzue ni bulan depan..?? acano tu? Tak pasal- pasal aq ni di’COP’ ‘P.P.M’ – Pemudi Pengamit Memori. Huh.. sastera giler ayat. Haha Entah – entah bulan depan si Izzue ni dah bakal jadi ayah. Aq pulak update entry pasal dye bakal jadi ayah tahun depan nyer. Biar la time tu anak dye dah selamat lahir kat dunia dah pom. Dan begitu la seterusnya aktiviti meng-update- blog aq yg selalu je lambat. Hikhok.

Berbalik pada topic asal. ADA APA DENGAN IZZUE ISLAM?

Haaa… ini yang aq heran kan. Dye ni berlakon citer apa? Sumpah aq tak kenal doo. Naseb baik isu dye jadi tunang orang minggu-minggu lepas HOT giler. Tahu la jugak kan muka dye acane. Itu baru issue dye tunang dah HOT. Lagi HOTTSS biler dye dah selamat diijabkabulkan. Jadi suami orang tu. Bini dye lak…ermm.. Rasanya tak perlu la aq bagitau sape nama bini dye tu kan. Semua orang dah harap maklum dah pom. Korang kan, PapaMamaRazzi gitu-gitu.

Yang meng-heran-kan aq, nape la ramai sangat frust dye dah kawen. Kawan aq tu, tengah seronok – seronok chat, dye pergi mencelah pasal Izzue dah kahwin. Aq tak nafikan, si Izzue ni, boleh la dikira encem. Dye putih. Ade rupa la. Maybe sebab tu kot ramai yang frust dye dah kahwen. Kengkawan FB aq pom banyak post sal ke-FRUST-an diorang bila si Izzue dah berbini. Alahai..

Bukan takat kengkawan aq ngan FB itu aje. Yang aq nak bercerita sebenar nya adalah…

Aq pergi ke Wisma Persekutuan nak ambik IC baru aq. Alang –alang tu, abah aq pom nak buat IC baru jugak. Sedang aq duk menunggu abah aq siap dengan urusan dye tu, aq bace la newspaper. Aq belek – baca – belek – baca tu, tibalah di muka surat pasal perkahwinan Izzue. Muka surat sebelah dye pulak pasal si Fouziah hantu tu bertunang. Aq ni duk syok – syok la bace pasal Fouziah tu, tetiba je ade tangan kanan dari belakang grab paper aq. Dengan bersungguh nya dye bergossip dengan kawan sebelah dye tu pasal bini Izzue ni. Nampak tak ke – DIE – HARD – FANS nyer dye towards si Izzue ni.  Haha Aq ni terkejut la, pehal lak minah ni nak grab paper aq kan. Aq hiraukan je lah dye, nampak cam budak baru capai umur 18 tahun je gaya. Aq bace apa yang aq bace, dye bace apa yg dye nak bace. Bace tu aq tak kisah la kan, ni tak. Mulut dye, wallawei, kalah Azwan Ali bergossip. Kemain kata bini Izzue ni tak lawa la, freehair pulak tu, bla bla bla. Aq dengar tak dengar je gitu. Then aq jeling la kat cermin yang ade tergantung kat dinding sebelah aq ni, nampak la jugak refleksi orang belakang aq. Uhm.. budak ni. Patut la mulut kemain sedap mengata orang. Rupanya diri sendiri tak pernah tengok cermin la kot sepanjang dye hidup tu. Bukan nak kata apa, budak yang bergossip tu, dah la gelap, hitam – hitam manis la gitu, pakai tudung memang pakai tudung, tapi baju t-shirt nya baju adik. Huh, bangga sangat la tu kata kat orang lain freehair sebab dye bertudung, kan. Tapi kalau bertudung tapi pakai baju - t-shirt – lengan – pendek – size – baju – adik pulak tu, tak guna jugak adik wei. Ish..macam –macam betol la.

Korang, kalau nak bergossip artis ni, bila nak baca paper beli sendiri okay. Jangan nak menumpang sekaki bace paper orang tapi mulut sedap mengata bagai. Tak pasal – pasal mereka yang membeli paper tu turut mendapat dosa sebab  TERdengar umpatan korang tu. Harap maklum okey.

Anyway, Congrates Izzue for your wedding. Apa apa pom, di hati ku tetap si Beto Kusyairy. Eh? Tetiba. haha