Thursday, 30 May 2013

Kuasa Allah. #SubhanAllah #Alhamdulillah.

The End of May. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Siapa tahu yang aq bakal update blog aq ni. Bwahaha memang agak lama jugak la aq menyepi. Bukan kerana pergi bercuti ke hapa ke. Ini semua kerana.. M.A.L.A.S. haha itu je pom. Nak –nak sekarang aq tengah berseronak – dua – ronak dengan baby baru aq tu. Si GN tu. Nak mesej pom dalam hp tu, nak beronline pom dengan hp tu. Memang terpinggir sungguh la lappy aq ni. Haha Jahat betol aq. Habis madu sepah dibuang. Disebabkan tenet dekat baby baru aq tu dah expired, baru la tangan ni terhegeh – hegeh nak bukak lappy. Kalau la lappy ni bernyawa, mau nya dye sepak tuan dye ni suh maen jauh – jauh. Merajuk punye pasal. :p

Before this aq memang tak de mende sangat nak bercerita. Kalau nak update hari – hari blog pom, mesti bosan sebab kena bace mende yang samaaaaa aje. Tapi hari ni, aura dye lain macam cikit. Haaa..cikit dah la. Aura bebanyak lain cerita pulak kang. Pe yang aq nak ceritakan? Banyak. Sangat. Haha. Tapi aq pendekkan cerita aq, so that nak bace entry ni pom x de la bebal sangat mata memandang lagi hati nak pikul membacanya. 

Petang tadi, on the way aq nak ke kedai, aq nampak keta En. Asri dengan bini dye duk sebelah En. As. Haha aq pom x sangka dapat jumpa cg dalam petang tu. Duk tengah – tengah jalan raya pulak tu. Punya la aq engat keta cg boleh la jalan sebelah –menyebelah dengan keta abah aq ni ker, tapi ternyata abah aq ni drive dye, perghh… memang potong keta kiri potong keta kanan. Lalu terkebelakang la keta En. Asri tu. Dah jodoh setakat tu aje. Sedang aq mengelamun rindu kat cikgu – cikgu sekolah, boleh pulak aq nampak member lelaki sek. ren. aq dulu, Ridhuan, naik motor pakai baju warna merah kat jalan bertentang. Dekat dengan area bangunan Wisma Persekutuan tu la. Nape hape jalan tu aq pom x tau. Aq pom cam, eh, betol ke apa yang aq nampak? Ke pelanduk dua serupa? Soklan tu pom tergantung disitu.

Pada malam nya pulak, time maghrib la. Umie tengah solat. Aq pulak duk syok sangat maen game Crayon Physics dalam baby aq tu. Pastu dengar ade orang bagi salam.

“As..sala..mualai..kum..”

Aq ni dengan rasa tak puas atie nya ‘sape la yang ganggu aq maen game ni,’ pom berpaling ke arah suara bagi salam tu. Jawab salam tu jawab la kan. Toleh tu, aq tergamam 3 saat. WOW, 3 saat bagi aq sangat lama okeh di hadapan dye. Dye tu adalah wanita yang memberi salam tadi, iaitu Cik Su aq. Punye la aq hepi, aq bersalaman dengan dye sambil senyum lebar  ke telinga tau.haha Dye tanya mana umie, aq kata la dye tengah solat. Punye la hepi, sampai jantung aq dup dap dup dap. Tak pernah – pernah Cik Su datang ke kedai ni, itulah kali pertama dye datang kat kedai abah aq tu, setelah, errmm.. maybe almost 5 – 6 years la kot.

Kenapa Cik Su dah lama x datang ke kedai? Sebab ade konflik cikit, sampai tak pernah jumpa dan senyum sesama insan sepanjang 5- 6 tahun tu. Kenapa ade konflik? Itu semua tak perlu tahu. Yang berlalu biarlah berlalu. Let gone be by gone.

Terharu gila hati ni bila Cik Su datang. Dye bagi jeruk buah, sebab dye ade pergi penang hari tu, hantar si Nana kat matrik sana. Sangat terharu sih. Sampaikan aq post dalam FB gitu. Selama ni aq selalu berdoa kat Allah, moga- moga a whole big family dapat berkumpul dan kembali rapat. Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan kebesaran-Nya. Allah dah bukak pintu hati Cik Su untuk berbaik – baik dengan Along dan Umie. Allah juga telah bukak pintu hati Along dan Umie untuk menerima Cik Su. Masing – masing dengan rela hati menerima sesama sendiri. Tiada apa yang aq harapkan, melainkan mereka berbaik semula seperti dahulu kala waktu aq kecik dahulu. Aq nak sangat mereka berbaik sebelum aq pergi mengadap Ilahi. Ternyata Allah itu maha besar. SubhanAllah. Selepas solat maghrib tu jugak aq solat syukur, diatas perdamaian tadi.

Tapi lain pula yang terjadi bila abang aq dapat tahu yang Cik Su ada bagi jeruk buah kat umie. Jeruk yang telah selamat dalam mulutnya, diludahkan kembali ke tong sampah. Begitu hinanya jeruk tu sedemikian dikerjakan. Katanya, biarpom umie dah berbaik dengan Cik Su, tapi Cik Su tetap berhutang dengan dye, sebab dulu Cik Su pernah tuduh dye mencuri duit Cik Su. Begitu tertutup nya hati abang aq tu sampaikan kesalahan sekecil itu ingin diperbesarkannya. Aq pom, kalu kira, ada la jugak mak sedara aq menuduh aq mengajar anaknya yang bukan – bukan. Tapi Alhamdulillah, setakat ni, dalam hati tak simpan sedikit dendam pom kat mak sedara tu. Macammana aq nak buat agar hati abang aq tu terbuka untuk memaafkan seseorang dan melupakan segala kesalahan orang? FORGIVE AND FORGET.  Aq nak menasihatkan dye, nanti dye kata adiknya kurang ajar. Kalau tidak tegur, nanti jadi gaduh yang aura nya lain macam pulak. Hai..susah betol jadi adik ni. I wish I’ll be ANAK SULUNG, senang nak tegur adik – adik yang keras kepala dan tak ikut nasihat orang, just like my brother behavior. I’m giving that advice in the purpose of Allah sake. To lead them into Syurga, not neraka. Aq harap, hati abe diperlembutkan, agar mudah dye mengamalkan konsep Forgive, and Forget tadi. I’m tired of this game. The game that ruined the bonding of the family.

Biarla. Tolak ketepi kes abang aq tu. Dye dah habis degree, dah grad pom. Gambar pom dah terpampang pang pang kat dinding ruang tamu, pandai – pandai la dye pikir apa yang baik dan apa yang buruk. Semoga mata hati dye betol- betol dapat melihat apa yang berlian apa yang berkaca.

Apa yang aq gembirakan, Cik Su dah berbaik dengan umie. YEAH~ dapat beraya bersama- sama, gathering the whole big family. I respect giler kat Cik Su, sebab tindakan berani dye datang mengalah dan berbaik semula dengan umie dan Along. Umie pom tadi dah 3 kali cakap benda yang sama kat aq. “ Gembira sangat Umie dengan Cik Su awok sampai dah tak terkeluar air mata ni. Sangat gembira,” Yup Umie, me too. No Tears to shed because it’s too wasted to be GRATEFUL. May Allah keeps this family bonding tightly. In Shaa Allah. May Allah bless family and me. May Allah bless US. May Allah bless OUR DAY. :)

Jeruk buah ini adalah permulaan dari segala-galanya. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment