Long time no see.. weee..~ Welcome
to the blog. Assalamualaikum ●▽●
Well, banyak sangat kejadian yg berlaku sepanjang aq
tak menulis ni. Antara nya… JENG!
#Flashback
09Mei2013
Result. Sangat la mendebarkan. Aq dekan lagi ke sem ni?
Haha aq tak nafikan, aq memang dahagakan title ‘ D . E . K . A . N ’ tu, tapi
apa yg penting sekarang, aq cuma nak ambil tahu pasal pointer aq je. Jatuh ke,
naik ke pointer tu. Seram. Atceli, kol 2 pagi semalam lagi aq dah tahu yg
result memang dah sampai kat e-mail aq. Cuma, tu lah, aq malas nak tengok. Kang
frust menonggeng kang. Tak pasal2 aq hempas kusi time nak tutup kedai kang.
Haha so, aq decide nak solat hajat then tido (semalam ). Haha
* Ada family problems cikit yang membuatkan aq rasa
sensitive giler. Bukan masalah besar pom, cuma tu la, kalau boleh aq memang tak
nak ade rasa ketidakpuasan dalam hati anak-beranak ni. Ala, kalau dah darah
daging sendiri, tak payah la nak berkira hutang bagai kan. Halal kan je la.
Adik –beradik aq pinjam duit pom, aq tak kisah, diorang nak bayar ke tidak.
Asal diorang bahagia.So, because of that matter, I’ll cry, begging and pray to
Allah, moga perhubungan kami anak-beranak is always be alright :’) *
Pagi ni, kol 9 pagi aq bangun. Entah la nape.
Terasa semangat lak nak bangun awal –awal pagi nim. Bila tengok kat cermin,
naseb baek la mata ni tak de la nampak sangat ketaraan bengkak nya akibat
menangis semalam. Haha Bila bangun, tak bukak lagi internet. Rilek – rilek
dulu. Pergi mandi, jemur kain baju, kemas-kemas rumah cikit, tengok cartoon
kejap kat tibi tu. Haha rilek sangat,kan? Padahal dalam hati ni, kalau boleh
taknak tengok pom result tu. Haha kengkawan aq pom dah sibuk mesej aq tnya “ berapa
pointer? ” “ Dekan
lagi ker? ” Sibuk
je diorg. Haha
Apapom, aq kuatkan
semangat aq, aq bukak jugak e-mail aq. Kol 11.49 pagi. Bila aq bukak, ayoyoyo….
Memang aq tak nafikan. SERONOKKKK sangat tengok result
aq nim. Well. Aq tahu, tak de lah terer sangat, pointer pom just 3.55 je.
JER. Tapi itu lah, aq bangga la dapat
result cegini. Berbaloi dengan usaha aq duk study before exam bulan lepas.
Hagaga yang paling aq tak leh blah giler, tu ha. Bila PP (Professional Practise
I) tu, aq dapat A-. haha Teringat aq kat En. Esham cakap. “ Memang tak de orang pom dapat A dalam subjek nim. A-,A core, ataupun A+.
Takde. ” Ni, aq dapat A- ni, pe citer? Haha napok blawok En. Esham tu. Haha
Anyways, I’m happy for this result. Lepas ni, nak tuntut Galaxy Note II ngan
Abang aq. Haha Masih tersimpan rapi mesej dye dalam hp aq.
“
Galaxy note..kalu sem ni bleh dekan..xnati ko abh wi..haha”
-
retrieved from 08-01-2013,07:26pm -
10Mei2013
Petang kol 4, aq dah bertolak pergi KL. Terasa berkobar
–kobar lak. Haha padahal sebelum ni memang dah banyak kali pergi KL. Tapi entah
nape, memang rasa seronok sangat dapat pergi KL. Lagi –lagi dengan family.
Terasa mengimbau kembali zaman-zaman aq kecik mula-mula. *Well, I’m being grow up
at KL. So, banyak memori indah tercipta * engat nak teman abah drive dari
Kelantan sampai ke KL. Tapi malang, aq tertido jugak di tengah jalan :’) *
Pukul 12.30 tengah malam, baru tiba di Gombak.
11Mei2013
Hari ni nak pergi jalan-jalan. Jalan –jalan kemana?
Haha mula – mula, kitorang pergi amik k. Ayu and K. farah dulu. Lepas tu, baru
lah singgah di Muzium topeng. Sangat lelah bergelak ketawa, naik turun tangga. Terasa
cam kanak-kanak bawah umur 15 tahun lak bermain kejar-kejaran amik gambar
bagai. Eii…
After that, Umie, biasala, nak pergi bershoping. Aq
lak, tak suka sangat bershoping. Unless, aq ade benda nak beli. So, sekarang
ni, perasaan aq nak membeli camera berkobar - kobar. Haha Akhirnya, satu family
dah berpakat. Aq, abah, abang and K. Farah, pergi Low Yat. While Umie, k. Ayu
and K. Eila, bershoping kat times square tu.Abah marah kat aq jugak, nape nak sangat beli camera.
Kata la, sebab aq ni suka amik gambar. Plus, camera dah murah kan. Abah marah kat aq jugak, paksa suh
aq beli handphone. Katanya, zaman sekarang ni orang amik gambar pkai handphone
je. Memang la. Tapi handphone yang ade camera yg sangat la canggih tu, bukankah
mahal? Samsung Galaxy, HTC, Sony, ade la dalam Rm 1 k kot. Kalau guna camera, aq mampu lagi la nak guna dalam
RM800 dengan duit ptptn tu. Hehe (kalau pihak PTPTN bace ni, sah –sah blacklist
nama aq) Ni, suruh aq beli Handphone. Aiyoo..mana mampu lol. Survey punye
survey, semua adek-beradek aq suh aq beli handphone. Haiyaa.. memang naseb aq
la kempunan nak pegang camera. Survey, survey, survey, tetiba abah aq terlekat
kat satu kiosk ni. Dye memperkenalkan Xnote, jenama Malaysia punye. Memang size
sebijik, sama kot dengan Samsung Note punyer design. Kalu orang lain tengok
sekali pintas, memang orang akan kata tu handphone Samsung punye la. XNote II,
harga nya RM780. Standard la, harga hp tak berapa nak berjenama. Disebabkan
Galaxy Note II Samsung punye brand tu cepat hang, compare la XNote tu dengan
Galaxy Note I. Bak kata abang aq, Galaxy Note I is much better than Galaxy note
II, even though processor galaxy Note II lagi tinggi. Aq tak kisah sal
processor ke apa, yg penting camera. CAMERA~~~
Galaxy Note I, harga dye RM950. Perghh.. nak dekat seribu siot.
Last sekali,
compare compare compare, abah decide amik galaxy Note. Bersorak abang kakak aq,
mengalah kan aq yang nak kena beli mende tu. So, melayang la RM950 dengan
begitu mudahnya. Piunggg~ (bunyik duit
melayang) haha k. tak lawak. Nak bayar handphone tu by cash tau.
Haa…kemaen. Nak guna credit card, mau nyer ade caj 2% or 5% from handphone
price tu. Tak ke naye. Naseb baik dalam wallet abah ada la simpan beratus –
ratus jugak. Tapi tak cukup pom RM900. Haha Ade RM800 je. Naseb baek jugak la
hari tu ade la RM200 dalam purse aq. Kecian pulak aq nengok abah melayangkan
duit dye free-free kerana aq. Tapi korang jangan salah sangka key, aq bayar
balik duit abah tau. Bayar balik okeh. Tunggu nak withdraw duit je. Huhu
Lalu, berbahagia la aq dengan HANDPHONE baru aq nim.
Tadaaaaa~
Galaxy
Note I
Abang : Selamat duit gaji
aq daripada melayang kena beli handphone Galaxy note.
Aq : Cis @#$%^&
No comments:
Post a Comment