Wednesday, 8 May 2013

RESULT MUET 2013


Baru tahu 5 minit tadi. Welcome to the blog. Assalamualaikum  ●▽●

Pukul 8.30 malam.

Aq check hp aq. Sekali ade miss call lak. Aq heran jugak, sape la nak call aq time cuti – cuti cegini. Sekali, nom Dila. Then, Nampak pulak 1 mesej masuk. Dari Dila jugak. Aq dah heran, nape ngan minah ni, rindu aq ke? Kekekeke Nampak benor ko ni pasan giler! Aq pom bukak la mesej tu.

Elly, result MUET dah keluar.

Bila aq baca je mesej tu, tangan aq terus ketar – ketar. Biar betol? Aq engatkan, dalam akhir – akhir bulan Mei ni ker kuar result. Awal nye. Aq apa lagi, terus online. Taip la kat Abang Google “ Result MUET 2013” hurmm.. memang terus terpangpang kat skrin lappy aq ni. Dengan bismillah nya, aq click. Then, isi i/c aq kat ruangan kosong yg disediakan tu. Aq tutup mata kot time click submit tu. Dalam 5 saat camtu, aq bukak balik mata aq. DAN….

Itulah result aq.

BAND 2…………..????????????????!!!!!!!!!!!!ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!! aq taknak REPEAT!!!! Ini betol-betol cobaan nih! Nampaknya, terpaksa la aq kena amik balik muet ni. Ahh.. sangat menyeksakan jiwa. Tak boleh ke bagi aq markah lagi 11 tu, biar dapat band 3..?!! Bila tengok result MUET ni, cam nak menyumpah pom ada. Tapi aq bukan lah insan  yang suka sumpah seranah ni. Haha So, biarla. Ilmu. Aq tak berkira sangat . Tapi, hal duit tu la yang bermasalah. Dah la kena beli nom pin dye. Bukan nya murah, mahal. RM100 kot. Then, aq korbankan lagi RM25. Sebab nak transfer tempat exam muet nih. Alih – alih, band 2 je aq dapat. Sabor je la mak jah. Tak pe, demi Ilmu.

Aq tak tau result kengkawan yang lain. Yang aq pasti, Mastura tu mesti boleh band 3. For sure la. Minah tu memang rilek je Bi. Orang dah terer Bi, cegitu la. Laen la cam aq ni. Aq dah agak dah, aq mesti failed muet ni. Dah la dari sem 1 sampai la sem 3, tak pernah pom dapat A dalam BEL. Menyampah gila. Apsal bi aq makin low huh?

Nak kata aq selalu riak ngan bi aq, tak pernah lak aq speaking ngan sesapa. Kalau speaking time tulis kat twitter, fb, standard la tu. Social network la katakan. Haha hurm..

Aq betol – betol speechless ngan result yg aq dapat. Sangat la tak adil. Yang aq pening sekarang ni, kat mana aq nak amik muet nih? Sapa nak anta aq nanti? Persoalan sungguh! Okay, aq bertekad, aq nak amik lesen motor! Nak amik lesen keta, nak rembat keta sapa? Kat umah aq nih dah ada 3 motor. Dah la abang aq dapat kerja kat KL. Tinggal la motor dye keseorangan terperuk kat garaj rumah. Nak tak nak, aq kena amik lessen motor gak. Uhm.. tunggu nak bagitau abah aq je tentang hal nim.

Aq TERsangat sedih la sekarang. Tapi tak de lak air mata yang keluar. Tak tahu nape. Aq tak nampak pe kejadah faedah dan apa –a pa perkataan yang ada ‘dah’ kat belakang tu lagi sampai aq kena menangis keluar air mata bagai. Yang aq pasti, aq sangat sedih sekarang ni. Terasa macam dah berada di zaman kejatuhan. Berat betol bahu memikul, berat lagi hati menanggung.  Ade ke peribahasa camtu? Haha lantak ah.

TAPI....! Ada something yang membuatkan aq betol- betol speechless. Disebabkan rasa tak puas hati pasal result Muet aq ni, then, aq google, then click kat web rasmi MUET, www.mpm.edu.my. Aq pom click lagi dekat Regulations, Test Specification, Test Format, and Sample Questions. Then, roll down sepanjang berapa page entah mende tu, aq terlihat la range mark ikut band. Mata aq memang tercari - cari markah untuk band 3.  then, tadaaaa....


Ce korang tengok range mark untuk Band 3 haa... 140 - 179 kot! Dan aq dapat markah tadi..?? 139 ! Bayang kan la, just 1 markah je lagi aq nak capai Band 3. Terasa diri ni failure giler. Kalau la aq gigih cikiiitt je lagi, mesti dapat Band 3. Kalau. Kalau. uh... Memang down gegiler la. Terasa mendung je atas kepala ni.




Terasa sangat hiba. Uhh.. memang tak dapat diucap dengan kata - kata. Aq tengok cerita "Hello! Causelor" kat tibi KBS World pom tak mampu nak hilang kan rasa kesedihan di hati nim. Begitu hiba nya. uhh...


Lama aq memendungkan diri aq ( ade ke orang letak  ayat me-'mendung'-kan sebelum ni? ), aq cuba BANGKIT! dari rasa sangat lemah dan tiada semangat. Aq google pulak kat laman web rasmi UiTM. Tengok syarat - syarat kelayakan untuk masuk degree. then, TADAA~!!!!



Hanya perlukan Band 1 je nak further study. haha terasa sangat la lega. Means that, aq tak perlu la bersusah payah nak ambil balik MUET, right? haha bila tahu pasal hal ni, baru la hati ni tenteram gila. Mekacih Uitm, sebab tetapkan sekurang- kurangnya, Band 1 MUET untuk further ke degree QS ni. hohoho.


p/s: Tahniah buat Hyeri Girls’ Day, sebab dapat bercouple ngan Tony H.O.T. - biar pon jarak umur diorang 16 tahun. Betol la, cinta tak kenal usia. Cewahh……~ (tetiba =,=') Oh ya. Jumaat ni dah kena bertolak ke KL. kbye. Bwahahahahaha ^_^








1 comment:

  1. hello. i baru habes exm muet. please wish me luck. but yeayy, my teacher saided if want a course what we apply, we must get at least band 3 because if we achieve only band 2, we only get a low or bad course which is not can work in future. so dear, can you explain clearly?

    ReplyDelete