Ramadhan bakal
berakhir (nanges). Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●
Sepetang
Ramadhan, aq duk diam-diam dalam kereta, tengok pemandangan kat luar sana.
Tengok rumah besar. Seronok kalau dapat tinggal rumah banglo 2@3 tingkat ni.
Sebab rumah aq rumah teres setingkat aje. Tengok pulak keta besar, automatic sebut
‘kayanya diaaaa’. Kereta kancil tu mmg tak tengok lelama dah, eventhough aq
sefamily ni guna kereta wira je pom. Haha Pastu tiba di satu traffic light,
abah aq berhenti. Ye la sebab lampu merah kot. Haha Time tu la peluang aq sibok
nk usha sana sini dgn lagi tekun. Tetiba abah aq bersuara
“Diorang-diorang ni
sindiket mintak sedekah la ni,”
Lalu
cecepat pandangan aq terarah pada sekumpulan makcik-makcik yg aq agak umur dlm
40-an, lintas jalan kat depan keta aq ni. Cecepat gak aq nengok dari mana
tangnye makcik-makcik ni. Zapp aq terpandang keta viva putih. Wat derk je driver viva tu. Aq tengok balik
kat makcik-makcik yg dh jauh berjalan menuju ke bank berdekatan. Dah nak raya
kot. Bulan puasa lak tu. Baju –baju makcik tu, kira cam penduduk kg ulu-ulu yg
sangggat pendalaman gayanya. Tudung pulak tak yah nk cakap la, Tak masuk rona
kaler lgsung dgn baju tu. Selekeh. Mmg
selekeh. Then aq pikir cemana la diorang boleh hidup dengan suasana camtu?
Cemana la diorang boleh survive hidup dengan sentiasa mengemis duit orang lain?
Kenapalah dia kena ikut arahan ‘Orang Atasan’ suh diorang mengemis? DAN macamana kalau hidup aq macam diorang? Aq pandang diri sendiri
yang tengah senang-lenang duduk dalam keta yg ber-air-cond dengan kaki kanan
atas kaki kiri, laikdaboss gitu. Sentap jap.
Sepetang
Ramadhan, sedang aq tengah tolong umie masak (acece bajet anak dara rajin masuk dapur la ni). Tengah duk sibok
kacau tumis pedas ni, ada makcik yg tak tahu pulak cemana rupa fizikal tapi
dengar suara dye duk melaung kat belakang rumah aq ni
“Kakok wehhh, tok se
beli sayur ko..???” Akak, taknak
beli sayur ke…???
Pintu dapur tertutup. Yg kedengaran dri luar
mungkin kokkehkohkeh bila sudip bertemu dengan kuali. Aq dengan umie aq cam eh,
biar betol ade orang jual sayur belakang rumah kan. Umie aq dengan nada hormat
konon taknak guriskan hati si penjual tu bagitau la “Tak nak. Sayur dah ada semuanya,”. Tapi aq tak brape sure orang
kat luar tu boleh dengar ke tak. Haha gelak la gelak. Sebenarnya aq agak
kehairanan, sebab selama ni tak pernah pulak orang menjual sayur di belakang
rumah. Mungkin dye cuba nk jual sayur dari rumah ke rumah dengan mendengar
rumah sape je la yg tengah memasak tu. Dengan cara tu, possibility untuk
laku-kan sayuran dye tu à tinggi. Bagus betol pemikiran makcik ni.
Bernas. Then setelah berapa minit kemudian (yg aq agak pasti makcik jual sayur
tu dah tak de dekat area rumah aq), aq bukak pintu dapur. Panas nye sinaran
matahari…terik wehh…! Then aq
terpikir, cemana la makcik tu boleh jual dalam keadaan yg panas ni? Cemana la
makcik tu boleh bertahan dalam panas dan dalam puasa? Reflek, tengok diri sendiri. Bersantai masak kat rumah, sebab
barang dapur semua abah dah borong kat supermarket. Tak payah bersengkang di
bawah terik matahari. Sentap jap.
Sebenarnya sibok bercerita ni sebab nak muhasabah diri.
Selama ni, aq selalu merungut nak yg tu nk yg ini, tanpa aq sedar sebenarnya
ada yg lebih jauh daif tak dapat apa-apa. Yang tengah bace blog aq ni pom patut
bersyukur sebab korang dapat ‘connect’ dengan internet (samada free atau yg
berbayar) daripada mereka yg langsung buta IT, tak de gadjet-gadjet canggih cam
korang.
- Sebab
tu asyik sentap -
Kena bersyukur sebenarnya dengan apa yang dah ade
sekarang. Sememangnya Allah dah turunkan rezeki kepada hamba-Nya dengan pelbagai
cara dan rupa. Cemana kalau hidup korang mengemis cam kat atas tu? Cemana hidup
korang kena menjual dari rumah ke rumah camtu? Bukan niat nk kata org yg
mengemis or yg jual dri rumah ke rumah or apa2 yg korang rase ‘agak susah
hidup’ tu adalah hina. Tidak, tidak
sama sekali. Cuma nak bezakan kehidupan mana yg korang rase lagi bersenang
lenang. Cara hidup korang ke cara hidup diorang? Itu pun tak reti-reti nk
bersyukur? Renung-renungkan.
Selama ni aq sering rasa family aq ni selalu ade
financial problem. Itu tak cukup, ini tak cukup. Sedangkan bila tengok
betol-betol, hp aq pakai Galaxy Note.
Laptop Acer. Ada katil QUEEN. Ada wardrobe. Buku novel
berlambak-lambak. Baju bertimbun-timbun.
Ada letrik kt umah. Ada air kt minum. Ada dapur nk masak. Ada rice
cooker nk masak nasi. Itu pom duk kata ade ‘financial problem’?
Inilah manusia.
T A M A K.
So mulai saat ni, bersyukur la dengan apa yg ada
daripada TAK ADA. Bersyukur.
Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur. Muhasabahkan lah diri disaat kita
dalam kelalaian duniawi. Dah la Ramadhan hampir ke penghujung, kalau tak
bersyukur masa ni, entah-entah masuk raya Aidil Fitri still duk bermegah-megah
@ riak dengan harta yang ada. Menambahkan lagi riak tu dengan duk merungut
sebab tak cukup itu ini. Engat semua tu boleh bawak masuk kubur?
Atceli hal ini peringatan untuk diri sendiri aje. Tak
pe la, nak share-share je. Yang baik
dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. (Ehh…padan ke peribahasa
ni dengan criter aq kat ats tdi? :/ ) Apapapapom,
Mohon maaf jika terkasar ayat atau mane-mane yang telah mengguriskan hati.
Engat, BERSYUKURLAH. J
Selamat bersahur. Selamat berpuasa. Selamat berbuka.
Jangan lupa solat terawih.
p/s : Duduk dalam rumah je pom tapi tekak ni duk merengek nak air, kalau duk kat tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, acano lak..??
No comments:
Post a Comment