Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 7 August 2013

KAD RAYA.

POM! POM! Hon motor posmen berbunyi. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●


Wah.. raya dah nak dekat. So, aq sibukkan diri kemas2 dalam bilik. Bagi lawa bebanyak time raye nanti. Haha Kemas punye kemas.. tadaaaa!!!!~ jumpe khazanah ni…


Khazanah kad raya time scipp dulu..Eksaited gile dpt jumpe kad raya balik. Tetiba #Flashback lak.

Nasuha


Ini dia hasil tangan dripada Nasuha tu ha… my #roomate #buddies #samemonthbirthday #schoolmate.  Time ni dapat masa aq form 2. Meriah beno kad raya dye, sampai sekarang liplapliplap kat tulisan tu tak hilang-hilang gak.

“ Nasuha terbang Mencari Elly Akhirnya jumpa jugak! ”

Kemaen pantun camtu. Chomell kan..? haha Tak silap aq ini barang dapat sebelum aq nak naik keta abah aq pulang untuk berhari raya. Sebab tu la si Suha ni dengan hiperbola nye nk cari aq siap terbang-terbang. Kot? Haha Pepe pom this is sweet. ♥

Yatie


Nie lagi sorang minah yang aq sayang! Yatie..~ yg comey –comey gitu. Hoho *bodek* Yatie ni my #buddies #x-classmate #2K #3K #schoolmate tapi lain dorm, lain aras dorm, lain blok. hoho Masa form 3 suke beno dye ngusik acah-acah aq. Haha Femes tau dye ni, femes ngan tulisan dye. Tengok tu tengok tu, fuyoo.. dah macam ciri-ciri tulisan doctor. Haha Btw, she’s a good listener. Sape-sape ade probs, pergi la jumpe dye. Dah gaya boleh gantikan tempat guru kaunseling kat Scipp dulu nih. Hoho time ni pom kad raya zaman form 2. J

“Ingat 1 Sept 2007… hehe”

Ayat dye line k-3 tu. Haha okey Yatie, I remember always . Hanya kitew-kitew je tau :D

Sayrah


Tak rapat, but still be my #x-classmate #2K #3K #schoolmate. Haha Terharu dpt kad raya daripada dye ha..  *tearsdrop* Kad raya ni pom jamang form 2 mula.  Tengok la ayat dye, siap ade france france agi. Biasa la, orang dah blaja bahasa france. Yang aq ni blaja bahasa Arab dari tadika sampai la pada zaman tu tapi tak praktik-praktik gak bahasa tu.  (zaman skrg pom still tak praktikkan =,=) Yang penting, setem dye tu mahal ha….made by SAYRAH’s hand gitu. Ko pergi la kat pejabat pos terbesar di dunia pom blom tentu dpt setem cegitu haaa. Hanya aq je yg ade ~ May Allah bless you Sayrah! (v) peace

“ # Je t’aime plus
   # Je suis desoleé (maafkan saya) si (jika) ada buat salah
Tu as comprenace? (anda paham) ”

Paham Sayrah.. paham.. only if after you translate it :p

Baie


Ini #buddies dari jamang aq form 1 à sekarang. Still contact each other. My #buddies #x-classmate #schoolmate #besties #blockmate (ade ke blockmate?) and last but not least, lain dorm. Haha bergaduh berperang bermasam muka menyombong each other memang dh perkara biasa bagi kitorang. Nak beramah mesra, find at least one topic ‘bout KOREA. Pastu dah…. berjela-jela borak. Then menggila la kitorang dari pagi sampai malam tak sudah-sudah borak sal korea. Very addicted time tu. Well, korea pom korea gak, tapi kad raya tak lupe diberi. Hoho Mentang –mentang aq suke warna merah, dye bagi kat aq kad raya warna merak ke pink –pink gitu. Yang pasti aq COPP, muke minah kat kad raya tu is HER! Noktah okey. Lawa tak baie dlm kad raya tu? Haha

“ Ketupat rendang… Sila nikmati… Hai kawan..” – dialog kat bubble kiri tu

Dah suara sumbang, kemaen ko nyanyi dalam kad raya aq ni eh.. tak pe. Aq tolong nyanyi. eh, bunyik cam sedap plak dengar J hehe

Dayah Manaf


Si Dayah ni my #buddies #x-classmate masa form 1 until form 3. Time form 1 selalu borak-borak ngan dye. Paling suka sekali bila aq dgr dye bercerita sal kerenah adik-adik dye yg nakaaal sgt tu. Haha Naik form 2 – form 3, dye dah ade geng dye dah. ‘Dayahdarzaremea’ . Combination of the member’s name. Haha Aq dah dicampak ke tepi :p Btw, itu semua tak bermakna kitorang dah tak kawan langsung. See, dye bagi kad raya kat aq *sengih lebor-lebor*

“ Meh r rayo umoh… ”

Dah 7 tahun berlalu psal si Dayah ni ajak aq raye kat umah dye. Sampai ke sudah tak pernah-pernah aq gi beraye kat umah dye  :’( Inshaa Allah soon I’ll be raye kat umah ko ehh dayah J

Adda


Weee…~ ni sorang lagi my #buddies #schoolmate yg paling aq muahh muaahhh muahh.haha Tak pernah pom sekelas tapi rapat. Very friendly her. Naseb baik satu blok dgan dye. Cuma dye duk aras 2 aq duk aras 1. So, nak borak-borak ke minjam barang pepe ke, senang. Gi je dorm dye. Haha Masa ni form 2, dye bagi kad raya ni. Comey je tulisan dye, macam tuan empunya yg menulis. Hikhok.

“ Smoga ariey rayer tahun2 ni akn jadik lebih indah dr tahun sblmnyerr”

Inshaa Allah, May Allah ease everything. Lub you.

Mostly kad raya yg aq jumpe ni semuanya dtg dari jamang form 2. Wondering jugak, takkan time f1, f3, f4 & f5 tak pernah dpt kad raya ekk…?? Ke aq dah buang & campak jejauh..? Allahualam. Aq sendiri pom dah tak teringat. Ini pom naseb baik jumpa kad raya masa skola dulu. Alhamdulillah, atleast ade memori nak dikenang. Tapi zaman canggih skrg aq dah tak dapat kad raya. Posmen pom dah pencen drpd dtg depan umah aq. Yang duk active nye, hp ni ha. Berkelip, vibrate non-stop sbb ramai beno wish raya by sms. Dah canggih ler katakan.
Atceli ade la lagi 4-5 kad raya yg aq dpt. Cuma, yelah, kad raya from senior & junior je. Rasanye tak perlu kot aq upload dicini. Yang 6 Kad raya kat atas tu pom dah jenuh aq edit bagi lelawa cam  nmpk vintage gitu, nie kan pulak nak tambah edit yg kad raya senior dan jr bagi. Nie lah kuasa pemalas namanya. Hahaha

Teringat dulu masa tecik-tecik mula duk eksaited ‘tak sabar nk beraya yeayy’. Haha Pastu mula la duk sibuk hias lelawa kad raya, then check list nama kat sape je nk kasi kad raye tu. Haha orang lain busy wat kuih raya beli baju raya, kite bizi nk wat kad raya. Kanak-kanak, pe je yg dipikirkan time tu J

Seriously, aq suka dapat kad raya menjelang hari raya Aidil Fitri ni . Lebih suka drpd org anta sms. So, anyone can send me the ‘kad raya’ for this year pleaseee?

P/s : teringin nk join reunion v5 :’(

Friday, 2 August 2013

SEPETANG RAMADHAN.

Ramadhan bakal berakhir (nanges). Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●


Sepetang Ramadhan, aq duk diam-diam dalam kereta, tengok pemandangan kat luar sana. Tengok rumah besar. Seronok kalau dapat tinggal rumah banglo 2@3 tingkat ni. Sebab rumah aq rumah teres setingkat aje. Tengok pulak keta besar, automatic sebut ‘kayanya diaaaa’. Kereta kancil tu mmg tak tengok lelama dah, eventhough aq sefamily ni guna kereta wira je pom. Haha Pastu tiba di satu traffic light, abah aq berhenti. Ye la sebab lampu merah kot. Haha Time tu la peluang aq sibok nk usha sana sini dgn lagi tekun. Tetiba abah aq bersuara

“Diorang-diorang ni sindiket mintak sedekah la ni,”

Lalu cecepat pandangan aq terarah pada sekumpulan makcik-makcik yg aq agak umur dlm 40-an, lintas jalan kat depan keta aq ni. Cecepat gak aq nengok dari mana tangnye makcik-makcik ni. Zapp aq terpandang keta viva putih. Wat derk je driver viva tu. Aq tengok balik kat makcik-makcik yg dh jauh berjalan menuju ke bank berdekatan. Dah nak raya kot. Bulan puasa lak tu. Baju –baju makcik tu, kira cam penduduk kg ulu-ulu yg sangggat pendalaman gayanya. Tudung pulak tak yah nk cakap la, Tak masuk rona kaler lgsung dgn baju tu. Selekeh. Mmg selekeh. Then aq pikir cemana la diorang boleh hidup dengan suasana camtu? Cemana la diorang boleh survive hidup dengan sentiasa mengemis duit orang lain? Kenapalah dia kena ikut arahan ‘Orang Atasan’ suh diorang mengemis? DAN macamana kalau hidup aq macam diorang? Aq pandang diri sendiri yang tengah senang-lenang duduk dalam keta yg ber-air-cond dengan kaki kanan atas kaki kiri, laikdaboss gitu. Sentap jap.

Sepetang Ramadhan, sedang aq tengah tolong umie masak (acece bajet anak dara rajin masuk dapur la ni). Tengah duk sibok kacau tumis pedas ni, ada makcik yg tak tahu pulak cemana rupa fizikal tapi dengar suara dye duk melaung kat belakang rumah aq ni

“Kakok wehhh, tok se beli sayur ko..???”  Akak, taknak beli sayur ke…???

 Pintu dapur tertutup. Yg kedengaran dri luar mungkin kokkehkohkeh bila sudip bertemu dengan kuali. Aq dengan umie aq cam eh, biar betol ade orang jual sayur belakang rumah kan. Umie aq dengan nada hormat konon taknak guriskan hati si penjual tu bagitau la “Tak nak. Sayur dah ada semuanya,”. Tapi aq tak brape sure orang kat luar tu boleh dengar ke tak. Haha gelak la gelak. Sebenarnya aq agak kehairanan, sebab selama ni tak pernah pulak orang menjual sayur di belakang rumah. Mungkin dye cuba nk jual sayur dari rumah ke rumah dengan mendengar rumah sape je la yg tengah memasak tu. Dengan cara tu, possibility untuk laku-kan sayuran dye tu à tinggi. Bagus betol pemikiran makcik ni. Bernas. Then setelah berapa minit kemudian (yg aq agak pasti makcik jual sayur tu dah tak de dekat area rumah aq), aq bukak pintu dapur. Panas nye sinaran matahari…terik wehh…! Then aq terpikir, cemana la makcik tu boleh jual dalam keadaan yg panas ni? Cemana la makcik tu boleh bertahan dalam panas dan dalam puasa? Reflek, tengok diri sendiri. Bersantai masak kat rumah, sebab barang dapur semua abah dah borong kat supermarket. Tak payah bersengkang di bawah terik matahari. Sentap jap.

Sebenarnya sibok bercerita ni sebab nak muhasabah diri. Selama ni, aq selalu merungut nak yg tu nk yg ini, tanpa aq sedar sebenarnya ada yg lebih jauh daif tak dapat apa-apa. Yang tengah bace blog aq ni pom patut bersyukur sebab korang dapat ‘connect’ dengan internet (samada free atau yg berbayar) daripada mereka yg langsung buta IT, tak de gadjet-gadjet canggih cam korang.

- Sebab tu asyik sentap - 

Kena bersyukur sebenarnya dengan apa yang dah ade sekarang. Sememangnya Allah dah turunkan rezeki kepada hamba-Nya dengan pelbagai cara dan rupa. Cemana kalau hidup korang mengemis cam kat atas tu? Cemana hidup korang kena menjual dari rumah ke rumah camtu? Bukan niat nk kata org yg mengemis or yg jual dri rumah ke rumah or apa2 yg korang rase ‘agak susah hidup’ tu adalah hina. Tidak, tidak sama sekali. Cuma nak bezakan kehidupan mana yg korang rase lagi bersenang lenang. Cara hidup korang ke cara hidup diorang? Itu pun tak reti-reti nk bersyukur? Renung-renungkan.

Selama ni aq sering rasa family aq ni selalu ade financial problem. Itu tak cukup, ini tak cukup. Sedangkan bila tengok betol-betol, hp aq pakai Galaxy Note. Laptop Acer. Ada katil QUEEN. Ada wardrobe. Buku novel berlambak-lambak. Baju bertimbun-timbun. Ada letrik kt umah. Ada air kt minum. Ada dapur nk masak. Ada rice cooker nk masak nasi. Itu pom duk kata ade ‘financial problem’?

Inilah manusia.

T A M A K.

So mulai saat ni, bersyukur la dengan apa yg ada daripada TAK ADA. Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur. Muhasabahkan lah diri disaat kita dalam kelalaian duniawi. Dah la Ramadhan hampir ke penghujung, kalau tak bersyukur masa ni, entah-entah masuk raya Aidil Fitri still duk bermegah-megah @ riak dengan harta yang ada. Menambahkan lagi riak tu dengan duk merungut sebab tak cukup itu ini. Engat semua tu boleh bawak masuk kubur?

Atceli hal ini peringatan untuk diri sendiri aje. Tak pe la, nak share-share je. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. (Ehh…padan ke peribahasa ni dengan criter aq kat ats tdi? :/ ) Apapapapom, Mohon maaf jika terkasar ayat atau mane-mane yang telah mengguriskan hati.

Engat, BERSYUKURLAH. J


Selamat bersahur. Selamat berpuasa. Selamat berbuka. Jangan lupa solat terawih. 

p/s : Duduk dalam rumah je pom tapi tekak ni duk merengek nak air, kalau duk kat tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, acano lak..??