The End of May. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●
Siapa tahu yang aq
bakal update blog aq ni. Bwahaha memang agak lama jugak la aq menyepi. Bukan
kerana pergi bercuti ke hapa ke. Ini semua kerana.. M.A.L.A.S. haha itu je pom.
Nak –nak sekarang aq tengah berseronak – dua – ronak dengan baby baru aq tu. Si
GN tu. Nak mesej pom dalam hp tu, nak beronline pom dengan hp tu. Memang
terpinggir sungguh la lappy aq ni. Haha Jahat betol aq. Habis madu sepah
dibuang. Disebabkan tenet dekat baby baru aq tu dah expired, baru la tangan ni
terhegeh – hegeh nak bukak lappy. Kalau la lappy ni bernyawa, mau nya dye sepak
tuan dye ni suh maen jauh – jauh. Merajuk punye pasal. :p
Before this aq
memang tak de mende sangat nak bercerita. Kalau nak update hari – hari blog
pom, mesti bosan sebab kena bace mende yang samaaaaa aje. Tapi hari ni, aura
dye lain macam cikit. Haaa..cikit dah la. Aura bebanyak lain cerita pulak kang.
Pe yang aq nak ceritakan? Banyak. Sangat. Haha. Tapi aq pendekkan cerita aq, so
that nak bace entry ni pom x de la bebal sangat mata memandang lagi hati nak
pikul membacanya.
Petang tadi, on the
way aq nak ke kedai, aq nampak keta En. Asri dengan bini dye duk sebelah En. As.
Haha aq pom x sangka dapat jumpa cg dalam petang tu. Duk tengah – tengah jalan
raya pulak tu. Punya la aq engat keta cg boleh la jalan sebelah –menyebelah dengan
keta abah aq ni ker, tapi ternyata abah aq ni drive dye, perghh… memang potong
keta kiri potong keta kanan. Lalu terkebelakang la keta En. Asri tu. Dah jodoh
setakat tu aje. Sedang aq mengelamun rindu kat cikgu – cikgu sekolah, boleh
pulak aq nampak member lelaki sek. ren. aq dulu, Ridhuan, naik motor pakai baju
warna merah kat jalan bertentang. Dekat dengan area bangunan Wisma Persekutuan
tu la. Nape hape jalan tu aq pom x tau. Aq pom cam, eh, betol ke apa yang aq nampak?
Ke pelanduk dua serupa? Soklan tu pom tergantung disitu.
Pada malam nya
pulak, time maghrib la. Umie tengah solat. Aq pulak duk syok sangat maen game
Crayon Physics dalam baby aq tu. Pastu dengar ade orang bagi salam.
“As..sala..mualai..kum..”
Aq ni dengan rasa
tak puas atie nya ‘sape la yang ganggu
aq maen game ni,’ pom berpaling ke arah suara bagi salam tu. Jawab salam tu
jawab la kan. Toleh tu, aq tergamam 3 saat. WOW, 3 saat bagi aq sangat lama
okeh di hadapan dye. Dye tu adalah wanita yang memberi salam tadi, iaitu Cik Su
aq. Punye la aq hepi, aq bersalaman dengan dye sambil senyum lebar ke telinga tau.haha Dye tanya mana umie, aq
kata la dye tengah solat. Punye la hepi, sampai jantung aq dup dap dup dap. Tak
pernah – pernah Cik Su datang ke kedai ni, itulah kali pertama dye datang kat
kedai abah aq tu, setelah, errmm.. maybe almost 5 – 6 years la kot.
Kenapa Cik Su dah lama x datang ke kedai? Sebab ade
konflik cikit, sampai tak pernah jumpa dan senyum sesama insan sepanjang 5- 6
tahun tu. Kenapa ade konflik? Itu semua tak perlu tahu. Yang berlalu biarlah
berlalu. Let gone be by gone.
Terharu gila hati
ni bila Cik Su datang. Dye bagi jeruk buah, sebab dye ade pergi penang hari tu,
hantar si Nana kat matrik sana. Sangat terharu sih. Sampaikan aq post dalam FB
gitu. Selama ni aq selalu berdoa kat Allah, moga- moga a whole big family dapat
berkumpul dan kembali rapat. Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan kebesaran-Nya.
Allah dah bukak pintu hati Cik Su untuk berbaik – baik dengan Along dan Umie.
Allah juga telah bukak pintu hati Along dan Umie untuk menerima Cik Su. Masing –
masing dengan rela hati menerima sesama sendiri. Tiada apa yang aq harapkan,
melainkan mereka berbaik semula seperti dahulu kala waktu aq kecik dahulu. Aq
nak sangat mereka berbaik sebelum aq pergi mengadap Ilahi. Ternyata Allah itu
maha besar. SubhanAllah. Selepas solat maghrib tu jugak aq solat syukur, diatas
perdamaian tadi.
Tapi lain pula yang terjadi bila abang aq dapat
tahu yang Cik Su ada bagi jeruk buah kat umie. Jeruk yang telah selamat dalam
mulutnya, diludahkan kembali ke tong sampah. Begitu hinanya jeruk tu sedemikian
dikerjakan. Katanya, biarpom umie dah berbaik dengan Cik Su, tapi Cik Su tetap
berhutang dengan dye, sebab dulu Cik Su pernah tuduh dye mencuri duit Cik Su.
Begitu tertutup nya hati abang aq tu sampaikan kesalahan sekecil itu ingin
diperbesarkannya. Aq pom, kalu kira, ada la jugak mak sedara aq menuduh aq
mengajar anaknya yang bukan – bukan. Tapi Alhamdulillah, setakat ni, dalam hati
tak simpan sedikit dendam pom kat mak sedara tu. Macammana aq nak buat agar
hati abang aq tu terbuka untuk memaafkan seseorang dan melupakan segala kesalahan
orang? FORGIVE AND FORGET. Aq nak
menasihatkan dye, nanti dye kata adiknya kurang ajar. Kalau tidak tegur, nanti
jadi gaduh yang aura nya lain macam pulak. Hai..susah betol jadi adik ni. I
wish I’ll be ANAK SULUNG, senang nak tegur adik – adik yang keras kepala dan
tak ikut nasihat orang, just like my brother behavior. I’m giving that advice
in the purpose of Allah sake. To lead them into Syurga, not neraka. Aq harap,
hati abe diperlembutkan, agar mudah dye mengamalkan konsep Forgive, and Forget
tadi. I’m tired of this game. The game that ruined the bonding of the family.
Biarla. Tolak
ketepi kes abang aq tu. Dye dah habis degree, dah grad pom. Gambar pom dah
terpampang pang pang kat dinding ruang tamu, pandai – pandai la dye pikir apa
yang baik dan apa yang buruk. Semoga mata hati dye betol- betol dapat melihat
apa yang berlian apa yang berkaca.
Apa yang aq gembirakan, Cik Su dah berbaik dengan
umie. YEAH~ dapat beraya bersama- sama, gathering the whole big family. I
respect giler kat Cik Su, sebab tindakan berani dye datang mengalah dan berbaik
semula dengan umie dan Along. Umie pom tadi dah 3 kali cakap benda yang sama kat
aq. “ Gembira sangat Umie dengan Cik Su awok sampai dah tak terkeluar air mata
ni. Sangat gembira,” Yup Umie, me too. No Tears to shed because it’s too
wasted to be GRATEFUL. May Allah keeps this family bonding tightly. In Shaa
Allah. May Allah bless family and me. May Allah bless US. May Allah bless OUR
DAY. :)
Jeruk buah ini adalah permulaan dari segala-galanya. Alhamdulillah.