Wednesday, 12 June 2013

My 2nd Practical.

Bohsangg... Welcome to the blog. Assalamualaikum

2nd day practical. Aq bawak laptop. Lantak ah. Haha Daripada hari semalam tak buat apa-apa, baik aq bawak laptop boleh gak download movie – movie korea. Hagaga Hari ni jugak bru dapat rgister course. Sempat la jugak lepal - lepak layan Running Man ep 146. Tapi bagi aq, ep tu tak berapa nak fun sangat la. Org lain duk jalan kiri kanan depan blkg, tapi aq melonggo je depan lappy tengok RM. Perghh..kalah anak bos kalu cegini. Kalau la dapat gaji aq rasa mau nye bulan ni aq tak dapat langsung gaji sebab duk lepak camtu j. Haha Eh, hello. Even so, staff meja pnyambut tetamu tu pom layan FB je. Mmg bohsan siall. Aq tengok file-file yg tersusun kat rak tu pom mcam dah tak bermaya sbb… aq mmg tak paham pepe pom document - document berkenaan. I wish i can understand each pages of BQ/tender/etc file.

Petang tadi, BOS bagitau esok kitorg kena pergi site kat Gua Musang. Ok la. Hepi la ni, tapi kejap tu, dye bagitau tak payah la. Kat gua musang jauh, tak sesuai dgn pompuan la. Apa la. Then, dye suh kitorg site visit kat Pengkalan Chepa je. Aduh.. jauh- jauh la adventure. Urm.. ikut la. Asal dpt tgok site tu cemana.  Tapi tadi dye call engineer, tatau boleh pergi site ke tak. Eii.. masalah betol. Petang tadi jugak, aq balik dari opis ngan Kak eira, one of the staff kat opis tu a.k.a. opismate. Hehe dah alang- alang dye balik searah sejalan ke rumah aq, hantar aq la. Tikah pulak nak pergi kbmall lagi. Erm.

Memang aq gerun sangat nak balik dengan Kak Eira. Bukan sebab dye garang, tapi sebab dye stranger. Err.. aq kan tak berapa nak mesra sangat dengan orang luar. So, i take a deep breath, then bual dengan Kak Eira cam biasa je. Kak Eira okay je. Rupanya aq baru tahu, dye tu dulu blaja amik course akauntan. So, dekat opis je, kerja dye as jaga duit masuk keluar opis tu je la. Abang Fendi tu just bekerja tolong – tolong uruskan kerja di luar pejabat cam nak hantar cek ke, bayar mende tu mende ni ke. Tapi yang palingg mengejutkan aq ialah, Abang Ha, yang aq engtkan BOS selama ni, just Ketua operasi pejabat je weh. BIG BOSS sebenarnya mane pernah masuk dalam opis lagi. Nama BIG BOSS aq tu En. Azlan. Bak kata Kak Eira, En. Azlan tu biasa nya masuk opis hari Khamis je. Alololo... No wonder la staff –staff kat situ panggil ‘Abang Ha’ yang selama ni aq anggap as BIG BOSS tu. =,=’

Tikah dah jadi bestfwent photostat dah. haha



layan Running Manep 140 sebab tikah tak tengok episode tu.
File yang berlambak tapi nak tido aje bila bukak file semua nim. hurm..


I'm sleepy, during office hour :P


Tuesday, 11 June 2013

R O B I H A H. S D N. B H D.

That just a name of contractor’s company. Welcome to the blog. Assalamualaikum

10 June 2013

Robihah sdn. Bhd.

That’s the company that i will practical for 4 months. Officially. Then finally, the day I practical, is comes. Haha

Sangat la nervous sejak semalam lagi. Memang aq tak pergi restaurant bapak aq la. Duk umah aje. Berchatting, sms, whatsapp dgn bebudak yang bakal practical besok. Ngee. Duk pikir esok nak pakai baju apa, warna apa, kena pilih tudung lagi, nak iron lagi. Ahh.. banyak sangat yang bermain difikiran. Nak – nak aq ni dah la tak ada lesen kereta or motor, nampak nya nak pergi kerja kena naik kereta sapu tepi jalan ni aje la. Ok, korang x tau kereta sapu tu apa. Sama macam teksi la. Just kereta sapu ni tak de la nak bayar tambang guna meter. Just bayar secara rawak je. Lebih murah la berbanding yang guna meter tu. Takkan la aq nk suruh abah aq pulak hantar aq gi kerja. Dah la balik kerja pukul 3-4 pagi, tido pulak ade la around 5am kot. Letih la dye nak bangun pukul 8 pagi semata-mata nak hantar aq pergi tempat kerja tu. Nasib badan la kena berdikari.

Pagi 10 June 2013 telah pun tiba. Aq bangun pukul 6 pagi kot, nak bagitau yg SEMANGAT nya aq hari tu. Bukak twitter, bhaii. Semua heboh kata nervous nk pergi practical. Haha same goes to me la. Bersiap itu ini, then pukul 8.00 pagi, i’m DONE. Orang lain bawak scale ruler la, SMM la, calculator, but i’m heading to office dengan Handbag; notebook, pen, borang lapor diri, attandance, my baby (G.N.) and make up. Tu aje. Haha simple, right?

Bila aq bukak pintu nak keluar dari rumah, dyda call aq tetiba. Kata yg dye nervousla, perut buat hal la. Haish gegurl ni, tyme cegini la baru nak call aq bagai. Dah la keluar rumah pukul 8 tu pom blom tentu kereta sapu lalu depan aq ke tidak. Time tu jugak la abah aq bukak balik pintu rumah, asking me “ Nak pergi tempat kerja naik apa?” aq pom apa lagi, hang off call then kata la nak naik kereta sapu je. Pastu abah kata “ Tak payah. Abah hantar.” Time tu aq rase serba salah pulak sebab menganggu tidur abah. :(

Bila abah hantar aq, baru la perasan yang aq tak nampak pom kereta sapu sepanjang perjalanan aq ke opis. Grr.. naseb baik abah tawarkandiri nak hantar aq. Tyme tu aq baru rasa nak ketuk je kepala ni sebab tak buat lesen motor / kereta after SPM. Arghh.. Tak pasal – pasal dah menyusahkan orang lain. 

Sampai je kat opis aq yang tikah kata pintu pejabat sebelah kedai lampu, aq tengok pintu tu tertutup rapat lagi. Means, no workers come yet. So, terconggok la aq depan pintu tu dengan abah yang setia menunggu dengan aq. Time tu tikah tak datang lagi. Selang 3 minit camtu, tikah datang. Time tu la abah aq pergi tinggalkan aq. Uhh.. tq abah :’)

Sedang borak – borak dengan tikah and Ikram, tetiba someone comes then salam dengan ikram. Lelaki okay. Ikram dah tercenggang – cenggang nape lelaki tu salam dengan dye, aq ngan tikah dah agak dahdye tu mesti one of the staff opis yang bakal kitorang menjalani practical tu. Ikram memang lembap pom dalam memikirkan hal ni. =,=

Sampai kat dalam opis tu, tercengang lagi kitorang depan meja menyambut tetamu. It’s small office. Boleh muat dalam 10 persons je kot. Masa tu, just staff lelaki tu j yg ade. Yang lain..? hareem. Memang tak de. So, sementara tengah menunggu apa yang kitorang kena buat, kitorang borak-borak bodoh, lawak bodoh. Dalam around kol 9.30 pagi jugak la, kitorang baru diberi taklimat oleh BIG BOSS. Hoho seronok dengar dye bagi taklimat. Bagi syarat – syarat dan tatasusila bekerja la itu la ini la. Yang paling best sekali, bila dye kata kitorang akan pergi site visit kat Gua Musang, on 12 Jun 2013. Perghh.. jauh tu. Gila hepi. Haha  dah la esok lusa pulak tu. Hepi.

Then BIG BOSS blah, kitorang dah tatau nak wat pe. Tanya la staff  lelaki tadi (call him Abang Fendi), dye kata budak practical kena rilek dulu on 1st day ni. Kitorang cam. Oh, okay la. Tapi bila bukak twitter FB apa semua, uhh.. kemain merungut yang lain kata banyak kerja la, kena wat Taking off la, kira excavation, and others. Memang nampak busy. Sedangkan aq and others kat Robihah ni.. goyang kaki je weh. Naseb baik la baby aq ni ade. Layan je la semua sosial network ngan baby ni.

Mmg 1st day aq tak wat pepe pom. Maen amik gambar, letak dlm IG, maen tweet, FB. Weechat. Whatsapp, habis semua social network aq bantai layan. Memang sangat la puas tak buat apa - apa. Bila minta nak buat kerja,kata Abang Fendi, rilek ahh dulu. So kitorang rilek la. Then, dalam kol 11.30, aq kena wat air tea seteko. SETEKO ok not secawan. Bingai. Aq selama ni buat air secawan je bhaii.. Dah la Tikah puasa time tu. Mmg habis la aq lanyak kena wat air. Aq pom wat la. Dah BIG BOSS suruh kan. Letak la gula 5 sudu besar. Lantak dye la. Staff pompuan kata manis nye. Aq pom. Terasa la jugak takut- takut nye. Takut dikritik. Haha.  Dari pagi hingga ke petang mmg tak buat kerja. Whatsapp dgn bebudak ni, diorg sume kata kena kira excavation la, reinforcement la, steel la, tender la, report la, mcam- macam. Jelly pulak dapat tau kerja diorang camtu.

Yang menghairankan aq la kan, semua staff kat opis ni panggil BIG BOSS tu just ‘Abang Ha’ je. Eh, tak formal lak. Rilek and sporting gile BOS ni. Biar betol. Maybe dye ni jenis yang merendah diri la kot. Kekadang takut jugak, takkan la BOS nak panggil ‘Abang Ha’ je? Memang aq ngan tikah tak tau la nak panggil apa. Last – last ikut je la style staff yang lain. Tapi hari ni BOS memang baik hati gila. Dye suruh kitorang balik rumah, eventhough time tu baru pukul 3.30 petang. Kitorang dengan rasa cam ‘eh, betul ke ni? Betul k?’ sambil angkat beg, balik je la. Haha Aq balik tumpang tikah je la. Before sampai rumah, sempat lagi kitorang pergi billion beli barang. Dah tikah kata dye nak wat spaghetti. Haha

So, memang itu la hakikatnya 1st day practical aq. Tak de buat apa-apa pom. Rasa sleepyyy sangat kat opis tadi. Layan mesej dyda ngan mas je. Haha ok. Rasanya ini j kot nak bercerita. Adios. Jumpa esok la. Esok aq criter plak cemana 2nd day practical aq :D

Hambik ko.Terkezut aq bila makanan terkumpul kat opis nih. Megi pom ade sekali.  :D


Ini sangat rare and hevoc. ade ke patut #selfcam time bos duk meeting kat blkg tu. =,=


ok. Ni la air tea seteko aq. SETEKO okay. =,=.


Tuesday, 4 June 2013

Izzue Islam.

Hye, bebeyh. Welcome to the blog. Assalamualaikum

Ada apa dengan IZZUE ISLAM ni? Yeah, dye kini dah jadi gossip terhangat, bila dye dah pom bergelar ‘SUAMI ORANG’. Pada 2 hari yang lepas. Haha mesti korang rasa yang aq baru tahu pasal berita ni, kan? NO. Aq tau sal hal ni dari semalam lagi. Cuma tu lah, busy sangat sampai tak dan nak post new entry. Lain korang, dapat berita then zup – zap – zup – zap seminit selepas itu, dah post entry baru. Korang tu jobless, boleh la bila- bila masa je nk update itu ini. Aq ni, jobmore, banyak kereje nak wat. Berita tentang hari ni, esok lusa tu aq baru ade free time nak wat entry. Ni pom kira okey tau lewat 2 hari aq update. Kalau aq bangkit kisah kawen si Izzue ni bulan depan..?? acano tu? Tak pasal- pasal aq ni di’COP’ ‘P.P.M’ – Pemudi Pengamit Memori. Huh.. sastera giler ayat. Haha Entah – entah bulan depan si Izzue ni dah bakal jadi ayah. Aq pulak update entry pasal dye bakal jadi ayah tahun depan nyer. Biar la time tu anak dye dah selamat lahir kat dunia dah pom. Dan begitu la seterusnya aktiviti meng-update- blog aq yg selalu je lambat. Hikhok.

Berbalik pada topic asal. ADA APA DENGAN IZZUE ISLAM?

Haaa… ini yang aq heran kan. Dye ni berlakon citer apa? Sumpah aq tak kenal doo. Naseb baik isu dye jadi tunang orang minggu-minggu lepas HOT giler. Tahu la jugak kan muka dye acane. Itu baru issue dye tunang dah HOT. Lagi HOTTSS biler dye dah selamat diijabkabulkan. Jadi suami orang tu. Bini dye lak…ermm.. Rasanya tak perlu la aq bagitau sape nama bini dye tu kan. Semua orang dah harap maklum dah pom. Korang kan, PapaMamaRazzi gitu-gitu.

Yang meng-heran-kan aq, nape la ramai sangat frust dye dah kawen. Kawan aq tu, tengah seronok – seronok chat, dye pergi mencelah pasal Izzue dah kahwin. Aq tak nafikan, si Izzue ni, boleh la dikira encem. Dye putih. Ade rupa la. Maybe sebab tu kot ramai yang frust dye dah kahwen. Kengkawan FB aq pom banyak post sal ke-FRUST-an diorang bila si Izzue dah berbini. Alahai..

Bukan takat kengkawan aq ngan FB itu aje. Yang aq nak bercerita sebenar nya adalah…

Aq pergi ke Wisma Persekutuan nak ambik IC baru aq. Alang –alang tu, abah aq pom nak buat IC baru jugak. Sedang aq duk menunggu abah aq siap dengan urusan dye tu, aq bace la newspaper. Aq belek – baca – belek – baca tu, tibalah di muka surat pasal perkahwinan Izzue. Muka surat sebelah dye pulak pasal si Fouziah hantu tu bertunang. Aq ni duk syok – syok la bace pasal Fouziah tu, tetiba je ade tangan kanan dari belakang grab paper aq. Dengan bersungguh nya dye bergossip dengan kawan sebelah dye tu pasal bini Izzue ni. Nampak tak ke – DIE – HARD – FANS nyer dye towards si Izzue ni.  Haha Aq ni terkejut la, pehal lak minah ni nak grab paper aq kan. Aq hiraukan je lah dye, nampak cam budak baru capai umur 18 tahun je gaya. Aq bace apa yang aq bace, dye bace apa yg dye nak bace. Bace tu aq tak kisah la kan, ni tak. Mulut dye, wallawei, kalah Azwan Ali bergossip. Kemain kata bini Izzue ni tak lawa la, freehair pulak tu, bla bla bla. Aq dengar tak dengar je gitu. Then aq jeling la kat cermin yang ade tergantung kat dinding sebelah aq ni, nampak la jugak refleksi orang belakang aq. Uhm.. budak ni. Patut la mulut kemain sedap mengata orang. Rupanya diri sendiri tak pernah tengok cermin la kot sepanjang dye hidup tu. Bukan nak kata apa, budak yang bergossip tu, dah la gelap, hitam – hitam manis la gitu, pakai tudung memang pakai tudung, tapi baju t-shirt nya baju adik. Huh, bangga sangat la tu kata kat orang lain freehair sebab dye bertudung, kan. Tapi kalau bertudung tapi pakai baju - t-shirt – lengan – pendek – size – baju – adik pulak tu, tak guna jugak adik wei. Ish..macam –macam betol la.

Korang, kalau nak bergossip artis ni, bila nak baca paper beli sendiri okay. Jangan nak menumpang sekaki bace paper orang tapi mulut sedap mengata bagai. Tak pasal – pasal mereka yang membeli paper tu turut mendapat dosa sebab  TERdengar umpatan korang tu. Harap maklum okey.

Anyway, Congrates Izzue for your wedding. Apa apa pom, di hati ku tetap si Beto Kusyairy. Eh? Tetiba. haha 


Thursday, 30 May 2013

Kuasa Allah. #SubhanAllah #Alhamdulillah.

The End of May. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Siapa tahu yang aq bakal update blog aq ni. Bwahaha memang agak lama jugak la aq menyepi. Bukan kerana pergi bercuti ke hapa ke. Ini semua kerana.. M.A.L.A.S. haha itu je pom. Nak –nak sekarang aq tengah berseronak – dua – ronak dengan baby baru aq tu. Si GN tu. Nak mesej pom dalam hp tu, nak beronline pom dengan hp tu. Memang terpinggir sungguh la lappy aq ni. Haha Jahat betol aq. Habis madu sepah dibuang. Disebabkan tenet dekat baby baru aq tu dah expired, baru la tangan ni terhegeh – hegeh nak bukak lappy. Kalau la lappy ni bernyawa, mau nya dye sepak tuan dye ni suh maen jauh – jauh. Merajuk punye pasal. :p

Before this aq memang tak de mende sangat nak bercerita. Kalau nak update hari – hari blog pom, mesti bosan sebab kena bace mende yang samaaaaa aje. Tapi hari ni, aura dye lain macam cikit. Haaa..cikit dah la. Aura bebanyak lain cerita pulak kang. Pe yang aq nak ceritakan? Banyak. Sangat. Haha. Tapi aq pendekkan cerita aq, so that nak bace entry ni pom x de la bebal sangat mata memandang lagi hati nak pikul membacanya. 

Petang tadi, on the way aq nak ke kedai, aq nampak keta En. Asri dengan bini dye duk sebelah En. As. Haha aq pom x sangka dapat jumpa cg dalam petang tu. Duk tengah – tengah jalan raya pulak tu. Punya la aq engat keta cg boleh la jalan sebelah –menyebelah dengan keta abah aq ni ker, tapi ternyata abah aq ni drive dye, perghh… memang potong keta kiri potong keta kanan. Lalu terkebelakang la keta En. Asri tu. Dah jodoh setakat tu aje. Sedang aq mengelamun rindu kat cikgu – cikgu sekolah, boleh pulak aq nampak member lelaki sek. ren. aq dulu, Ridhuan, naik motor pakai baju warna merah kat jalan bertentang. Dekat dengan area bangunan Wisma Persekutuan tu la. Nape hape jalan tu aq pom x tau. Aq pom cam, eh, betol ke apa yang aq nampak? Ke pelanduk dua serupa? Soklan tu pom tergantung disitu.

Pada malam nya pulak, time maghrib la. Umie tengah solat. Aq pulak duk syok sangat maen game Crayon Physics dalam baby aq tu. Pastu dengar ade orang bagi salam.

“As..sala..mualai..kum..”

Aq ni dengan rasa tak puas atie nya ‘sape la yang ganggu aq maen game ni,’ pom berpaling ke arah suara bagi salam tu. Jawab salam tu jawab la kan. Toleh tu, aq tergamam 3 saat. WOW, 3 saat bagi aq sangat lama okeh di hadapan dye. Dye tu adalah wanita yang memberi salam tadi, iaitu Cik Su aq. Punye la aq hepi, aq bersalaman dengan dye sambil senyum lebar  ke telinga tau.haha Dye tanya mana umie, aq kata la dye tengah solat. Punye la hepi, sampai jantung aq dup dap dup dap. Tak pernah – pernah Cik Su datang ke kedai ni, itulah kali pertama dye datang kat kedai abah aq tu, setelah, errmm.. maybe almost 5 – 6 years la kot.

Kenapa Cik Su dah lama x datang ke kedai? Sebab ade konflik cikit, sampai tak pernah jumpa dan senyum sesama insan sepanjang 5- 6 tahun tu. Kenapa ade konflik? Itu semua tak perlu tahu. Yang berlalu biarlah berlalu. Let gone be by gone.

Terharu gila hati ni bila Cik Su datang. Dye bagi jeruk buah, sebab dye ade pergi penang hari tu, hantar si Nana kat matrik sana. Sangat terharu sih. Sampaikan aq post dalam FB gitu. Selama ni aq selalu berdoa kat Allah, moga- moga a whole big family dapat berkumpul dan kembali rapat. Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan kebesaran-Nya. Allah dah bukak pintu hati Cik Su untuk berbaik – baik dengan Along dan Umie. Allah juga telah bukak pintu hati Along dan Umie untuk menerima Cik Su. Masing – masing dengan rela hati menerima sesama sendiri. Tiada apa yang aq harapkan, melainkan mereka berbaik semula seperti dahulu kala waktu aq kecik dahulu. Aq nak sangat mereka berbaik sebelum aq pergi mengadap Ilahi. Ternyata Allah itu maha besar. SubhanAllah. Selepas solat maghrib tu jugak aq solat syukur, diatas perdamaian tadi.

Tapi lain pula yang terjadi bila abang aq dapat tahu yang Cik Su ada bagi jeruk buah kat umie. Jeruk yang telah selamat dalam mulutnya, diludahkan kembali ke tong sampah. Begitu hinanya jeruk tu sedemikian dikerjakan. Katanya, biarpom umie dah berbaik dengan Cik Su, tapi Cik Su tetap berhutang dengan dye, sebab dulu Cik Su pernah tuduh dye mencuri duit Cik Su. Begitu tertutup nya hati abang aq tu sampaikan kesalahan sekecil itu ingin diperbesarkannya. Aq pom, kalu kira, ada la jugak mak sedara aq menuduh aq mengajar anaknya yang bukan – bukan. Tapi Alhamdulillah, setakat ni, dalam hati tak simpan sedikit dendam pom kat mak sedara tu. Macammana aq nak buat agar hati abang aq tu terbuka untuk memaafkan seseorang dan melupakan segala kesalahan orang? FORGIVE AND FORGET.  Aq nak menasihatkan dye, nanti dye kata adiknya kurang ajar. Kalau tidak tegur, nanti jadi gaduh yang aura nya lain macam pulak. Hai..susah betol jadi adik ni. I wish I’ll be ANAK SULUNG, senang nak tegur adik – adik yang keras kepala dan tak ikut nasihat orang, just like my brother behavior. I’m giving that advice in the purpose of Allah sake. To lead them into Syurga, not neraka. Aq harap, hati abe diperlembutkan, agar mudah dye mengamalkan konsep Forgive, and Forget tadi. I’m tired of this game. The game that ruined the bonding of the family.

Biarla. Tolak ketepi kes abang aq tu. Dye dah habis degree, dah grad pom. Gambar pom dah terpampang pang pang kat dinding ruang tamu, pandai – pandai la dye pikir apa yang baik dan apa yang buruk. Semoga mata hati dye betol- betol dapat melihat apa yang berlian apa yang berkaca.

Apa yang aq gembirakan, Cik Su dah berbaik dengan umie. YEAH~ dapat beraya bersama- sama, gathering the whole big family. I respect giler kat Cik Su, sebab tindakan berani dye datang mengalah dan berbaik semula dengan umie dan Along. Umie pom tadi dah 3 kali cakap benda yang sama kat aq. “ Gembira sangat Umie dengan Cik Su awok sampai dah tak terkeluar air mata ni. Sangat gembira,” Yup Umie, me too. No Tears to shed because it’s too wasted to be GRATEFUL. May Allah keeps this family bonding tightly. In Shaa Allah. May Allah bless family and me. May Allah bless US. May Allah bless OUR DAY. :)

Jeruk buah ini adalah permulaan dari segala-galanya. Alhamdulillah.


Saturday, 18 May 2013

Hadiah buat aku.


Long time no see.. weee..~ Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

Well, banyak sangat kejadian yg berlaku sepanjang aq tak menulis ni. Antara nya… JENG!

#Flashback

09Mei2013

Result. Sangat la mendebarkan. Aq dekan lagi ke sem ni? Haha aq tak nafikan, aq memang dahagakan title ‘ D . E . K . A . N ’ tu, tapi apa yg penting sekarang, aq cuma nak ambil tahu pasal pointer aq je. Jatuh ke, naik ke pointer tu. Seram. Atceli, kol 2 pagi semalam lagi aq dah tahu yg result memang dah sampai kat e-mail aq. Cuma, tu lah, aq malas nak tengok. Kang frust menonggeng kang. Tak pasal2 aq hempas kusi time nak tutup kedai kang. Haha so, aq decide nak solat hajat then tido (semalam ). Haha

* Ada family problems cikit yang membuatkan aq rasa sensitive giler. Bukan masalah besar pom, cuma tu la, kalau boleh aq memang tak nak ade rasa ketidakpuasan dalam hati anak-beranak ni. Ala, kalau dah darah daging sendiri, tak payah la nak berkira hutang bagai kan. Halal kan je la. Adik –beradik aq pinjam duit pom, aq tak kisah, diorang nak bayar ke tidak. Asal diorang bahagia.So, because of that matter, I’ll cry, begging and pray to Allah, moga perhubungan kami anak-beranak is always be alright :’) *

 Pagi ni, kol 9 pagi aq bangun. Entah la nape. Terasa semangat lak nak bangun awal –awal pagi nim. Bila tengok kat cermin, naseb baek la mata ni tak de la nampak sangat ketaraan bengkak nya akibat menangis semalam. Haha Bila bangun, tak bukak lagi internet. Rilek – rilek dulu. Pergi mandi, jemur kain baju, kemas-kemas rumah cikit, tengok cartoon kejap kat tibi tu. Haha rilek sangat,kan? Padahal dalam hati ni, kalau boleh taknak tengok pom result tu. Haha kengkawan aq pom dah sibuk mesej aq tnya berapa pointer? Dekan lagi ker? Sibuk je diorg. Haha

Apapom, aq kuatkan semangat aq, aq bukak jugak e-mail aq. Kol 11.49 pagi. Bila aq bukak, ayoyoyo….


Memang aq tak nafikan. SERONOKKKK sangat tengok result aq nim. Well. Aq tahu, tak de lah terer sangat, pointer pom just 3.55 je. JER.  Tapi itu lah, aq bangga la dapat result cegini. Berbaloi dengan usaha aq duk study before exam bulan lepas. Hagaga yang paling aq tak leh blah giler, tu ha. Bila PP (Professional Practise I) tu, aq dapat A-. haha Teringat aq kat En. Esham cakap. “ Memang tak de orang pom dapat A dalam subjek nim. A-,A core, ataupun A+. Takde. ” Ni, aq dapat A- ni, pe citer? Haha napok blawok En. Esham tu. Haha Anyways, I’m happy for this result. Lepas ni, nak tuntut Galaxy Note II ngan Abang aq. Haha Masih tersimpan rapi mesej dye dalam hp aq.

“ Galaxy note..kalu sem ni bleh dekan..xnati ko abh wi..haha”
-          retrieved from 08-01-2013,07:26pm -   
      10Mei2013

    Petang kol 4, aq dah bertolak pergi KL. Terasa berkobar –kobar lak. Haha padahal sebelum ni memang dah banyak kali pergi KL. Tapi entah nape, memang rasa seronok sangat dapat pergi KL. Lagi –lagi dengan family. Terasa mengimbau kembali zaman-zaman aq kecik mula-mula. *Well, I’m being grow up at KL. So, banyak memori indah tercipta * engat nak teman abah drive dari Kelantan sampai ke KL. Tapi malang, aq tertido jugak di tengah jalan :’) *
       
        Pukul 12.30 tengah malam, baru tiba di Gombak.

         11Mei2013
       
       Hari ni nak pergi jalan-jalan. Jalan –jalan kemana? Haha mula – mula, kitorang pergi amik k. Ayu and K. farah dulu. Lepas tu, baru lah singgah di Muzium topeng. Sangat lelah bergelak ketawa, naik turun tangga. Terasa cam kanak-kanak bawah umur 15 tahun lak bermain kejar-kejaran amik gambar bagai. Eii…

After that, Umie, biasala, nak pergi bershoping. Aq lak, tak suka sangat bershoping. Unless, aq ade benda nak beli. So, sekarang ni, perasaan aq nak membeli camera berkobar - kobar. Haha Akhirnya, satu family dah berpakat. Aq, abah, abang and K. Farah, pergi Low Yat. While Umie, k. Ayu and K. Eila, bershoping kat times square tu.Abah marah kat aq jugak, nape nak sangat beli camera. Kata la, sebab aq ni suka amik gambar. Plus, camera dah  murah kan. Abah marah kat aq jugak, paksa suh aq beli handphone. Katanya, zaman sekarang ni orang amik gambar pkai handphone je. Memang la. Tapi handphone yang ade camera yg sangat la canggih tu, bukankah mahal? Samsung Galaxy, HTC, Sony, ade la dalam Rm 1 k kot. Kalau guna camera, aq mampu lagi la nak guna dalam RM800 dengan duit ptptn tu. Hehe (kalau pihak PTPTN bace ni, sah –sah blacklist nama aq) Ni, suruh aq beli Handphone. Aiyoo..mana mampu lol. Survey punye survey, semua adek-beradek aq suh aq beli handphone. Haiyaa.. memang naseb aq la kempunan nak pegang camera. Survey, survey, survey, tetiba abah aq terlekat kat satu kiosk ni. Dye memperkenalkan Xnote, jenama Malaysia punye. Memang size sebijik, sama kot dengan Samsung Note punyer design. Kalu orang lain tengok sekali pintas, memang orang akan kata tu handphone Samsung punye la. XNote II, harga nya RM780. Standard la, harga hp tak berapa nak berjenama. Disebabkan Galaxy Note II Samsung punye brand tu cepat hang, compare la XNote tu dengan Galaxy Note I. Bak kata abang aq, Galaxy Note I is much better than Galaxy note II, even though processor galaxy Note II lagi tinggi. Aq tak kisah sal processor ke apa, yg penting camera. CAMERA~~~ Galaxy Note I, harga dye RM950. Perghh.. nak dekat seribu siot. 

Last sekali, compare compare compare, abah decide amik galaxy Note. Bersorak abang kakak aq, mengalah kan aq yang nak kena beli mende tu. So, melayang la RM950 dengan begitu mudahnya. Piunggg~ (bunyik duit melayang) haha k. tak lawak. Nak bayar handphone tu by cash tau. Haa…kemaen. Nak guna credit card, mau nyer ade caj 2% or 5% from handphone price tu. Tak ke naye. Naseb baik dalam wallet abah ada la simpan beratus – ratus jugak. Tapi tak cukup pom RM900. Haha Ade RM800 je. Naseb baek jugak la hari tu ade la RM200 dalam purse aq. Kecian pulak aq nengok abah melayangkan duit dye free-free kerana aq. Tapi korang jangan salah sangka key, aq bayar balik duit abah tau. Bayar balik okeh. Tunggu nak withdraw duit je. Huhu

Lalu, berbahagia la aq dengan HANDPHONE baru aq nim. Tadaaaaa~

Galaxy Note I

Abang : Selamat duit gaji aq daripada melayang kena beli handphone Galaxy note.
Aq : Cis @#$%^&



















Wednesday, 8 May 2013

RESULT MUET 2013


Baru tahu 5 minit tadi. Welcome to the blog. Assalamualaikum  ●▽●

Pukul 8.30 malam.

Aq check hp aq. Sekali ade miss call lak. Aq heran jugak, sape la nak call aq time cuti – cuti cegini. Sekali, nom Dila. Then, Nampak pulak 1 mesej masuk. Dari Dila jugak. Aq dah heran, nape ngan minah ni, rindu aq ke? Kekekeke Nampak benor ko ni pasan giler! Aq pom bukak la mesej tu.

Elly, result MUET dah keluar.

Bila aq baca je mesej tu, tangan aq terus ketar – ketar. Biar betol? Aq engatkan, dalam akhir – akhir bulan Mei ni ker kuar result. Awal nye. Aq apa lagi, terus online. Taip la kat Abang Google “ Result MUET 2013” hurmm.. memang terus terpangpang kat skrin lappy aq ni. Dengan bismillah nya, aq click. Then, isi i/c aq kat ruangan kosong yg disediakan tu. Aq tutup mata kot time click submit tu. Dalam 5 saat camtu, aq bukak balik mata aq. DAN….

Itulah result aq.

BAND 2…………..????????????????!!!!!!!!!!!!ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!! aq taknak REPEAT!!!! Ini betol-betol cobaan nih! Nampaknya, terpaksa la aq kena amik balik muet ni. Ahh.. sangat menyeksakan jiwa. Tak boleh ke bagi aq markah lagi 11 tu, biar dapat band 3..?!! Bila tengok result MUET ni, cam nak menyumpah pom ada. Tapi aq bukan lah insan  yang suka sumpah seranah ni. Haha So, biarla. Ilmu. Aq tak berkira sangat . Tapi, hal duit tu la yang bermasalah. Dah la kena beli nom pin dye. Bukan nya murah, mahal. RM100 kot. Then, aq korbankan lagi RM25. Sebab nak transfer tempat exam muet nih. Alih – alih, band 2 je aq dapat. Sabor je la mak jah. Tak pe, demi Ilmu.

Aq tak tau result kengkawan yang lain. Yang aq pasti, Mastura tu mesti boleh band 3. For sure la. Minah tu memang rilek je Bi. Orang dah terer Bi, cegitu la. Laen la cam aq ni. Aq dah agak dah, aq mesti failed muet ni. Dah la dari sem 1 sampai la sem 3, tak pernah pom dapat A dalam BEL. Menyampah gila. Apsal bi aq makin low huh?

Nak kata aq selalu riak ngan bi aq, tak pernah lak aq speaking ngan sesapa. Kalau speaking time tulis kat twitter, fb, standard la tu. Social network la katakan. Haha hurm..

Aq betol – betol speechless ngan result yg aq dapat. Sangat la tak adil. Yang aq pening sekarang ni, kat mana aq nak amik muet nih? Sapa nak anta aq nanti? Persoalan sungguh! Okay, aq bertekad, aq nak amik lesen motor! Nak amik lesen keta, nak rembat keta sapa? Kat umah aq nih dah ada 3 motor. Dah la abang aq dapat kerja kat KL. Tinggal la motor dye keseorangan terperuk kat garaj rumah. Nak tak nak, aq kena amik lessen motor gak. Uhm.. tunggu nak bagitau abah aq je tentang hal nim.

Aq TERsangat sedih la sekarang. Tapi tak de lak air mata yang keluar. Tak tahu nape. Aq tak nampak pe kejadah faedah dan apa –a pa perkataan yang ada ‘dah’ kat belakang tu lagi sampai aq kena menangis keluar air mata bagai. Yang aq pasti, aq sangat sedih sekarang ni. Terasa macam dah berada di zaman kejatuhan. Berat betol bahu memikul, berat lagi hati menanggung.  Ade ke peribahasa camtu? Haha lantak ah.

TAPI....! Ada something yang membuatkan aq betol- betol speechless. Disebabkan rasa tak puas hati pasal result Muet aq ni, then, aq google, then click kat web rasmi MUET, www.mpm.edu.my. Aq pom click lagi dekat Regulations, Test Specification, Test Format, and Sample Questions. Then, roll down sepanjang berapa page entah mende tu, aq terlihat la range mark ikut band. Mata aq memang tercari - cari markah untuk band 3.  then, tadaaaa....


Ce korang tengok range mark untuk Band 3 haa... 140 - 179 kot! Dan aq dapat markah tadi..?? 139 ! Bayang kan la, just 1 markah je lagi aq nak capai Band 3. Terasa diri ni failure giler. Kalau la aq gigih cikiiitt je lagi, mesti dapat Band 3. Kalau. Kalau. uh... Memang down gegiler la. Terasa mendung je atas kepala ni.




Terasa sangat hiba. Uhh.. memang tak dapat diucap dengan kata - kata. Aq tengok cerita "Hello! Causelor" kat tibi KBS World pom tak mampu nak hilang kan rasa kesedihan di hati nim. Begitu hiba nya. uhh...


Lama aq memendungkan diri aq ( ade ke orang letak  ayat me-'mendung'-kan sebelum ni? ), aq cuba BANGKIT! dari rasa sangat lemah dan tiada semangat. Aq google pulak kat laman web rasmi UiTM. Tengok syarat - syarat kelayakan untuk masuk degree. then, TADAA~!!!!



Hanya perlukan Band 1 je nak further study. haha terasa sangat la lega. Means that, aq tak perlu la bersusah payah nak ambil balik MUET, right? haha bila tahu pasal hal ni, baru la hati ni tenteram gila. Mekacih Uitm, sebab tetapkan sekurang- kurangnya, Band 1 MUET untuk further ke degree QS ni. hohoho.


p/s: Tahniah buat Hyeri Girls’ Day, sebab dapat bercouple ngan Tony H.O.T. - biar pon jarak umur diorang 16 tahun. Betol la, cinta tak kenal usia. Cewahh……~ (tetiba =,=') Oh ya. Jumaat ni dah kena bertolak ke KL. kbye. Bwahahahahaha ^_^








Friday, 3 May 2013

Tragic day.

The day. hurm.. Welcome to the blog. Assalamualaikum ●▽●

My life is so ruined .Banyak sangat benda – benda tragic yg berlaku. Mula – mula…


MALU.

Aq engat lagi, abah ade beli nasi bungkus. Then, aq dengar dye kata “ Masak la telur dengan ikan bilis”. So, aq engat abah bagitau kat Umie. Aq wat lek ah. Tapi sekali Umie aq tengah mandi. Nampaknya, aq la ni yg kena pergi masak ikan bilis ngan telur. Tapi aq heran jugak, selama ni beli nasi bungkus, tak pernah pulak abah aq suh masak pepe as extra food lak kan. Aq try cari ikan bilis, tak ternampak lak aq kat atas kitchen ni. Dekat dalam rak pom x de. Pe kehe abah aq suh masak ikan bilis tetiba ni. Lantak ah. Ikan bilis tu nanti aq tnye umie aq kat mane dye letak. Then,aq pom dengan terkedek-kedeknya wat telur dadar. Aq dah gabra dah. Wat telur dadar je pom, tapi tu la, gabra la sebab biasanya aq masak untuk aq makan. Ini, aq masak sebab abah aq yg suruh. For sure la dye pom nak makan gak. Lepas pecahkan telur, hiris ckit bawang besar, masukkan pulak hirisan cili padi kea pa entah nama cili tu, letak garam cikit, then panaskan minyak dalam kuali tu, yg aq pikir kuantiti minyak cam nak masak telur mata kerbau je gamaknya, then, masak…. Chuuuu.. haa tu dye bunyi telur dadar tengah masak. Pastu, abah aq masuk dapur.


“Masak pe ni?”

“Telur dadar la,” dalam hati ‘bukan ke abah suh masak?’

“Lah, kan dah ade telur dalam nasi bungkus tu,”

“ohh..ahh.. ye ker..?” muka merah.

“iye la, kan abah dah bagitau tadi,”

“ahh.. yelah.. tak dengar lak. Hehe x pe la, makan telur dadar pom best jugak”

Memang cover malu tahap sengal la!!! Gila ke hape. Nasib baik aq x masak betol- betol ikan bilis tu. Kalau tak, lagi tahap sengal malu gila depan abah aq. Yang selama ni anak dye malas gila nak masak, kalau dah beli nasi bungkus tu, makan je la apa yang ade dalam nasi bungkus tu. Tetiba rajin pulak nak masak makanan tambahan dengan nasi bungkus. Nak kata demam, memang tak la kan. Aq pom dengan muka yang memang dah tahap malu meroyan, akhirnya, masak la jugak telur dadar yang aq pikir memang lawa la warna keemasan dye. Pastu, makan..makan..makan.. *aq terpaksa telan telur mata kerbau berkuahkan masak pedas dengan telur dadar yang aq wat sekaligus!* Abah aq pom ada makan jugak telur dadar tu. Nak juga aq tanya ‘ Abah, sedap tak telur dadar yang Elly wat? ’ Tapi kalau aq pikir balik, nak kena dapat sengih menyindir daripada abah aq ni. Ade ke patut telur dadar nak ditanya sedap ke tidak. Dah nama telur, rasa telur je la. Aq ketuk kepala aq sendiri. Sengal sangat! Bila semua orang dah habis makan, tinggal aq sorang. Disebabkan aq kena telan 2 jenis masakan telur, aq tak sanggup habiskan sisa nasi aq tu. Aq simpan. Mana tau nak makan time malam karang. Then, aq cuba merasa telur dadar aq. Rupanya, telur dadar yang aq buat, x sama lembut nya telur dadar yang umie aq wat. Aq tak tahu mana silapnya. Maybe aq letak garam tu kot. Rasanya la. Terasa cam lost sangat. Failure gila. Nak wat telur dadar je pom, tapi failed! Arghhh… malu giler kot kat abah aq. Arghhh… tapi! Bila pikir balik, memang nak gelak habis.hahaha aish… x leh jadi ni. Aq kena confident nak masak untuk orang makan esok lusa tulat tubin nim. Hahahaha

GABRA.

Umie aq ade jumpa Glue Gun dalam rak baju kakak 1st aq. Then aq dengan confident nye guna la glue gun tu. Masa tu aq try wat dalam bilik aq. Bila aq pasang je plug glue gun tu kat extension, terus kipas yang wayar dye aq plug sekali kat extension tu, mati. Aq dah macam.. gabra gila. Nape kipas ni x jadi-jadi kan. Aduyaa…kepanasan la aq tido malam ni. Aq pikir extension dalam bilik memang dah rosak kot. So, aq cuba pasang plug kat ruang tamu. Time tu, abah aq tengok tv. Bila aq pasang je plug gun tu kat extension yang wayar tv pom ade sebaris extension tu gak, terus.. TUP! Tv terus off. Aq dah macam.. jeng jeng jeng…~GABRA! Aq pandang kat abah kat belakang aq, then, sengih. Hehehehe abah aq pom 

“ Dah nape?” 

Aq pom criter la, aq nak guna glue gun tu. 

Pastu abah aq kata “ plug dah terbakar la tu. Cuba guna extension yang boleh kawal volt tu.”

Pastu aq dengan perasaan gabra yang tak habis hilang lagi tu, pasang la wayar gun kat situ. Takut gak, bila aq on, nanti tibi tutup pulak tetiba. Dengan bismillah, aq on kan wayar gun tu. Alhamdulillah, x de mende yang kena short circuit. Pastu, abah aq tengok glue gun tu, abah aq kata dah rosak, sebab bila sentuh kat kepala gun tu, tak panas pom. Oooo… gitu. Naseb baik. Hehehehe so, aq bagitau la kat umie aq, tak boleh dah guna glue gun tu. So, tak boleh la aq nak memakbulkan hasrat dye untuk lekatkan permata kat brush dye tu. Haha bila tiba balik kat bilik aq. Ahh sudah, camne ngan kipas aq ni. Aq tak nak tido berpanas-panasan malam ni. Nak bagitau abah aq, kang kena marah. Letih kat kedai hari ni pom tak habis lagi, dah ditambahkan lagi letih nak repair plug sampai kipas dalam bilik aq ni berfungsi. Aq pom “ Tak pe, cuba wat betulkan plug tu sendiri.” Then, aq decide bukak plug utama (sebelum itu, switch off dulu), then pasang balik plug. Pastu, barulah switch on. Switch on pulak wayar kipas kat extension tu. Then, Alhamdulillah, tidur kesejukan la aq malam ni. Dengan kelegaan yang jelas terpancar di hati aq, pergi la jua perasaan gabra tu dalam hati. Hahaha. Sangat senang hati. Hurm..hurm…

P/s : Malam tadi, chat ngan Mijie ngan Tikah dalam FB. Eii.. seronok sangat! Tak tau nape. Haha padahal selalu je on9 chat dengan diorang. Maybe sebab aq kebosanan. Tu yang happy dapat chat dengan diorang. J Sayangilah rakan anda. For the rest of your life.